Tiga hari lagi menjelang kemerdekaan, adakah masyarakat kita faham kepentingan memupuk minat membaca bagi mengasah minda menjadi rakyat lebih pintar? Tanya sama hati, berapa buah buku (secara fizikal atau digital) yang anda habiskan sehingga Ogos ini?
Penglipur, semestinya ada persembahan deklamasi sajak, hiburan nyanyian dan sketsa bersama peminat buku. Bagi anda sendiri yang punya buku paling digemari atau sejak paling syahdu, sila bawa dan kongsikan bersama-sama.
Komuniti @DramaNovela dibina berasaskan seni penulisan, lakonan suara, pengacaraan dan banyak lagi. Sekiranya anda mahu menjadi salah seorang komuniti kami, sila DM Instagram @DramaNovela segera. Kami berkarya secara bergerak dan digital di Clubhouse.
Lipur Lara adalah kesinambungan DramaNovela yang menggalakkan masyarakat untuk mencintai buku. Sekiranya anda berniat menjadi penulis, bengkel penulisan juga dianjurkan dan karya peserta bengkel akan dibukukan. Buku Antologi Skrip & Cerpen telah terbit tahun lalu menghimpun kisah-kisah bertema kesihatan mental.
Masyarakat sedia maklum inisiatif Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) ini diperkasakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan slogan #MalaysiaMembaca. Menurut sumber, ini berikutan kempen dua dekad lalu belum mencapai tahap yang memuaskan.
Pada 13 Julai 2024 telah berlangsung Lipur Lara di galeri Karya di Janda Baik milik pelakon handalan Liza Othman. Program ini disertai tamu istimewa pelakon Tony Eusoff, pelakon baru Syazani Zikry sebagai hos, salah seorang penulis muda buku Antologi Skrip & Cerpen terbitan Creative Seven Legacy membicarakan karya Memori Berharga. Semestinya penampilan istimewa Liza Othman yang berkongsi karya kesukaannya.
Tujuan program Lipur Lara adalah untuk membantu pihak KPM melaksanakan inisiatif Dekad Membaca Kebangsaan. Walaupun ini adalah sumbangan kecil sahaja tetapi yang penting niat kami sangat besar. Kami masih mengharapkan ada organisasi swasta untuk bersama-sama membawa kempen ini lebih jauh