Share

Sepintas lalu mengimbau semula beberapa filem yang telah ditayangkan dan mendapat tempat di hati penonton malah menjadi kesukaan saya juga.

K2NxoAV1E47p2bm-QpJvPkDQ5v521BcRLsHCsHDdrxY

San Andreas

Kisah seorang pilot penyelamat udara, Raymond yang cuba mencari anaknya Blake setelah gempa bumi berlaku di California. Saat kemusnahan seluruh bandar, dia berjaya menyelamatkan bekas isterinya Emma dan mereka bersama-sama meneruskan misi mahu mengesan anak mereka. Sepanjang perjalanan, pelbagai keadaan cemas dilalui dan penonton turut merasakan debarannya. Kategori: Aksi.

Poltergeist-2015 poltergesit2015-4_large

Poltergeist

Kejutan demi kejutan ditonjolkan pada setiap babak terutama dengan kemunculan Poltergeist. Mengisahkan sebuah keluarga yang baru pindah ke sebuah rumah dan mengalami pelbagai kejadian aneh. Sehinggalah anak kecil mereka hilang lalu mereka mencari bantuan. Adaptasi filem daripada judul sama yang diterbitkan pada 1982 semestinya memberi kepuasan. Kategori: Seram.

spy-1-gallery-image spy-2-gallery-image

Spy

Filem paling lucu pernah saya tonton tentang Susan Cooper, perisik yang keluar beraksi di gelanggang sebenar setelah kematian rakan sekerjanya, Bradley. Dia selama ini hanya bertugas di pejabat keluar menyamar untuk memerangkap DeLuca. Sepanjang penyamaran itu pelbagai kejadian lucu dialaminya. Paling kagum melihat pelakon aksi yang serius Jason Statman mampu membuat kita tertawa dengan gelagat lucunya. Kategori: Komedi.