IOI City Mall sambut 2026 dengan membawakan Konsert Countdown KITA 2026 bersama Astro. Hampir 38,000 hadirin meraikan ketibaan tahun baharu bersama barisan artis kegemaran Malaysia dan pertunjukan bunga api yang memukau.
Menerusi kolaborasi strategik bersama Astro, Konsert Countdown KITA 2026 mengangkat tema perpaduan, kepelbagaian budaya, serta naratif komuniti yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia.
Sempena kempen Melawat Malaysia 2026 anjuran Tourism Malaysia, IOI City Mall turut memberikan sokongan, di mana Tourism Malaysia menampilkan persembahan tarian kebudayaan yang mencerminkan warisan, kepelbagaian, dan identiti Malaysia.
“Kerjasama kami dengan Astro sentiasa istimewa tetapi persembahan tahun ini telah menetapkan penanda aras yang lebih tinggi,” kata Chris Chong, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah (Malaysia), IOI Properties.
Menurutnya lagi, tema perpaduan Konsert Countdown KITA 2026 mengingatkan kita bahawa, walaupun terdapat perbezaan, kita mampu mencipta detik kegembiraan, kemesraan dan kebersamaan untuk dibawa bersama ke tahun baharu.
Gandingan serasi pengacara Nabil Ahmad, Yoon Ng dan Revathy Mariappan berjaya menghangatkan suasana sambutan serta memastikan kemeriahan berterusan dari awal hingga akhir majlis.
Antara penghibur tanah air yang turun padang, Faizal Tahir, Nicole Lai dan Ruhan Ravindran, ikon rock Alleycats, ALPHA, Amir Masdi, Geraldine Gan, Nadeera, Hael Husaini, Ratu Rock Ella dan ramai lagi.
Ternyata, persembahan pada malam itu sangat menghiburkan dan penonton nampanya bergembira. Malah mereka bersikap terbuka menyokong persembahan pelbagai kaum tersebut. Semestinya kemunculan Ella paling ikonik.
Harapan agar Alleycats kembali bersama Datuk David Arumugam pada masa akan datang. Kemunculan penyanyi legenda itu terhad kerana faktor kesihatannya. Apa pun dendangan kumpulan Allycats pada malam tahun baru menggamit memori. Ucapan tahniah kepada penganjur.












COMMENTS ARE CLOSED