PENULIS: NADYA
Kalau anda teringin menikmati hidangan Thai autentik tanpa perlu terbang ke Phuket, inilah peluang yang patut direbut.
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur memperkenalkan The Essence of Thai Cuisine, sebuah kolaborasi istimewa bersama Guest Executive Chef Noppadon Chainat dari DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort. Berlangsung dari 8 Jun hingga 31 Julai 2026 di Makan Kitchen, promosi terhad ini mengetengahkan pelbagai hidangan tradisional Thailand yang diinspirasikan daripada budaya makanan Phuket yang terkenal dengan rasa berani, bahan segar dan teknik masakan autentik.
Antara menu yang menjadi tarikan utama ialah Som Tum, Pad Thai Goong, Massaman Curry dan Mango Sticky Rice. Berdasarkan pengalaman mencuba sendiri, Pad Thai Goong antara hidangan yang paling menyerlah dengan keseimbangan rasa manis, masam dan savoury yang cukup memuaskan. Tekstur mi yang tidak terlalu lembik bersama udang yang segar menjadikan hidangan ini antara yang wajib dicuba. Bagi penggemar tom yam pula, kuahnya kaya dengan aroma herba Thai, namun mungkin sedikit lebih perasa daripada jangkaan bagi sesetengah pengunjung.
Selain menikmati hidangan, tetamu turut berpeluang merasai elemen budaya Thailand melalui aktiviti interaktif seperti cabaran “Smell the Fragrance” semasa bufet makan malam dan permainan tradisional Thai yang ditampilkan ketika bufet hi-tea hujung minggu. Pengalaman ini memberikan sentuhan budaya yang melengkapkan perjalanan gastronomi dari Kuala Lumpur ke Phuket tanpa perlu meninggalkan negara.
Promosi ini ditawarkan menerusi The Essence of Thai Cuisine Dinner Buffet setiap Jumaat dan Sabtu pada harga RM168 nett dewasa dan RM84 nett kanak-kanak, manakala True Taste of Thailand High Tea Buffet tersedia setiap Sabtu dan Ahad pada harga RM118 nett dewasa dan RM59 nett kanak-kanak. Menariknya, tetamu yang berbelanja RM450 ke atas dan membuat tempahan melalui SevenRooms berpeluang memenangi penginapan 2 hari 1 malam untuk dua orang di DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort, menjadikan pengalaman menikmati cita rasa Phuket ini lebih bermakna.













COMMENTS ARE CLOSED