Dua episod drama audio Memori Berharga diperdengarkan di medium Clubhouse @DramaNovela. Hasil tulisan penulis muda ini mendapat pujian penulis senior. Ikuti drama audio di Instagram @DramaNovela dan ikuti Skrip di laman ini.
EPISODE 1
TAJUK : MEMORI BERHARGA
Mengisahkan seorang remaja lelaki yang bernama Muhammad Farhan bin Muhammad Farid meminati sukan balapan sejak dahulu lagi tetapi sering dibantah oleh ayah kandungnya , Muhammad Farid. Bak kata Encik Farid , Farhan menjadi punca kematian isteri tersayangnya. Sejak ibunya meninggal , kehidupan Farhan menjadi lebih kelam dan gelap. Tiada lagi yang ingin menyokongnya , tiada lagi yang memberi semangat. Kematian Puan Marina mengubah segalanya sehinggakan adik bongsu Farhan juga mengelak daripadanya. Ayahnya semakin benci akannya. Farhan berasa dia tiada lagi harapan untuk teruskan hidup kerana disebabkan kakinya cedera dia tidak dapat masuk ke pertandingan balapan sekolah. Kawan sekelab bertalam muka. Tidak campur lagi dengan Ayahnya yang sering membantah dan membenci akannya. Di saat Farhan hilang harapan, muncul sinar baharu. Kehadirannya memberikan harapan baru di dalam hidup Farhan. Memori yang tidak terhingga dan sangat berharga. Siapakah gerangan yang memberi sinar baharu di dalam hidup Farhan ?
PELAKON
FARHAN – Uthman
NAURA – Puteri
PROF/EN FARID – Aqil Packer
DIANA – Melati
NAUFAL – Hisham
DR ALIZA – Sheera
WATAK – PERWATAKAN
FARHAN : Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun yang merupakan ahli kelab balapan dan meminati sukan larian sejak kecil lagi. Dia mula berasa kecewa dan sedih disebabkan kecederaan kakinya dia tidak dapat menyertai pertandingan balapan mewakili sekolah demi meraih perhatian Jurulatih dan mendapat kerestuan ayahnya, Encik Farid
NAURA : Seorang gadis berumur 17 tahun yang menyukai Farhan sejak dia berumur 15 tahun lagi. Seorang gadis yang ceria dan sering senyum di hadapan Farhan demi menggembirakan buah hatinya. Dia mempunyai jantung yang lemah sejak kecil dan disebabkan itu dia mengharungi/menjalani beberapa pembedahan untuk meneruskan kehidupannya.
ENCIK/PROFESSOR FARID : Seorang ayah yang tegas dan bekerjaya sebagai professor jurusan doktor di universiti. Disebabkan kasihnya terhadap isterinya iaitu Puan Marina dia sanggup menyalahkan anak keduanya, Farhan yang menjadi punca kematian Puan Marina.
DIANA : Seorang gadis berumur 17 tahun yang suka bermain – main dan periang. Merupakan kawan baik kepada Naura dan menganggap Naura seperti keluarganya.
NAUFAL : Merupakan Abang kepada Naura yang 3 tahun lebih tua daripadanya. Seorang yang tenang dan penyayang lebih – lebih lagi dengan adik kesayangannya.
DOKTOR ALIZA : Merupakan doktor yang sering merawat Farhan sejak dahulu lagi. Dia sangat rapat dengan Farhan sejak ibunya meninggal jadi Doktor Aliza sekali sekala memberi nasihat kepada Farhan dan melihat keadaannya memandangkan Puan Marina juga merupakan pesakit rapatnya.
DRAMA START
GRAM MUZIK
INTRO
NARATIF CERITA : MONOLOG FARHAN
Di pagi yang bertemankan angin sempoi – sempoi bahasa. Burung sedang berkicauan di tempat perkuburan yang dilawat. Aku membentangkan tikar di disisi kubur. Aku memberikan salam dan memulakan bacaan Yassin kepada arwah. Setiap bacaan ditemani dengan hati yang sebak dan diakhir bacaan disudahi dengan titisan air mata yang mengalir di pipi.
GRAM MUZIK PENGENALAN
NARATIF CERITA: MONOLOG FARHAN
Aku menunggu giliranku untuk diperiksa oleh doktor. Kaki aku cedera disebabkan jatuh di padang sekolah dan ia mula membengkak sampai betis. Aku mungkin tidak akan dapat masuk Pertandingan balapan mewakili sekolah disebabkan kecederaan ini.
DOKTOR ALIZA : Saya minta maaf tapi buat masa sekarang kamu kena berehat selama 2 minggu untuk penyembuhan tisu pada kaki kamu.
FARHAN : Tetapi doktor , saya masih boleh berlari ! Pertandingan Balapan mewakili sekolah tidak lama lagi jadi saya nak menyertai pertandingan itu juga !
DOKTOR ALIZA : ( MENGELUH ) Farhan , saya bukan nak halang kamu daripada bersukan tetapi ini demi kebaikan kamu. Tisu kamu tu sudah lama koyak kamu tahu tak ? Selama ni kamu tahan sakit hanya sebab nak berlari sahaja. Tengok apa dah jadi sekarang ? Nasib baik Cikgu kamu yang hantar, nak tunggu kamu ? Memang tidak lah kan ? Boleh tak sekali sekala kamu dengar cakap saya ?
FARHAN : ( SUARA PERLAHAN ) Doktor tak faham perasaan saya……
DOKTOR ALIZA : Saya faham kamu Farhan tetapi badan kamu lebih penting. Kalau kamu tetap berdegil dan berlari , Silap hari bulan kamu langsung tidak boleh lari lagi tahu tak ? Kamu nak ke jadi begitu ?
FARHAN : ( NADA SEMAKIN TINGGI ) Habis doktor nak saya goyang kaki duduk dekat rumah ? Doktor nak saya lepaskan peluang saya untuk memujuk Papa ?
DOKTOR ALIZA : Saya tahu Farhan nak masuk pertandingan itu untuk memujuk Papa Farhan tapi kesihatan dan keselamatan kamu lebih penting daripada pertandingan itu. Saya tak nak nanti kamu menyesal kemudian hari, lagipun saya cuma minta kamu rehat dua minggu sahaja bukan sebulan atau setahun. Kira baik ye saya suruh kamu rehat dua minggu. Macam mana nanti bila kaki kamu dah semakin teruk ? atau kamu dah tak boleh berlari lagi sepanjang umur hidup kamu ? Kamu sanggup ke ?
GRAM MUZIK
NARATIF CERITA : MONOLOG FARHAN
Aku langsung pulang ke rumah dengan bantuan Cikgu Mahmud yang merupakan pengurus kelab balapan di sekolah. Aku tidak dibenarkan ke sekolah selagi kaki masih tidak sembuh. Aku membuka kasut dan letakkan di rak lalu masuk ke dalam rumah dengan bunyi tapak yang perlahan agar tiada sesiapa yang menyedari aku tetapi rancanganku tidak berjaya.
PROFESSOR FARID : ( NADA DINGIN ) Awal balik?
FARHAN : err sakit perut ( ACUH TAK ACUH )
PROFESSOR FARID : ( NADA SEMAKIN TINGGI ) Jangan cuba nak beri alasan tak munasabah ! Tadi pengurus kelab balapan kau telefon aku tentang keadaan kaki kau. Kau memang tak habis – habis kan buat hal ?
FARHAN : ( MENGELUH ) Jadi ? Apa kena mengena dengan Papa ?
PROFESSOR FARID : ( TAMPAR MUKA FARHAN ) Aku tak pernah ajar kau biadap macam ni ! Dari dulu lagi aku dah larang kau untuk masuk balapan tapi kau taknak dengar ! Degil ! Entah apa yang bagus sangat benda tu sampai kau ketagih nak jadi atlet ! Hebat sangat ke kalau dapat jadi atlet ? ( MENENGKING )
FARHAN : Salah ke Farhan nak jadi atlet ? Salah ke ?! Ini dah memang impian Farhan dari kecil lagi ! Apa hak Papa untuk halang Farhan ?! ( MARAH )
PROFESSOR FARID : Salah ke kau cakap ? Apa masa depan yang atlet ada ha ?! Cuba kau beritahu aku ?! Takkan selama – lamanya kau nak jadi atlet ? Takkan sampai ke tua kau nak berlari di padang ? Tak ada kan ? Dan aku memang ada hak untuk halang kau sebab kau anak aku !
FARHAN : ( GELAK SINIS ) Anak ? Ceh sejak bila papa anggap Farhan anak papa ? Sejak bila ? Papa tak pernah anggap Farhan sebagai anak papa sejak mama meninggal dunia jadi apa hak Papa nak tentukan masa depan Farhan ?
PROFESSOR FARID : ( TENGKING ) Anak tak sedar diri ! Kau dah lupa ke kenapa isteri aku mati ? Dah lupa ? Isteri aku mati disebabkan kau ! Kalau bukan sebab kau isteri aku takkan mati lah ! Kau kira beruntung aku masih simpan kau dalam rumah aku ni
FARHAN : Ye memang salah Farhan. Memang Farhan penyebab mama mati. Semuanya salah Farhan ! Farhan tak kisah lah Papa nak terus tuduh Farhan sebagai punca mama mati tapi Farhan takkan mengalah. Farhan akan terus kejar impian Farhan. Jadi jangan cuba cuba nak halang Farhan lagi. Farhan akan buktikan yang atlet pun boleh berjaya ! Farhan akan tunjukkan yang Farhan boleh. Ergh , Farhan naik atas dulu
PROFESSOR FARID : Aku tak habis lagi cakap dengan kau lah !
GRAM MUZIK SELINGAN
NARATIF CERITA : MONOLOG FARHAN
Keesokkan harinya, aku tidak langsung mendengar nasihat doktor dan tetap pergi ke sekolah. Walaupun kaki aku sakit, aku tidak mahu meminta tolong daripada ayah untuk menghantar ke sekolah. Saat aku berjalan dan terlanggar bahu seseorang , aku tergelincir lalu jatuh.
Haih apa lah nasib aku, dah lah kaki sakit kalau aku duduk rumah pun buat sakit hati sahaja baik aku pergi sekolah tapi aku penat. Aku letih. Aku seperti tidak mahu teruskan hidup lagi. Alangkah bagusnya kalau aku tidak lahir sahaja di bumi ini. Alangkah bagusnya kalau aku tidak berminat dengan sukan. Mesti lagi bagus kan ?
FARHAN : Apa lagi sebab untuk aku hidup ? ( NADA PASRAH )
NARATIF CERITA: MONOLOG NAURA
Kaki lelaki itu mula melangkah melepasi garisan walaupun lampu hijau untuk melintas belum lagi ditunjukkan. Eh itu kan Farhan. Orang sekeliling tidak nampak atau perasan dengan tindakan Farhan tu? Kereta Proton Saga berwarna putih itu mula memecut ke arah Farhan. Farhan sepertinya tidak sedar akan kereta itu. Otak dia kosong. Pandangan dia pula semakin kabur.
NAURA : FARHAN !! KERETA !! ( MENJERIT DALAM NADA RISAU ) YA ALLAH AWAK TAHU TAK BAHAYA TADI?! KALAU SAYA TAK TARIK AWAK NI DAH ARWAH TAHU TAK ? APA DAH LAMA SANGAT HIDUP KE ?
NARATIF CERITA: MONOLOG FARHAN
Siapa perempuan ini ? Aku melihat dan memerhati setiap sudut daripada gadis misteri itu. Dia memakai baju kurung uniform sekolah dengan tudung dua lapis yang sangat rapi dan kemas. Warna matanya berwarna coklat cerah dan bulu matanya juga melentik. Kulitnya pula berwarna putih susu. Boleh tahan cantik juga perempuan ni. Aku ternampak tag nama pada tudung sekolahnya dan nama dia Naura ?
FARHAN : Kau siapa nak marah – marah aku ?
NAURA : Habistu takkan saya nak senyum pula bila saya nampak awak hampir kena langgar dengan kereta ?
FARHAN : Bukan urusan kau
NAURA : Tapi awak hampir kena langgar depan saya jadi secara automatik awak menjadi urusan saya
FARHAN MONOLOG :
Apa kena dengan perempuan ni ? Pelik betul. Baik aku cepat pergi ke sekolah nanti lambat pula
NAURA : Ehhh sekejap awak ! ( Menarik beg sekolah Farhan )
FARHAN : Kau nak apa ? Kenapa tarik – tarik beg aku ? ( MARAH )
NAURA : Kaki awak cedera ke ? Saya nampak awak jalan tempang ke sebab… saya tarik awak tadi ?! ( NADA TERKEJUT )
FARHAN : ( NADA DINGIN ) Sekali lagi bukan urusan kau. Sudah ! Aku dah lambat ke sekolah !
GRAM MUZIK SELINGAN
FARHAN MONOLOG :
Aku nak pergi sekolah pun tak senang dan dia tarik beg aku sekali lagi. Eh penat lah aku kena tarik – tarik ni dia ingat aku ni patung ke ?
FARHAN : Kau nak apa lagi ?! Kau nak beg aku terkoyak ke ?! ( NADA MARAH )
NAURA : Saya takkan lepaskan selagi awak tak ikut saya pergi klinik. Saya tengok kaki awak macam teruk je ? Jom saya bawa awak pergi klinik nak ?
FARHAN : Eh kau ni pekak ke atau memang tak faham Bahasa Melayu ? Kau nak aku cakap Bahasa Korea dulu ke baru kau nak faham ?
NAURA : ( NADA MENGUSIK ) Hm boleh juga ? Saya memang suka Bahasa Korea. Ha cuba awak cakap Bahasa Korea mungkin saya akan pertimbangkan untuk lepaskan beg awak ni
FARHAN : Kau memang mencabar kesabaran aku lah. Baik kau lepaskan beg aku sebelum aku potong tangan kau ! ‘
NAURA : Potong lahh
FARHAN : Kau pernah makan penampar tak ? Jangan sampai kau jadi perempuan pertama merasa tamparan aku ( kesabaran semakin nipis )
NAURA : ( MENGUSIK LAGI ) Tampar lah ~ saya sangat berbangga menjadi perempuan pertama yang ditampar oleh awak.Ha cepat lah , awak kata nak tampar kan ?
FARHAN : Kau memang gila kan ?
NAURA : Hm mungkin ? Gila sukakan awak hehe ( GELAK KECIL )
FARHAN : A-Apa yang kau merepek ha ?! ( GELABAH DAN TERKEJUT )
NAURA : Eh saya tak merepek pun ? Saya cakap benda betul
NARATIF CERITA : MONOLOG FARHAN
Kami bertatapan. Apa ni? Berani gadis ini merenung aku. Namun. Senyuman manis dilemparkan itu membuatkan hati aku menjadi tenang dan hilang semua bebanan yang aku tanggung selama ini. Aneh!
GRAM MUZIK SELINGAN
. . . .
DOKTOR ALIZA : Eh datang balik Farhan ? ( NADA TERKEJUT )
NAURA : Doktor kenal dia ke ?
DOKTOR ALIZA : Dia ni pesakit rapat saya, awak pula ? Girlfriend Farhan eh ?
FARHAN : Pfftt Girlfriend ? Tolong lah dia bukan girlfriend saya lah doktor. Lagipun dia bukan taste saya ( GELAK SINIS )
NAURA : Ceh ! Ada saya kisah ke ?
FARHAN : Dah tu asal nak masuk campur urusan aku ?
DOKTOR ALIZA : Farhan.. Apa cakap macam tu dengan perempuan ? tak boleh cakap baik – baik ke ?
NAURA : Hehe tak apa doktor, Saya datang dengan Farhan ni sebab tadi kitaorang terjatuh sama – sama masa nak lalu lintas. Ada pula pemandu kereta sewel mana entah bawak kereta laju – laju. Nasib kami berdua sempat elak itu saya nampak kaki Farhan macam lagi teruk je ? Sebab tu saya bawa Farhan ke sini hehe
NARATIF CERITA: FARHAN MONOLOG
Kenapa dia tak ceritakan perkara sebenar je ? Kenapa dia nak tolong aku pula ? Argh memang patut dia tak ceritakan perkara sebenar nanti tak pasal – pasal telinga aku bernanah dengar bebelan Doktor Aliza
DOKTOR ALIZA : Laaa yeke ? Farhan.. bukan ke saya dah pesan tak perlu pergi ke sekolah ? Masih degil lagi ? Saya dah bagi cuti 2 minggu tu baik kamu berehat sahaja di rumah. Nanti lagi teruk
FARHAN : Sikit je lah benda ni. Saya masih boleh tahan
DOKTOR ALIZA : Boleh tak dengar cakap sikit ? Saya cuma tak nak kaki awak menjadi lebih teruk.
NAURA : Doktor, saya rasa kan lebih baik doktor bagi je sebulan terus dekat dia ? Mungkin dia tak puas hati kot tak dapat cuti dua minggu
FARHAN : Kau dah kenapa masuk campur hal orang ? Tak ada kerja ? ( MARAH )
NAURA : Laa saya cakap ni sebab risaukan awak. Awak ingat awak ada kuasa magik ke boleh sembuhkan kaki sendiri ? Doktor kata rehat tu rehat lah. Orang lain punyalah tak nak pergi sekolah, awak boleh pula rajin nak pergi sekolah
FARHAN : Mulut kau tu kalau aku boleh seletip dah lama aku seletip tahu ?
NAURA : Bluekkk seletip la ! Cuba la kalau awak berani ~
DOKTOR ALIZA : Sudah – sudah ! Jangan nak bising – bising dekat sini kalau nak bergaduh manja – manja boleh gaduh dekat tempat lain. Farhan, saya dah bagi surat mc dua minggu tu jadi tolong rehat dekat rumah kalau awak masih sayang kaki awak.
. . . .
GRAM MUZIK SELINGAN
NARATIF CERITA : MONOLOG FARHAN
Sekarang sudah pukul 7:15 pagi, sekolah tutup pagar pada pukul 7:45 pagi jadi agak – agak sempat ke? Sudah lah naik dengan grab tadi itupun perempuan tu yang bayar. Entah macam mana dia boleh bawa telefon ke sekolah.
NAURA : Sekarang ni kita nak buat apa ? Dah nak dekat pukul 7:30 ni pagar sekolah tutup pukul 7:45 pulak
FARHAN : Sekarang macam mana pulak ? Kena lah pergi sekolah. Kau nak ponteng ke ?
NAURA : Awak nak pergi sekolah ? Bukan ke tadi doktor dah bagi surat cuti ? Awak ni boleh tahan degil juga kan ?
FARHAN : Suka hati aku lah nak pergi sekolah ke tak, kau ni kenapa dari tadi asyik nak masuk campur hal aku ? Dah tak ada kerja lain ke ?
NAURA : Kan saya dah cakap , saya sukakan awak sebab tu saya masuk campur urusan awak. Bukan awak dah tahu ke ?
FARHAN : ( GELABAH DAN GAGAP ) K-kau ! Kau memang tak reti malu ke ?A-ada ke orang beritahu perasaan dia macam tu ?
NAURA : Buat apa nak malu ? Kita kalau nak luahkan perasaan kena lah berani ! lagi – lagi depan crush kita sendiri kan ?
NARATIF CERITA: FARHAN MONOLOG
Sah dia dah gila ! Kenal pun tak apa pun tak tiba – tiba sahaja luahkan perasaan pelik dia tu ? Dia ni memang kenal aku ke ? Tapi kan… Dia ada sebut nama aku bila aku hampir kena langgar kereta jadi dia memang kenal aku lah ?
FARHAN : Kau kenal aku ke ? Masa aku hampir kena langgar dengan kereta kau jerit nama aku kan ?
NAURA : Baru nak tanya ? kenapa tak tanya tahun depan je ?
FARHAN : ( suara menyampah ) Tch ! kalau macam tu baik aku tak payah tanya kau
NAURA : Hehehe marah ke ? Okay apa kata kita ponteng nak harini ?
FARHAN : Kau kalau nak buat benda jahat tak payah nak ajak aku sekali. Hari ni aku ada latihan kelab balapan jadi aku- ( NAURA MEMOTONG AYATNYA )
NAURA : Aip ! Aip ! Siapa kata awak boleh pergi kelab balapan awak tu ? Awak dah lupa ke awak cuti dua minggu ? Baru je doktor bagi cuti dah nyanyuk terus ?
FARHAN : Jadi ? Apa kena mengena dengan kau ?
NAURA : Mestilah ada kena mengena ! Saya yang hantar awak ke klinik dan juga menjadi saksi kecederaan pada kaki awak jadi saya bertanggungjawab atas awak ! maka kesimpulannya awak tak boleh pergi ke sekolah atau kelab balapan. Okay ? Haih berapa kali saya nak cakap bagi awak faham ni ? Kenapa lah awak degil sangat nak pergi sekolah.
FARHAN : Kenapa kau nak kena risau ? ( NADA TERTANYA – TANYA )
NAURA : Hm sebab apa ya ? Sebab saya sukakan awak ?
FARHAN : ( GAGAP ) K-kau ! Aku tanya betul – betul kan ?! Kau selalu jawab main – main
NAURA : Mana ada main – main , saya jawab serius ni. Saya risaukan awak sebab saya sukakan awak lah.
FARHAN : Itu je sebab kau ? Tak ada sebab lain ?
NAURA : Kenapa ? Alasan saya tak munasabah ?
GRAM MUZIK SELINGAN
NARATIF CERITA: MONOLOG FARHAN
Ini aku cakap lagi mesti dia takkan mengalah, Ada je nak membalas kata – kata aku. Patut lah orang cakap perempuan selalu nak menang
NAURA : Jadi sudi tak awak nak ponteng dengan saya ? ( BERHARAP )
FARHAN : Hm.. ye ( PASRAH )
NAURA : YEAYY !! opss ! terjerit pula hehe
FARHAN : Tapi satu je masalah kita
NAURA : Masalah ? Masalah apa ?
FARHAN : Baju. Takkan kita nak ponteng dengan pakai baju sekolah ? Duit ? Kau ada ke duit kalau nak ponteng ni ?
NAURA : Disebabkan saya yang ajak awak ponteng. Saya akan belanja awak sepanjang hari ini ! Pasal baju dan duit jangan risau. Biar saya yang tanggung awak memandangkan awak tanggungjawab saya hehe
FARHAN : Tanggungjawab lah sangat. Banyak duit kau nak belanja aku ? Kau anak Dato ke ?
NAURA : Tak kisah lah saya anak dato ke apa. Jom ! Let’s go to the shopping !
. . . . .
NAURA : Farhan ! Cuba tengok ! Cantik tak baju yang saya pakai ni ?
FARHAN : ( TERPESONA MELIHAT KECANTIKAN NAURA )
NAURA : Awak ? Awak termenung ke ?
FARHAN : Ha ? Ehem ! Hm ye cantik. Sesuai dengan kau ( TERSIPU MALU )
NAURA : Oh ehem hm err T-terima kasih ha ha. Haa giliran awak pula ! Cepat lah saya dah pilih untuk awak ( MALU )
FARHAN : Kenapa banyak sangat ? Satu cukup lah
NAURA : Alah tak apa lah ! Tukar je dulu okay ? Dah cepat – cepat !
FARHAN : Ish kau ni sabar sikit boleh tak ? Kaki aku sakit ni
NAURA : Haa tahu pun sakit tapi degil nak pergi sekolah. Ye okay minta maaf. Ha cepat lah tukar saya tunggu
GRAM MUZIK SELINGAN
NARATIF CERITA : MONOLOG NAURA
Satu per satu baju ditukar oleh Farhan. AKU terpesona dengan kekacakan Farhan. Semua baju pilihanku sangat sesuai dengannya ! Masalahnya pelanggan dan pekerja Wanita lain pun memandang Farhan seolah – olah terpikat dengan aura Farhan. Wajah pun boleh tahan.
FARHAN : Kau nak aku tukar berapa kali ni ? Tak kesian ke dekat aku ha ?
NAURA : Sebab ada satu masalah setiap kali awak tukar baju ( SERIUS )
FARHAN : Masalah ?
NAURA : Ye, masalah
FARHAN : Apa…… masalahnya ?
NAURA : Awak terlalu handsome !
FARHAN : Hand..some ?
NAURA : Haih awak kacak sangat sampai semua baju sesuai dengan awak ! Macam mana ni ? Saya pun tak tahu nak pilih baju mana satu.
FARHAN : Aduhai aku fikir masalah apa tadi
NAURA : Masalah besar lah ni ! Semua sesuai dengan awak ! Haa apa kata saya belikan je semua ni untuk awak nak ?
FARHAN : Banyak sangat lah ! Tak payah lah. Satu je cukup. Nak beli banyak – banyak buat apa ? Aku ada satu badan je
NAURA : Alah boleh laaa ! Anggap je semua ni hadiah untuk awak okay ? Jangan laaa tolakk ! Awak tak kesian ke dekat saya ?
FARHAN : Haih suka hati kau lah
NAURA : YEAYY !!
NAURA : Awak nak pakai baju biru yang awak tengah pakai tu ke atau nak tukar yang lain ?
FARHAN : Pakai yang ni je lah. Aku malas nak tukar yang lain
NAURA : Okay ! Lagipun dalam banyak – banyak baju , saya memang suka awak pakai yang tu.
FARHAN : Kenapa ?
NAURA : Sebab baju tu warna biru ! saya pula pakai baju warna biru jadi nampak macam kita pasangan bercinta kan ?
FARHAN : Shh ! Kau nak semua orang dekat sini dengar ke ?!
NAURA : ( BERBISIK DI TELINGA FARHAN ) Haah kalau boleh saya nak je jerit dekat satu dunia yang saya sukakan awak
FARHAN : Sah dia gila !
GRAM MUZIK SELINGAN
NARATIF CERITA: MONOLOG FARHAN
Sekarang kami berdua sedang berada di restoran makan dan Aku melihat gadis itu melihat menu di tangannya. Kenapa aku rasa macam tengah keluar dating dengan dia pula ni ? Aku melihat gadis itu yang sedang fokus memilih makanan. Pelik la dia ni. Muka bukan main cantik boleh suka lelaki macam aku ? Dia ni tak ada taste ke ? Ke dia tipu aku ?
NAURA : Awak nak apa Farhan ? Saya pilih ikan tiga rasa nak ? ke saya pilihkan Salmon ? Ke Daging ? Sekejap saya tak boleh pilih mana satu ni.
FARHAN : ( GELAK KECIL ) Kau pilih makanan macam tengah jawab exam. Pilih je mana mana aku tak kisah nak makan apa. Aku bukan jenis cerewet pun. Yang penting jangan mahal sangat itu je
NAURA : ( TERSIPU MALU ) Ooh hmm okay saya pilih tapi jangan tiba tiba cerewet tau !
FARHAN : ( SEDANG MAKAN ) Sebenarnya kan aku ada banyak benda nak tanya kau
NAURA : Nak tanya apa ? Tanya lah ! Saya cuba jawab mana yang boleh
FARHAN : Macam mana kau kenal aku ? Maksud aku , kita berdua tak pernah kenal antara satu sama lain dan tiba – tiba kau muncul kau cakap kau sukakan aku. Aku pelik kenapa kau boleh sukakan aku ?
NAURA : Hmm jadi awak langsung tak kenal saya lah ? sikit pun ?
FARHAN : Errr tak ?
NAURA : Hmm ( KECEWA )
FARHAN : ( GELABAH ) Err bukan aku tak kenal kau ! M-mungkin kita pernah jumpa tapi aku tak ingat ? Aku tak pernah kenal atau berkawan dengan perempuan. Rapat pun tak. Lagipun aku mudah lupa jadi hmm maaf lah kalau aku langsung tak ingat kau
NAURA : Tak apa bukan salah awak pun. Lagipun ia agak memalukan bila fikir balik apa yang terjadi dekat padang sekolah tahun lepas.
FARHAN : Padang sekolah ?
NAURA : Okay, meh sini saya cerita dekat awak apa jadi pada tahun lepas
GRAM MUZIK SELINGAN
Flashback
DIANA : ( TERUJA ) Weh ! Weh ! Hari ini aku dengar ahli kelab balapan ada berlatih dekat padang ! Jom kita tengok nak ? Semua ahli kelab diorang memang handsome dan comel habis weh !
NAURA : Kau tak nampak ke aku tengah siapkan latihan ni ? Lagipun sekarang kan bukan waktu rehat nanti kalau cikgu masuk macam mana ? Kau sanggup kena denda ke ? Aku tak nak kena denda
DIANA : Halah kau ni. Bukan ke Uztazah Maznah tak masuk kelas hari ini sebab dia tak sihat kan ? Lagipun cikgu ganti mesti datang lambat lagi ! Kau pun tahu kan cikgu ganti tu jalan macam siput
NAURA : Kalau kena tangkap macam mana ? Aku tak nak hancurkan rekod disiplin aku semata – mata nak ikut kau ponteng. Nak ponteng pergi ajak Syuhadah tu. Dia kan suka ponteng dengan kau
DIANA : Syuhadah tu memang suka ponteng dengan aku tapi dia tak minat kelab balapan
NAURA : Habistu kau nampak muka aku ni macam minat kelab balapan ke ?
DIANA : Alaa kau ni.. Ha ! Bukan hari itu kau kata kau teringin nak tengok dia berlatih ke ? Ha mana lah tahu dia ada harini dekat padang tu ?
NAURA : Huh okay aku ikut kau tapi jangan lama – lama tau ?
DIANA : Okay Boss !
NARATIF CERITA : DIANA MONOLOG
Kami berdua berlari kecil secara sembunyi untuk pergi ke padang sekolah dan kelihatan ahli kelab balapan sedang berlatih di padang bersama dengan jurulatih serta pengurus kelab tersebut
DIANA : Aww ~ Handsome betul Daniel hari ini ! tak sia – sia aku datang !
NAURA : Shh diam lah sikit ! Kau nak kena kantoi ke ?!
DIANA : Eh itu bukan ke budak lelaki yang kau cakap tu ?
NAURA : MANA ? MANA ? ( TERJERIT )
DIANA&NAURA : ( JERIT BERSAMA – SAMA ) AHHH !!! Alamak dah kantoi !
DIANA : ( NADA GERAM ) Semua salah kau ! Yang kau jerit kenapa ? Kan dah kena denda ! Kena bersihkan padang pulak tu. Dah lah luas ! Ingat dua orang boleh setel ke bersihkan padang luas macam ni ? Dah lah panas ( GERAM )
NAURA : Banyak betul kan kau merungut ? Salah kau juga siapa suruh ajak aku lagipun bukan aku seorang je tau yang jerit. Kau pun jerit sekali bila kita jatuh sama – sama tadi.
DIANA : Yang kau pun kenapa dari tadi tersengih – sengih ? Kena denda pun gembira ke ?
NAURA : Hehe mungkin ? Erghh ( SAKIT KEPALA )
DIANA : Weh kau okay tak ? Haih kau mana boleh berjemur tengah panas dengan keadaan kau begini. Kalau kau pengsan macam mana ? Apa kata kau rehat sahaja dekat astaka tu ? Aku cakap dengan cikgu yang kau tak boleh berjemur tengah panas macam ni
NAURA : Hehe tak apa lah Diana ! Aku okay je ni.
DIANA : Betul ?
NAURA : Ye betul ! Jangan risau lah
FARHAN : Cikgu dan Jurulatih kitaorang dah pergi. Biar aku yang bersihkan , korang berdua pergilah masuk kelas
NAURA : Ehhhh tak apa ! K-kitaorang boleh buat sendiri lagipun salah kitaorang juga sebab senyap – senyap datang ke sini ( TERSIPU MALU )
FARHAN : Walaupun muka kau dah pucat macam orang mayat ? ( DINGIN )
DIANA : Haah lah , baik kau rehat sahaja. Tak elok untuk badan kau tu. Kau bukan sihat sangat pun. Dah ! Dah ! Kau pergi rehat dekat astaka sana
NAURA MONOLOG :
Alangkah baiknya kalau aku sihat. Mesti aku boleh bersihkan sama – sama dengan dia.
GRAM MUZIK SELINGAN
- Kembali ke masa sekarang –
NAURA : Jadi awak memang tak ingat ye ?
FARHAN : Err okay aku memang ada ingat ada dua pelajar perempuan kena denda sebab ponteng kelas tapi aku tak ingat salah seorang itu kau sebab bila ingat balik hm…Sekejap ! jadi kau ke perempuan yang muka pucat tu ? Pakai baju pengawas ?
NAURA : Haah saya lah tu
FARHAN : Tapi kenapa kau pakai baju sekolah biasa ? Kau dah berhenti jadi pengawas ke ? ke jawatan kau dilucutkan ?
NAURA : Awak ingat saya ni jahat sangat ke sampai jawatan pun kena dilucutkan ? Tiada apa apa pun cuma masalah peribadi je.
FARHAN : Jadi kiranya itu kali pertama kita berjumpa dan sukakan aku ?
NAURA : Tak. Itu bukan kali pertama kita berjumpa
FARHAN : Ehhh ?? Jadi bila kali pertama kita berjumpa ?
NAURA : Kalau cerita semuanya dekat awak tak seronok la ~ nanti saya cerita lagi. Awak habiskan makanan awak dulu , saya nak pergi tandas sekejap
NARATIF CERITA: MONOLOG FARHAN
Jadi aku pernah terjumpa dengan dia sebelum ni tapi aku langsung tak ingat ? Macam mana aku boleh tak ingat eh ? Ke sebab fikiran aku hanya fikirkan tentang arwah mama ? Tapi bila kali pertama aku berjumpa dengan dia ? Haih pening kepala aku. Aku kini di sampai ke Taman Tasik Shah Alam. Aku turuti kerana duit grab semuanya dibayar olehnya jadi tiada sebab untuk aku nak bantah.
NAURA : Nah Aiskrim
FARHAN : Terima kasih (SUARA LEMBUT )
NAURA : Kenapa pandang – pandang saya ? Saya tahu saya cantik tapi jangan pandang sangat. Malu saya
FARHAN : M-mana ada !
NAURA : Jangan malu sangat. Saya gurau sahaja
FARHAN : Kau tak cerita pun lagi
NAURA : Cerita apa ?
FARHAN : Bila kita berdua jumpa untuk kali pertama ?
NAURA : Erm penting ke ?
FARHAN : Mestilah penting sebab aku nak ingat kau. Kau tadi bukan main sedih bila aku tak ingat kau dekat padang sekolah tahun lepas tu jadi aku nak tahu jugalah bila kita berdua pertama kali berjumpa
NAURA : Apa kata macam ni , saya ceritakan semuanya dekat awak lain kali boleh tak ? Sekarang saya rasa macam nak kenal lebih dalam tentang awak.
FARHAN : Janji ?
NAURA : Ye Janji !
FARHAN : Apa yang kau nak tahu pasal aku ?
NAURA : Saya nak sangat tanya awak soalan ni tapi saya takut awak tak nak jawab sebab mungkin soalan saya ni sensitif
FARHAN : Tak apa, Tanya je lah. Aku tak kisah
NAURA : Masa saya cuba nak selamatkan awak daripada kena langgar dengan kereta, awak memang sengaja nak kena langgar ke atau awak memang betul tak perasan ?
FARHAN : Macam mana kalau aku cakap aku sengaja nak kena langgar ?
NAURA : Sebab ?
FARHAN : Dari dulu lagi , ayah aku tak sokong aku untuk jadikan sukan sebagai kerjaya aku. Dia kata jadi atlet ni tiada harapan. Tiada masa depan. Kerjaya yang bodoh. Ayah aku juga salahkan aku atas kematian arwah mama aku pada tiga tahun yang lepas. Jurulatih aku hanya memandang Daniel sebagai harapan atlet sekolah , dia langsung tak beri peluang untuk aku tunjukkan potensi aku. Daniel itu anak kepada penyumbang terbesar dekat sekolah kita. Memang sah Jurulatih pilih kasih dengan dia. Kaki aku pula sedang cedera dan akan sembuh selepas dua minggu atau sebulan. Pertandingan balapan pula minggu hadapan jadi aku secara automatik terkeluar daripada senarai wakil sekolah. Kalau aku terlepas peluang untuk pertandingan ni mesti tiada lagi harapan. Sinar harapan aku hilang. Kawan – kawan ahli kelab balapan aku semua menikam belakang aku. Jadi apa sebab lagi aku nak hidup ? Nak belajar ? Huh sekarang dah tingkatan 5. Apa lagi harapan aku.
NAURA : Hidup. Selagi awak boleh hidup , hiduplah. Sebab kalau awak putus asa sekarang , awak takkan tahu apa yang akan jadi di masa hadapan kalau awak tak putus asa. Farhan , hidup ini hanya sekali sahaja. Awak yakin awak takkan menyesal atau terkilan kalau awak mati sekarang ? Awak yakin itu penyelesaian masalah awak ?
FARHAN : Tapi kalau aku hidup. Aku dah tiada apa. Kerjaya aku. Keluarga aku. Semuanya. Dulu mungkin aku boleh bertahan disebabkan arwah mama aku tetapi sekarang aku sudah tiada sebab untuk bertahan
NAURA : Bertahan demi diri kau bukan demi orang lain. Ini hidup kita kenapa kita nak hidup untuk orang lain ? Kenapa kita nak kisah tentang pandangan orang lain ? Kenapa kita perlu kisah tentang mereka sedangkan ini hidup kita ? Kalau awak rasa sedih dan tertekan , kita cari Maha Pencipta. Maha Besar. Dia lah jawapan untuk segalanya. Kita Hamba kita cari Dia kerana kita juga hidup untukNya bukan untuk sesiapa. Awak fahamkan Farhan ?
FARHAN MONOLOG :
Ya Allah Farhan , kau tu Islam kenapa kau terfikir nak bunuh diri ? Kan Dosa Besar tu.
NAURA : Saya taknak awak menyesal dan saya taknak kematian awak menjadi sia – sia. Takkan awak sanggup nak tamatkan riwayat awak hanya sebab itu ? Tidak berbaloi Farhan. Kalau boleh hidup , hiduplah. Jangan putus asa. Awak nak ke tengok mama awak sedih kalau dia dapat tahu awak meninggal dunia sebab bunuh diri ? Mesti awak taknak kan ? Walaupun keluarga awak atau yang lain buang awak. Mesti ada segelintir yang harapkan awak hidup. Dan salah seorangnya adalah saya
FARHAN : Terima kasih. Itu kata – kata yang aku perlukan sekarang. Agak menyesal tak kenal kau dari awal
NAURA : Tahu pun menyesal ! Itulah jangan kepala tu asyik fikir pasal lari atau kelab balapan je
FARHAN : Haah, menyesal ( SUARA LEMBUT )
NAURA : Ehem ! disebabkan sekarang dah pukul 1 tengah hari. Apa kata kita balik nak ? awak nak saya hantar balik rumah ke ? Saya boleh telefon pemandu saya
FARHAN : Pemandu ?
NAURA : Haah, keluarga saya ada pemandu. Daripada balik dengan grab baik balik dengan pemandu saya ke awak nak balik ke sekolah ?
FARHAN : Tak boleh ke kita lepak lama lagi ?
NAURA : H..huh ?
FARHAN : Kalau taknak tak apa lah
NAURA : Ehem ! bukan saya taknak tapi sebenarnya lepas ni saya ada nak kena pergi sesuatu tempat. Penting sangat ! Awak memang penting bagi saya tapi saya tak boleh elak benda ni. Lagipun kalau boleh saya pun taknak balik lagi tapi saya saya…
FARHAN : Hey hey.. Aku okay jelah. Aku tak paksa kau pun lagipun lain kali kita boleh jumpa lagi kan ? Kau dah janji kau nak ceritakan semuanya macam mana kita jumpa waktu pertama kali betul tak ?
NAURA : Hmmm ( MURAM )
FARHAN : Kenapa kau muram ni ? Aku okay. Kau pergi je lah tempat kau nak pergi tu.
NAURA : Sebelum kita balik ni, boleh tak awak berjanji dengan saya satu perkara ?
FARHAN : Apa dia ?
NAURA : Teruskan hidup. Jangan sesekali fikir nak mati. Awak kena ingat yang saya sentiasa sokong awak dari belakang sama ada saya ada ataupun tidak. Saya nak awak kuat. Saya nak awak terus tabah walaupun semua buang awak. Janji ? Tolong janji dengan saya !
FARHAN : Kalau aku tak tunaikan ?
NAURA : Saya akan benci awak seumur hidup ! ( NADA GERAM )
FARHAN : Hahaha okay okay. Aku janji ( GELAK KECIL )
NAURA : Betul ?
FARHAN : Betul…
NAURA : Bagus lah kalau macam tu tapi jangan tiba tiba tak tunaikan eh ! Saya akan bencikan awak tau !
FARHAN : Ye aku janji. Haih macam mana aku nak bagi kau percaya ni
NAURA : Senyum. Saya nak tengok awak senyum.
FARHAN : Itu je ? Okay aku senyum ( SENYUM DENGAN PENUH KEMANISAN SEKALI )
NAURA : S-sudah ! Tak payah senyum dah !
FARHAN : Tadi suruh senyum
NAURA : Memang lah tapi jangan senyum macam tu dekat perempuan lain okay ? Nanti susah kalau diorang jatuh cinta dekat awak
FARHAN : Kalau diorang jatuh cinta sekalipun apa kena mengena dengan kau ?
NAURA : Okay fine ! Awak pergi lah dekat diorang tu ! Saya bukan cantik sangat pun nak dibandingkan dengan diorang kan ? Pergi lah pergi ! Saya tak kisah pun
FARHAN : Hahahaha dia marah lah pulak. Aku gurau sahaja lah lagipun aku ni bukan handsome mana pun untuk diorang jatuh cinta. Nak dibandingkan aku dengan Daniel tu memang seperti langit dengan bumi lah ! ( GELAK KECIL )
NAURA : TAK HANDSOME ?! HEY ! AWAK HANDSOME OKAY ? PALING HANDSOME DAN PALING HEBAT DARIPADA SI DANIEL TU ! DANIEL TU SUKA SANGAT HIDUNG TINGGI LEPASTU ACAH HOT ! TAK TAK ! AWAK LAGI HANDSOME ! KALAU DIORANG RASA AWAK TAK HANDSOME MAKSUDNYA DIORANG BUTA ! TAK PUN RABUN ! HA AMBIK ! HMPH !!! LAGI SEKALI AWAK CAKAP AWAK TAK HANDSOME SAYA KETUK AWAK DENGAN KASUT SAYA NI ( NADA GERAM )
FARHAN : Err terima..kasih ? ( TERSIPU MALU )
NAURA : Aduhhh malunyaaaa ! ( BARU TERSEDAR DIA TERJERIT )
FARHAN : ( GELAK BESAR )
NAURA : Saya harap awak akan sentiasa senyum dan bergelak tawa begini. Awak lah yang paling bersinar di dunia ini bila awak senyum ! Jadi jangan sedih dan sentiasa gembira okay ?
FARHAN : Kau pun, Aku harap kau pun sentiasa gembira dan senyum. Aku pun suka senyuman kau jugak jadi jangan sedih. Kalau kau rasa sedih , kau boleh cakap dengan aku. Aku akan cuba ada dengan kau.
NAURA : Okay ! Saya akan cuba senyum sehingga akhir hayat saya
GRAM MUZIK PENGENALAN
FARHAN MONOLOG :
Dia tersenyum manis ke arah aku tetapi entah kenapa aku rasa sedih melihat senyumannya. Walaupun pertemuan kami berdua hanya singkat tetapi aku rasa aku sudah lama kenal dengannya. Aku rasa seperti menyesal kerana tidak kenal dan berkawan dengannya dari awal. Kenapa Allah baru menemukan aku dengannya sekarang ? Kenapa tidak dari dulu ?
FARHAN : Terima kasih sebab hantarkan aku balik ke rumah. Buat susah kau sahaja
NAURA : Tak perlu nak terima kasih ! Oh ye sebelum terlupa.. Nah ! Baju untuk kau.
FARHAN : Kan aku cakap aku taknak. Satu je ni pun dah cukup untuk aku lah
NAURA : Haih awak ni. Kan saya dah cakap dengan awak yang saya ikhlas nak bagi semua ni dekat awak. Anggap sahaja ini hadiah daripada saya memandangkan saya teringin nak bagi awak hadiah
FARHAN : Hari jadi aku bulan depan. Apa kata kau bagi je masa hari jadi aku ? Tak adalah aku rasa bersalah sangat
NAURA : Itu lain lah. Ini hadiah lain. Ini hadiah sebagai tanda perkenalan kita berdua okay ? Cepat lah ambik nanti saya merajuk baru tahu !
FARHAN : Okay – okay. Aku ambil
NAURA : Kalau macam tu saya gerak dulu ye ?
FARHAN : Eh sekejap ! Sebenarnya aku pun ada sesuatu untuk kau.. tapi tak ada lah mahal mana
NAURA : ( GEMBIRA ) Sejak bila awak beli ni ? Cantikknyaa ! Siap ada rama – rama lagi !
FARHAN : Err dekat pusat beli belah tadi lah. Aku tengok macam sesuai dengan kau jadi aku belilah. Tapi ! Benda ni murah je tau ! K-kalau taknak aku ambil balik
NAURA : Saya tak kisah lah ini mahal ataupun murah ! Saya suka semua benda ! Lagi – lagi hadiah ini daripada awak hehe terima kasih Farhan. Saya akan pakai gelang ni sehingga akhir hayat saya. Kejap saya pakai, Cantik tak ?
FARHAN : Cantik. Memang sesuai dengan kau tapi sebelum tu aku nak tanya kau boleh ?
NAURA : tanya apa tu ?
FARHAN : Apa.. nama penuh kau ?
NAURA : Laaa nak tanya nama penuh rupanya hehe nama saya Siti Naura. Panggil saya Naura
FARHAN : Okay Jumpa lagi Naura
NAURA : Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi tapi ingat ! Jangan pergi sekolah dengan kaki macam tu ! Kalau saya dapat tahu awak pergi sekolah , saya campak kasut saya ni dekat kepala awak biar biul sekejap
FARHAN : Tapi aku malas lah nak rehat dekat rumah daripada aku duduk rumah baik aku jumpa kau kan ?
NAURA : Ingat saya akan termakan dengan kata – kata manis awak tu ? Rehat dan kalau dah sembuh baru pergi sekolah okay ?
FARHAN : Baik Boss !
NAURA : ( GELAK KECIL ) Hehe, Jumpa lagi Farhan.
FARHAN : Jumpa lagi Naura ( SUARA LEMBUT DAN PERLAHAN )
- BERSAMBUNG –
EPISODE 2
NARATIF CERITA : FARHAN MONOLOG
Alhamdullilah, sudah 2 minggu aku berehat di rumah dan akhirnya kaki aku sudah semakin sembuh ! Yeayy ! Doktor Aliza pun dah beri kebenaran untuk aku pergi ke sekolah pada dua hari yang lepas. Bila fikir balik, rindu pula aku dekat Naura tapi tak apa ! Esok kan aku boleh jumpa dia ? Baik aku turun makan sarapan di bawah.
PROFESSOR FARID : Farhan baru nak sarapan ke ? ( SUARA LEMBUT )
FARHAN : Haah ( ACUH TAK ACUH )
PROFESSOR FARID : Kalau macam tu jom makan sekali dengan papa, ada benda papa nak cakap sikit dengan Farhan
FARHAN : Nak cakap apa lagi papa ? Tak cukup lagi ke pasal hari itu ? Kan Farhan dah cakap Farhan takkan berhenti bersukan. Ini impian Farhan pa.
PROFESSOR FARID : Ye papa tahu tapi duduk lah dulu jangan berdiri sahaja
FARHAN : ( MENGELUH )
PROFESSOR FARID : Kaki Farhan dah sembuh ?
FARHAN : hmm boleh lah, Doktor Aliza dah bagi kebenaran untuk pergi ke sekolah. Esok Farhan mula pergi sekolah
PROFESSOR FARID : Ohh baguslah kalau macam tu
FARHAN : Papa nak cakap pasal apa ? Cakap lah cepat ( DINGIN )
PROFESSOR FARID : ( MENYESAL ) Farhan, Papa tahu Papa dah melampau sampai sanggup tampar Farhan. Masatu Papa tak ada niat pun nak pukul Farhan, kepala Papa serabut dengan masalah pelajar – pelajar Papa dekat university tu.
FARHAN : Papa tahu kan ini bukan kali pertama papa naik tangan dekat Farhan ? Banyak kali Pa ! Banyak kali ! Farhan diam selama ini sebab Papa adalah Papa Farhan. Tak boleh ke sekali sahaja Papa pandang Farhan sebagai anak Papa ? Papa memang betul dah bencikan Farhan ke ? ( NADA MARAH )
PROFESSOR FARID : Farhan Farhan.. Takk Papa papa tak bencikan Farhan pun. Sekalipun Papa tak pernah bencikan Farhan tetapi selepas Mama tinggalkan Papa, Papa dah tiada hala tuju. Papa kehilangan satu – satunya cinta hati Papa. Papa terlalu marah dekat Farhan lepas Papa dapat tahu yang Mama kemalangan bila Mama perjalanan pergi ke sekolah Farhan untuk melihat Farhan berlari di padang pada hari sukan tahunan.
FARHAN : Tapi Farhan ni anak papa bukan anak orang lain. Darah daging Papa sendiri.
PROFESSOR FARID : ( MENGELUH ) Papa tahu. Papa tahu semua itu tetapi disebabkan Papa terlalu sedih atas kehilangan Mama. Papa sanggup pukul Farhan. Papa tengking Farhan. Papa sanggup halang kamu untuk terus berlari dan bersukan. Setiap kali Papa melihat Farhan tetap berusaha mencapai impian untuk menjadi atlet…..Papa menjadi marah sebab Papa fikir Farhan lah punca kematian Mama tapi semua itu hanya untuk melepaskan rasa sedih sahaja. Papa terlalu sayangkan Mama kamu Farhan.
FARHAN : ( NANGIS KECIL ) Papa, Bukan Papa je yang sayangkan Mama. Farhan, Along dengan Misha pun sayangkan Mama. Bukan Papa sahaja sedih, Kami semua pun sedih atas kehilangan Mama tapi tak bermaksud Papa boleh lepaskan kemarahan dekat Farhan. Farhan pun sedih bila Mama tinggalkan kita semua jadi tolong la tolong jangan pukul Farhan lagi. Farhan tak nak Papa marah atau bencikan Farhan lagi. Farhan sayangkan Papa, Papa je lah satu – satunya ayah yang Farhan ada.
PROFESSOR FARID : ( NANGIS ) Maafkan Papa Farhan, Papa memang ayah yang tidak berguna kan ? Papa sanggup pukul Farhan. Papa sanggup lepaskan kemarahan dekat Farhan. Papa janji Papa dah tak pukul Farhan. Papa janji Papa takkan marahkan Farhan lagi jadi maafkan Papa ye ?
FARHAN : Papa janji kan ? Papa dah tak pukul Farhan ? Janji dah tak marahkan Farhan lagi ? ( TERESAK – ESAK )
PROFESSOR FARID : Betul Papa janji Farhan, Dah – dah jangan nangis. Dah tak macho anak papa sorang ni
FARHAN : Papa pun nangis ! Kata je orang
PROFESSOR FARID : ( GELAK KECIL ) Dah nangis tu nangis je lah, nak marah kita pulak. Oh ya sebelum papa terlupa, Papa nak bagitahu sesuatu ni
FARHAN : Apa dia Papa ?
PROFESSOR FARID : Mulai hari ini, Papa akan sokong Farhan menjadi atlet. Papa takkan halang Farhan lagi. Kalau Farhan betul – betul nak jadi atlet, Papa boleh suggestkan mana – mana Universiti yang ada jurusan sukan untuk Farhan masuk selepas tamat SPM
FARHAN : B-betul ke ni Papa ?! Papa tak tipu Farhan kan ? ( GEMBIRA )
PROFESSOR FARID : Buat apa Papa nak tipu anak papa ni ? Tapi Farhan kena janji dengan Papa yang Farhan akan berusaha mengejar impian Farhan untuk menjadi atlet ! Kalau Farhan main – main, Papa hantar kamu pergi masuk askar sahaja
FARHAN : Hehehe okay Papa ! Farhan janji Farhan akan berusaha bersungguh – sungguh untuk menjadi atlet yang berjaya ! Farhan takkan mengecewakan Papa !
PROFESSOR FARID : Good boy ! Okay lah, Papa ada kerja sikit dekat university tu. Banyak betul nak kena semak assignment – assignment mereka semua itu
FARHAN : Okay Papa ! Hati – hati tau ! Eh Papa sekejap !
PROFESSOR FARID : Ye Farhan, kenapa ni ?
FARHAN : ( MALU – MALU ) hmmm S-sebenarnya kan… Farhan nak tanya sesuatu lah
PROFESSOR FARID : Tanya apa ? Hmmm lain macam je papa tengok kamu ni Farhan.
FARHAN : Farhan nak tahu diantara papa dengan mama, siapa yang luahkan perasaan dulu ? Siapa yang suka dulu ?
PROFESSOR FARID : Tiba – tiba je Farhan nak tahu ? Papa bukan taknak bagitahu tapi tak sangka kamu berminat nak tahu pasal hal ini.
FARHAN : Hehe saje nak tahu ( GELAK KECIL )
PROFESSOR FARID : Kalau Farhan nak tahu, Mama yang suka Papa dulu. Entah muncul datang dari mana, tiba tiba luahkan perasaan dia tu. Papa pun terkejut, Papa tahu papa ni handsome tapi masa arwah mama dulu, Mama popular sangat sampaikan budak yang terkenal pun sukakan Mama.
FARHAN : Wahhhhh beraninya Mama
PROFESSOR FARID : Kan ? Mula – mula Papa ignore lah dia juga tapi lama lama dah tersangkut pulak. Tahu – tahu dah ada tiga anak ( GELAK KECIL )
FARHAN : Macam mana Papa terima perasaan Mama ? Papa luahkan perasaan dekat Mama ke ?
PROFESSOR FARID : Haah Papa luahkan balik perasaan Papa, mula – mula tu takut jugak lah dia dah berubah hati tapi tak sangka dia masih sukakan Papa. Walaupun Mama dah tak ada sekarang, dia tetap kekal di hati papa dan menjadi memori berharga papa.
FARHAN : Wahhhh hehe okay Papa, itu je Farhan nak tahu
PROFESSOR FARID : ( NADA MENGUSIK ) Hmm ~ Farhan tanya Papa soalan macam ni mesti Farhan ada suka seseorang kan ?
FARHAN : ( MALU ) T-tak m-mana ada ! Farhan saje nak tahu t-takkan tak boleh pula
PROFESSOR FARID : Eleh malu – malu pulak anak Papa ni, belajar sungguh – sungguh dulu baru nak bercinta tau ?
FARHAN : Siapa kata Farhan nak bercintaa.. Papa ni ada – ada sahaja
PROFESSOR FARID : Mana lah tahu kan ? Kalau Farhan betul – betul berkenan dengan dia, boleh bawa dia datang ke rumah jumpa papa. Papa pun nak tahu juga siapa yang lembutkan hati kamu tu lagi lagi kamu dah lah keras kepala
FARHAN : PAPA !!
PROFESSOR FARID : Hehe Papa gurau sahaja lah, Okaylah Papa gerak dulu ye ? Assalamualaikum
FARHAN : Waalaikumusalam.
FARHAN MONOLOG :
Yes ! Akhirnya Papa dah bagi restu untuk mengejar impian aku ! Nampaknya aku kena berusaha bersungguh – sungguh ni ! Tak boleh lepaskan peluang, Haih boleh pulak Papa sempat mengusik aku tapi agak – agak Naura akan gembira tak dengar luahan perasaan aku nanti ? Aduh berdebarnya ! Eh ? Siapa yang tekan bunyi loceng ? Takkan Papa pulak ?
FARHAN : Papa ada tertingg- eh ? Siapa… korang berdua ni ?
NAYLA : Maaf sebab datang mengejut, Kami berdua sebenarnya ingin berjumpa dengan seseorang yang bernama Farhan. Awak Farhan ke ?
FARHAN : Haah ye. Ada apa nak jumpa ? Aku kenal korang berdua ke ?
DIANA : Kami akan jelaskan kepada kau jadi boleh ke kami berdua masuk dahulu ?
FARHAN : Ha masuk lah tapi duduk lah dulu dekat Ruang Tamu. Aku pergi buatkan air sekejap
NAYLA : Eh tak apa, kami datang pun sekejap je ni. Tak perlu susah – susah sediakan air
FARHAN : Ohh.. kalau macam tu boleh aku tahu apa hajat korang berdua datang ke rumah aku ? Setahu aku, aku tak kenal korang berdua.
DIANA : Minta maaf lah sebab datang mengejut. Sebenarnya kami berdua ada perkara penting nak bagitahu kau
FARHAN : Perkara penting ?
DIANA : Haah tapi sebelum tu biar kami perkenalkan diri dulu. Aku Diana , sama sekolah dengan kau. Mungkin kau tak kenal sebab kita berdua bukan selalu terserempak pun. Kau pula jenis sibuk dengan kelab balapan kau. Ini pula Kak Nayla, kalau kau nak tahu dia ni Kakak kepada Siti Naura. Kau kenal Naura kan ?
FARHAN : Kenal tapi apa kena mengena dengan Naura dan perkara penting ni ?
NAYLA : Macam ni sebenarnya akak pun tak tahu nak mulakan daripada mana tetapi kami datang sini atas hajat Naura. Dia yang minta kami berdua datang berjumpa dengan lelaki bernama Farhan
FARHAN : Naura yang suruh ? ( NADA TERTANYA )
DIANA : Haah tapi harap Farhan redha dan terima seadanya dengan apa yang kami nak beritahu ni.
FARHAN : Ish kenapa ni ? Jangan buat orang takut pulak ( GEMENTAR )
NAYLA: Untuk pengetahuan Farhan , Siti Naura sudah meninggal dunia pada dua minggu lepas selepas pembedahan jantung di hospital. Dia sudah selamat dikebumikan di kampung iaitu di Seremban pada minggu lepas ( SEDIH )
FARHAN : Ha.. ? ( TERKEJUT KECIL )
DIANA : ( NADA SEDIH ) Sebenarnya pada hari yang kau lepak dengan Naura tu, Dia ada pembedahan hari itu juga tetapi sebelum tu dia nak berjumpa dengan kau dan tak sangka pula korang berdua boleh lepak sama sama. Lepas je korang berdua lepak, Naura terus pergi ke hospital untuk menjalani pembedahan pada pukul 4 petang.Pada mulanya pembedahan jantung itu lancar tetapi selepas 4 jam , Naura mula diserang jantung secara tiba – tiba dan selepas sejam dia sudah tiada…
FARHAN : Ha ha j-jangan buat kelakar boleh tak ? Tak elok buat kelakar macam ni. Kalau Naura dengar ni mesti dia bebel kan ? kan ?
DIANA&NAUFAL : ( SENYAP )
FARHAN : ( SUARA TERKETAR – KETAR ) D-dua minggu lepas , dia nampak okay sahaja. Dia gelak ketawa dengan aku , Dia senyum , Dia gembira , Dia.. Dia nampak sihat dan..
DIANA : Kalau dia nampak okay dan sihat di hadapan kau maksudnya dia berpura – pura okay. Dia pandai sembunyikan sakit dia dan tak mungkin dia nak tunjuk yang dia sakit di hadapan orang dia suka. Orang yang memberi harapan kepadanya.
NAYLA : Naura terlalu sukakan Farhan sehingga dia sanggup menjalani beberapa pembedahan demi kesihatan dan hidup dia. Akak teringin nak ucapkan terima kasih kepada Farhan sebab awak lah sebab kenapa dia berani hadap kesakitan yang dia alami.
DIANA : Naura ada minta aku berikan kotak ni kepada kau. Aku harap kau terima dan tengok apa isinya. Dia kata juga jangan lupa baca suratnya
NAYLA : Akak minta maaf kalau semua ini terlalu mengejut bagi Farhan tetapi kami terpaksa juga beritahu atas amanah arwah Naura. Kalau Farhan dah tenang atau dapat menerima segalanya , boleh hubungi akak Ini nombor telefon akak Kalau tiada apa , kami pergi dahulu ? Minta maaf kerana mengambil masa Farhan. Jom Diana.
DIANA : Kak Nayla , tak apa ke ? Dia nampak betul – betul terkejut. Mungkin memang kita tidak patut bagitahu perkara ini dekat Farhan. Dia nampak sedih sangat.
NAYLA : Dia berhak tahu Diana. Takkan kita nak sembunyikan perkara ini daripada Farhan ? Bukan ke masalah akan menjadi lebih besar ?
DIANA : Tapi Kak Nayla…
NAYLA : Kita sudah jalankan amanah jadi terserah kepada Farhan sama ada dia nak terima ataupun tidak. Nak tak nak Farhan berhak tahu memandangkan Naura yang sendiri mendekati Farhan. Mungkin Naura yang tidak sepatutnya hadir di dalam hidup lelaki itu pada awal – awal lagi. Tetapi apa boleh buat ? Ini takdir yang sudah tertulis untuk mereka berdua.
FARHAN MONOLOG
Didalam kotak ini aku tidak tahu ada apa. Didalam kotak ini aku tidak pasti sama ada aku mampu lihat ataupun tidak. Apa aku patut buat ? Buka ? Biarkan ? Diana tu ada kata jangan lupa baca surat daripada Naura tapi aku tak sanggup. Kalau aku buka kotak ni bermakna aku sudah terima yang Naura sudah tiada lagi.
FARHAN : Patut ke aku buka ?
. . . .
GRAM MUZIK PENGENALAN
NARATIF CERITA: MONOLOG FARHAN
Aku membuka penutup kotak dan membuka perlahan – lahan. Kelihatan buku diari berwarna ungu di dalam kotak itu berserta beberapa kotak yang sudah dibalut dengan pembalut hadiah. Bukan itu sahaja , ada juga sekeping surat yang bersampul warna putih berada di atas buku diari tersebut. Aku mencapai surat itu dahulu. Mungkin itu surat yang Diana katakan tadi
Aku menanggalkan sampul surat dan membuka lipatan surat itu dengan perasaan gelisah. Takut nak baca isi dalam surat itu tetapi hatiku tetap nak tahu apa yang ditulis oleh Naura.
FARHAN : ( MEMBACA SURAT DARIPADA NAURA ) Assalamualaikum Farhan…
( SUARA NAURA ) Assalamualaikum Farhan , Ini Naura. Siti Naura. Ingat lagi kan ? Ke awak dah lupakan saya sebab kita tak dapat dating lama – lama ?
FARHAN : Mana mungkin aku lupakan kau , Naura
( SUARA NAURA ) Saya harap awak baca surat ini sampai habis tau ! Penat – penat je saya tulis surat ini untuk awak ! hehehe. Kalau awak dah baca surat ini bermaksud saya sudah tiada lagi di dunia ini. Saya sudah tinggalkan keluarga saya , kawan saya dan juga awak. Saya sudah tidak boleh kembali lagi. Saya sendiri tahu yang saya akan mati bila – bila masa sahaja kerana sejak kecil lagi saya dilahirkan dengan jantung yang lemah. Saya tidak akan dapat teruskan hidup dengan lama tanpa pembedahan. Jadi saya akan lalui beberapa pembedahan sehingga jantung itu dapat sesuaikan dengan badan saya. Malangnya tak semua jantung sesuai dengan saya dan saya tidak dapat hidup dengan lama jadi untuk survive saya perlu melakukan 2 atau 3 pembedahan dalam 2 tahun. Kalau jantung itu sihat , ia dapat kekal dengan jangka yang lama. Saya rasa saya tak perlu terangkan dengan lebih lanjut tentang ini sebab cukup sekadar awak tahu yang saya tidak mempunyai badan sihat sejak kecil lagi.
Farhan , walaupun perkenalan kita hanya singkat tetapi saya cukup gembira dapat kenal awak , berbual dengan awak , bergelak ketawa dengan awak dan luangkan masa dengan awak. Memori yang saya cipta bersama dengan awak akan saya ingat dan simpan sehingga ke akhir hayat saya. Eh awak tengah nangis ke tu ? Janganlah nangis nanti saya jadi hantu lepastu saya marah awak baru awak tahu ! Hehe tak adalah saya gurau sahaja
Awak nampak kan buku diari warna ungu dan beberapa kotak yang dah dibalut dengan pembalut hadiah di dalam kotak itu kan ? Kalau awak nak tahu macam mana saya boleh sukakan awak dan macam mana kita berdua berjumpa untuk kali pertama , semua jawapan ada di dalam buku diari itu. Baca sampai habis tau ! Janji eh ~ hehe
Pada mulanya , saya tidak mahu muncul di hadapan awak atau bercakap dengan awak sebab saya takut saya akan sedih bila saya akan pergi tetapi bila saya nampak awak dalam keadaan sedih dan hilang harapan. Saya tak dapat menahan diri dan mendekati awak. Mungkin sebab saya terlalu sukakan awak atau sebab saya tak boleh tengok awak sedih.
Farhan , walaupun saya sudah tiada tetapi memori saya tetap kekal di hati dan di fikiran awak. Awak tetap di hati saya walau bagaimana sekalipun. Saya minta maaf sebab tidak dapat berjumpa awak untuk kali terakhir tetapi saya tak menyesal luangkan masa dengan awak di akhir hayat saya. Jangan lupa janji kita tau ?
Oh sebelum saya terlupa, awak nampak kan beberapa barang yang dibalut dengan pembalut hadiah tu ? Untuk pengetahuan awak, itu semua hadiah yang saya nak bagi dekat awak setiap kali hari jadi awak tiba tetapi sebab saya ni penakut jadi saya simpan sahaja dulu hehe.
Dan akhir kata saya, Hiduplah selagi mana yang mampu, Selagi boleh hidup, hiduplah… Jangan putus asa. Saya sayang awak tau.
Salam kasih daripada Naura
GRAM MUZIK PENGENALAN
NARATIF CERITA: MONOLOG FARHAN
Aku meletakkan surat itu disisiku dan mula mencapai buku diari berwarna ungu di dalam kotak itu. Boleh ke aku baca buku diari dia ni ? Tapi Naura yang suruh jadi tak apa kan ?
FARHAN : ( BUNYI MENYELAK HELAIAN BUKU KE HALAMAN PERTAMA ) Pada 5 March 2011…
( SUARA NAURA ) : Sakit.. Sangat sakit.. Aku takut mati tapi aku juga tidak tahan sakit ini… Kenapa aku dilahirkan dengan jantung yang lemah ? Allah tak sayang aku ke ? Allah benci aku ke ? Kenapa aku yang kena hadap semua ini…
FARHAN : ( BUNYI MENYELAK HELAIAN BUKU KE HALAMAN KEDUA ) Pada 17 March 2012…
( SUARA NAURA ) : Boleh tak aku nak mati je ? Kalau aku mati lebih senang kan ? Tak perlu nak susahkan ibu dengan abah. Abang selalu risaukan aku. Aku benci tengok diorang sedih. Kenapa aku masih hidup lagi ?
FARHAN : Sampai begini dia rasa ? Kalau lah aku ada dengan dia ketika ini dan berikan kata – kata semangat. Kenapa aku lambat jumpa kau Naura ?
FARHAN : ( MENYELAK BEBERAPA HELAIAN MUKA SURAT DAN BERHENTI PADA HALAMAN KELIMA ) Pada 10 Februari 2013…..
( SUARA NAURA ) : Aku tidak mahu hidup. Aku nak mati. Kalau aku jalani pembedahan sekalipun tiada jaminan yang aku akan hidup seperti orang lain. Kalau aku mati kan senang kerja orang lain juga. Tiada nak sedih – sedih lagi kan ? Disaat aku hilang harapan untuk hidup. Ada tangan yang menarik aku ke cahaya sinar harapan. Dia mempunyai wajah yang biasa tetapi tertarik , memakai baju sukan sekolah sama dengan aku dan mempunyai pingat di tangannya. Dia yang selamatkan aku daripada kegelapan. Dia yang tarik aku. Kenapa lelaki ini nak sangat selamatkan aku ? Kenapa dia nak sibuk ? Kenapa dia nak masuk campur ? Tetapi aku juga boleh nampak kesedihan di matanya sehingga jantung aku tersentak. Dia pun lalui dugaan yang berat seperti aku ke ? Dia marah aku kenapa aku nak bunuh diri tetapi dalam kemarahan dia itu ada terselit nada sedih. Kenapa dia sedih ? Pertemuan aku dengan dia takkan aku lupa sampai bila – bila dan disebabkan dia , aku setuju untuk jalani pembedahan. Aku nak cari dia. Aku nak jumpa dia lagi.
FARHAN : ( MENYELAK KE HALAMAN SETERUSNYA ) Pada 20 March 2013..
( SUARA NAURA ) : Yeayyy ! berita baik berita baik ! Aku sudah jumpa dia ! Aku sudah jumpa dia ! Dia adalah ahli sukan kelab balapan dekat sekolah aku ! Tak sangka akhirnya aku dapat berjumpa dengan dia semula tetapi dari jauh lah. Aku malu nak jumpa dengan dia sebab aku takut dia lupa tentang aku. Ketika di hospital yang kami berdua berjumpa hari itu aku memakai tudung sarung , pakai baju pesakit dan memakai cermin mata. Masa tu aku kurus keding tetapi aku kembali naik berat badan selepas menjaga pemakanan selama sebulan. Agak – agak dia ingat aku tak kalau aku tegur dia ? Oh ye ! Aku lupa nak bagitahu nama dia , Nama dia Muhammad Farhan ! Cool kan nama tu ?
FARHAN : M-muhammad Farhan ? eh sekejap ? Itu nama aku kan ? 10 februari… 2013.. Sekejap , itu tarikh mama meninggal dekat hospital dan aku jumpa Naura dekat hospital masatu ? Tudung sarung… cermin mata.. kurus…. Hmmm EHH ?! PEREMPUAN TU NAURA KE ? ( NADA TERKEJUT )
FARHAN : ( MENYELAK KE HALAMAN SETERUSNYA ) Pada 15 April 2013.. Eh ini macam dia tengah cakap pasal aku je ?
( SUARA NAURA ) : Seperti biasa , Farhan kelihatan kacak dan aku gembira kerana aku dapat melihat dia berlari di padang. Walaupun dia berlari suka – suka sahaja tetapi wajah gembira yang terpapar di mukanya membuatkan jantung aku berdebar – debar. Aku teringin melihat dia senyum kerana aku. Aku teringin melihat ketawanya apabila bersama dengan aku tetapi semua itu mustahil kan ? hehe
( SUARA NAURA ) : Pada 17 April pula, Aku perlu bertugas dekat depan pagar sekolah, Aku paling malas nak tulis nama orang tetapi siapa sangka hari ini sangat bertuah ? Pagi ini Farhan lambat ke sekolah ! Aku punya gelabah tu sampai terjatuh buku catatan nama dan benda tu jatuh depan Farhan ! Ya Allah malu malu ! Aku nak kelihatan cantik dan comel depan dia tapi argh !! Aku fikir dia akan gelak tetapi dia tak gelak. Dia pura – pura tak nampak. Baik kan crush aku ? Hehe. Aku nak tegur tetapi ada cikgu panggil dia. Hmm melepas ! Sejak itu , aku bertugas di depan pagar sekolah hari – hari tetapi disebabkan kesihatan aku merosot aku terpaksa letak jawatan sebagai pengawas ketika aku tingkatan 5
FARHAN : Aku rasa aku macam ingat masa ni. Dia ke pengawas yang gelabah tu ? Aku fikir dia pengawas baru sebab dia macam takut – takut nak tulis nama aku. Tak sangka banyak kali juga aku terserempak dengan Naura tapi kenapa satu pun aku tak ingat? Teruk betul memori aku
FARHAN : ( MENYELAK KE HALAMAN SETERUSNYA ) Pada 5 Mei 2014…
( SUARA NAURA ) : Hari ini pun hari bertuah aku ! Well nak kata bertuah sangat tak juga sebab kena denda tapi aku tak kisah ! Hari ini Diana ajak aku tengok ahli kelab balapan sorok – sorok. Entah apa yang dia gila sangat pasal Daniel aku pun tak tahu tapi aku ikut juga Diana tu sebab aku nak tengok crush aku juga hehe ! Tak sangka kitaorang terkantoi dengan Jurulatih kelab tu jadi kitaorang kena denda bersihkan padang sekolah. Gila tak gila ? Tapi Farhan tolong aku. Dia yang tawarkan diri untuk tolong aku. Wah Bahagia sekejap tapi kalau lah aku lebih sihat mesti aku boleh bersihkan sama sama dengan Farhan kan ?
FARHAN : Patut lah muka dia pucat , dia memang sakit. Nasib aku tolong dia hm kalau Naura tak bagitahu aku yang tentang ni mesti aku tak ingat juga. Rupa dia pakai baju pengawas dengan baju sekolah biasa. Satu nampak matang , satu lagi nampak comel
FARHAN : ( MENYELAK HALAMAN SETERUSNYA ) Oh.. dah tak ada harian diari tapi ada petikan – petikan pendek yang beremosi dan romantis
FARHAN : ( MULA MEMBACA PETIKAN PENDEK ITU )
Apabila saya melihat awak,
Semua di sekeliling saya menjadi terhenti
Saya tidak pasti bilakah bermulanya
Tetapi pada suatu hari , awak datang kepada saya seperti keajaiban
Hati saya gementar
Dan saya merasakan ini akan menjadi takdir untuk kita berdua
Petikan daripada Naura tahun 2013.
FARHAN : ( MEMBACA LAGI )
Bertemu awak seakan mendengar lagu
untuk kali pertama dan mengetahui ia akan menjadi kegemaran saya
Awak adalah harapan dan keajaiban yang pernah berlaku di dalam hidup saya.
Petikan daripada Naura pada tahun 2014
FARHAN : ( MEMBACA ) Pada mulanya , saya cuma ingin mengucapkan terima kasih
Dan hanya meminati awak
Tetapi saya tak sangka yang saya akan sayangkan awak sangat sangat
Saya tak patut cintakan awak
Tapi awak nak tahu tak ?
Saya cintakan awak dan itu adalah kebenarannya
Sebab itu saya tetap pegang awak dalam hati saya
Sebab kalau saya lepaskan awak
Ia akan sangat sakit teramat
Petikan daripada Naura pada tahun 2015
( SUARA NAURA ) : ( MENYELAK KE HALAMAN SETERUSNYA )
Bila saya nampak awak
Hati saya menjadi remuk
Kerana awak sudah menjadi seseorang yang sangat bermakna buat saya
Tetapi bila saya dapat tahu hidup saya bukan lah seperti orang lain
Saya perlu lepaskan awak
Saya tak boleh muncul depan awak
( SUARA NAURA ) : ( MENYELAK KE HALAMAN SETERUSNYA )
Ia menyedihkan sebab saya tahu saya perlu lepaskan awak dalam fikiran saya
Tetapi saya tak boleh
Sebab saya masih berharap agar benda mustahil itu akan terjadi
Saya berharap saya boleh bersama dengan awak untuk selamanya.
Tetapi takdir tidak menyebelahi saya.
. . . .
GRAM MUZIK PENGENALAN
NARATIF CERITA : MONOLOG FARHAN
Seminggu sudah berlalu , kesakitan dan keperitan yang aku rasa masih terasa sehingga sekarang. Walaupun sudah hampir tiga minggu Naura sudah meninggal dunia tetapi kewujudannya masih terasa. Aku memandang permandangan pelajar – pelajar yang sedang bermain bola di padang sekolah sambil duduk di bangku. Secara mengejut ada yang menegurku dari belakang, ianya adalah Diana. Kawan baik kepada Naura.
DIANA : Kau buat apa dekat padang ni ? Boleh aku duduk sebelah kau ?
FARHAN : Saja tengok orang main. Duduk lah
DIANA : Kau… Dah okay ? ( NADA LEMBUT )
FARHAN : Entah lah , aku pun tak pasti. Kau pula ?
DIANA : ( SEDIH ) Tipu la aku cakap aku okay, Aku dengan Naura dah kenal dari sekolah rendah lagi. Dia dah seperti keluarga aku. Dia sangat penting dalam hidup aku
FARHAN : Mungkin sakit aku tak seperti sakit kau tetapi dia merupakan sinar harapan aku. Dia penyelamat aku. Dan dia juga cinta pertama aku. Aku tak sangka begitu cepat dia tinggalkan kita berdua kan ?
DIANA : Ini takdir yang sudah tertulis. Kita kena redha Farhan ( NADA SEDIH )
FARHAN : ( NADA GERAM DAN SEDIH ) Kenapa ya ? Kalau betul dia nak tinggalkan aku kenapa dia muncul ? Kenapa dia mendekati aku ? Kenapa dia luangkan masa dengan aku ? Kalau betul dia nak pergi kenapa dia tak pergi je ? Kenapa dia perlu muncul juga ?
DIANA : Jadi kau menyesal kenal Naura ? Menyesal jumpa dengan dia ?
FARHAN : Tak , aku langsung tak menyesal tapi aku lebih bersyukur dan gembira kerana dia muncul dalam hidup aku. Sakitkan ? Sakit bila seseorang itu hanya menjadi memori. Tapi sakit itu juga lah tanda aku sayangkan Naura.
DIANA : Sebenarnya aku datang cari kau ni sebab nak bagi sesuatu
FARHAN : Apa dia ?
DIANA : Sekejap.. Nah ! Naura suruh aku simpan tapi aku tak rasa aku layak untuk simpan benda ni.
FARHAN : Eh ini kan.. gelang yang aku bagi dekat Naura
DIANA : Untuk pengetahuan kau, gelang ni lah yang memberi kekuatan kepada Naura sebelum dia masuk ke dalam bilik pembedahan. Kalau kau nak tahu kan, setiap kali Naura nak masuk bilik pembedahan dia dah memang redha yang bila – bila masa sahaja dia akan pergi sebab macam – macam boleh terjadi semasa pembedahan ataupun selepas pembedahan.
FARHAN : Mesti dia rasa takut kan ? ( NADA LEMAH )
DIANA : Hm betul. Dia takut tapi dalam masa yang sama dia dah pasrah. Naura nampak sahaja kuat tapi dia lemah dari segi mental. Dia taknak keluarganya risaukan dia sebab tu dia pernah berdoa yang dia nak mati cepat ( NADA SEDIH )
FARHAN : Sampai… macam tu sekali ? ( TERKEJUT KECIL )
DIANA : Haah.. tapi kan untuk kali pertama aku nampak dia sebelum masuk bilik pembedahan….. Dia senyum. Dia berharap. Dia berdoa yang pembedahan kali ini akan berjaya seperti sebelum ini dan ingin berjumpa dengan kau. Dia siap kata dekat aku yang dia nak luahkan perasaannya balik dekat kau hahahaha ( NADA MULA SEDIH ) Tapi … Tapi dia dah tak ada…. Aku tak kuat
FARHAN : Jangan macam ni Diana, Kalau Naura tengok kau sedih macam ni mesti dia susah nak tenang di sana.
DIANA : Aku tahu tapi aku tak sangka Naura akan pergi secepat ini.
FARHAN : Sekurangnya kau tahu Naura akan pergi pada bila – bila masa. Aku ? Aku langsung tak tahu dia sakit. Aku langsung tak nampak yang dia sedang menahan sakit. Kalau kau nak tahu, lepas sahaja aku sembuh kaki ni dan kembali ke sekolah aku nak luahkan perasaan dekat dia hahaha tapi apakan daya ? Aku tak sempat nak luahkan…
DIANA : Fa..farhan.. ( TERKEDU )
FARHAN : Haha jangan risau lah, aku okay je. Aku dah mula redha dengan pemergian Naura
DIANA : Kalau macam tu kau ada masa tak Sabtu ni ?
FARHAN : Kenapa ?
DIANA : Kalau kau ada masa , apa kata kita melawat kubur Naura nak ? Dekat Seremban. Memang hujung minggu ni ada nak buat tahlil untuk Naura dekat kampung. Kalau kau ada masa jom lah ikut sekali. Aku bagitahu kak Nayla
FARHAN : Tak apa ke aku ikut sekali ?
DIANA : Kenapa tak boleh pula ? Kau dah jadi salah seorang yang sangat penting dalam hidup Naura jadi tak salah kalau kau nak ikut. Nak tak ?
FARHAN : Boleh juga. Terima Kasih Diana
DIANA : Sama – sama. Dah lah jom masuk kelas, rehat dah habis ni
. . . .
GRAM MUZIK PENGENALAN
NARATIF CERITA : FARHAN MONOLOG
Pada malam yang indah dan langit dihiasi dengan bintang – bintang, Aku mengambil angin di luar apabila tetamu semakin berkurangan di majlis tahlil arwah Naura. Kedengaran bunyi tapak kaki sedang menuju ke arah aku lalu aku menoleh ke arahnya dan ianya Kakak kepada Naura, Nayla
NAYLA: Terima kasih datang ke kampung akak ni , buat susah Farhan je tolong kitaorang uruskan majlis tahlil arwah Naura.
FARHAN : Sama sama , tak susah pun. Farhan memang nak melawat kubur Naura tapi sebelum ni Farhan masih tak bersedia nak berjumpa dengan Kak Nayla
NAYLA : Farhan dah okay ? ( PRIHATIN )
FARHAN : Kenapa abang tanya Farhan pula ? Sepatutnya Farhan yang patut tanya Abang Naufal. Akak kan Kakak Naura jadi mesti Kak Nayla lebih rasa sedih daripada Farhan.
NAYLA : Akak memang dah redha lama dah. Akak memang berharap Naura akan hidup dengan lebih lama dengan kami semua tapi ini semua takdir yang sudah tertulis. Kita kena redha supaya Naura dapat pergi dengan tenang
FARHAN : Kalau lah Farhan tahu benda ini akan jadi mesti Farhan akan luangkan lebih masa dengan Naura.
NAYLA : Tapi kalau Farhan tahu mesti Naura akan lebih rasa bersalah. Dia nak berikan senyuman manis kepada Farhan untuk kali terakhir tanpa tangisan.
FARHAN : Kak Nayla memang dah lama tahu pasal Farhan ke ?
NAYLA : Erm boleh dikatakan lama juga la, itupun Akak ternampak Naura tersenyum – senyum menulis diari. Rupanya dia tengah tulis pasal Farhan jadi dari situ dia ceritakan semuanya sejak bila Farhan dengan Naura berjumpa dan macam mana dia jatuh suka dengan awak
FARHAN : Kak Nayla marah ke ?
NAYLA : Pada mulanya marah lah juga sebab adik kesayangan akak dah sukakan seseorang. Entah lelaki mana lah yang boleh menambat hati Naura itu. Lelaki itu nakal ke ? Perangai dia teruk ke ? Tetapi tak sangka Farhan lah pemberi semangat dekat Naura untuk dia terus hidup
FARHAN : Disebabkan Naura jugak lah, Farhan boleh hidup sampai sekarang. Kalau bukan sebab dia, Mungkin Farhan tiada di sini.
NAYLA : Mungkin sebab itu Allah pertemukan korang berdua. Walaupun korang berdua tak dapat bersama tetapi Abang yakin suatu hari nanti korang akan berjumpa semula dekat syurga
FARHAN : Insyallah, terima kasih sebab menjadi Kakak yang baik kepada Naura. Untung betul Naura ada Kakak seperti Kak Nayla
NAYLA : Ada – ada sahaja lah Farhan ni. Oh ye, esok kami semua nak melawat kubur Naura. Farhan ikut sekali kan ?
FARHAN : Haah
NAYLA : Kalau macam tu Farhan pergi lah tidur dulu , Pagi – pagi subuh kita pergi sama – sama okay ?
FARHAN : Okay Kak Nayla
. . . .
NARATIF CERITA: MONOLOG CONTIE INTRO
Aku memberikan salam dan memulakan bacaan Yassin kepada arwah. Setiap bacaan ditemani dengan hati yang sebak dan diakhir bacaan disudahi dengan titisan air mata yang mengalir di pipi. Tanganku mengusap batu nisan yang diukir dengan nama penuh si meninggal itu, Siti Naura Binti Muhammad Naim ( 1998 – 2015)
FARHAN : Assalamualaikum Naura , Maafkan aku sebab lambat melawat kau. Aku belum bersedia nak berjumpa dengan kau sebab aku takut aku akan meratap kematian kau tapi alhamdullilah aku dapat redha pemergian kau dengan hati yang terbuka
FARHAN : Aku dah baca buku diari kau yang kau suruh baca. Kelakar kan ? Rupanya kita dah berjumpa dari dulu lagi cuma aku yang pelupa. Maafkan lah aku yang jenis pelupa ni haha kenapa lah kau boleh sukakan aku yang asyik lupa
( GELAK SEDIH )
FARHAN : Aku tak sangka pertemuan kita akan menjadi singkat sampai begini sekali. Aku tak sangka kau akan tinggalkan aku dan aku sendiri tak sangka yang aku sudah cintakan kau Naura. Minta maaf sebab aku tak dapat nak ungkapkan rasa cinta aku kepada kau kalau lah kau tahu perasaan aku sekarang mesti kau gembira kan ? Aku.. rindukan kau .. Terima kasih atas segala memori yang kau berikan kepada aku. Aku takkan sesekali lupakan kau. Insyallah aku datang lagi ye ? Aku bersyukur sekurang – kurangnya kita berjumpa dan aku dapat mempunyai hati kau.
FARHAN MONOLOG :
Terima kasih Naura kerana menjadi salah satu bahagian penting di permulaan ceritaku dan walaupun engkau tidak menjadi pengakhiran gembira aku tetapi aku gembira kau pernah berada di dalam kisahku. Kau akan selalu menjadi memori berharga bagi aku. Salam cinta daripadaku, Farhan.
GRAM MUZIK PENUTUP
- TAMAT –