Hari terakhir di Bintulu, Sarawak, Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia dan Tourism Malaysia membawa kami membuat liputan — The 9th Borneo International Kite Festival Bintulu bermula 5 – 8 September 2013. Ketika kagum dengan layang-layang dan wau bertebaran di udara, saya sempat meninjau sekitar.
Ternyata setiap gerai menawarkan produk unik dan cukup menarik. Saya sempat mencapai dua helai kemeja-T berharga RM10 setiap satu. Kualiti kain ternyata material mahal. Sangat selesa menyarungnya. Cuma leggingnya agak mahal RM15 kerana selepas itu saya ke Jun Rong Superstore ketika makan tengah hari di Sugar Bun dan menemui legging material berkualiti tetapi harganya hanya RM9.90. Coraknya juga lebih cantik.
Gambar: Kemeja-T RM10 dan legging RM16 dari kedai berhampiran Pasar Lama Mukah.
Gambar: kemeja-T RM10 dan legging RM9.90 yang sungguh selesa disarung.
Kalau kamu perasan, saya memakai rantai seramik/tanah liat dileher. Juga dibeli di Kite Festival Bintulu.
Sebenarnya highlight saya kali ini adalah penemuan saya dengan produk rekaan Dione Clay Art dengan tagline making.teaching.selling. Mula-mula saya singgah mengambil gambar kerana kesuntukan waktu. Namun saya patah balik kerana keunikan produknya.
Ternyata gerak hati saya benar. Saya berkenalan dengan pemilik Dione Clay Art, Ursula Lau. Ternyata aksesori seramik dan tanah liat ini dibuat sendiri. Ursula berminat memertabatkan produk tempatan dalam dunia seramik dan tanah liat. Paket DIY juga disediakan selain produk siap seperti rantai, gelang, bekas sabun, mug dan banyak lagi. Niat Ursula mahu memperkenalkan DIY ini kepada kanak-kanak di sekolah lagi.
Pereka aksesori, Ursula mula mereka dan mencipta aksesori kontemporari buatan tangan ini sejak 1981. Selain itu ada kelas membuat seramik dan tanah liat buat kanak-kanak. Orang kata melentur buluh biar dari rebung.
Ohya, saya beli yang ini juga, bekas sabun seramik dan tanah liat Dione Cley Art. Comel bukan? Selepas itu sempat kami bersiar-siar disekitar Bintulu.
Sesudah makan tengah hari di Sugar Bun dan menjengah Jun Ron superstore, kami bersedia balik KL dengan pesawat Malaysia Airlines MH2747. Senyum la sikit yang kerja tu. Sajian di kabin, saya vote perjalanan datang. Cari di enrti sebelumnya ya?
COMMENTS ARE CLOSED