Share

Marriott Hotel Putrajaya menyajikan menu “Merentasi Tradisi” Pentas Citarasa. Terdapat lebih 100 sajian disediakan oleh Chef Zulkifli dan kumpulannya. Bagi anda yang masih mengekalkan rasa tradisi, di sinilah tempatnya.

Variasi hidangan disediakan dari menu tempatan sehingga Middle Eastern, sebagai ‘budak kampung’, Chef Zulkifli berpengalaman luas mencipta resipi kali ini. Termasuk aneka makanan laut.

Nostalgia tujuh kawah pula paling nostalgia. Masak kawah di dalam kulai besar ini menyediakan menu berasaskan ayam lembut, itik, rusuk lembu, dan ekor lembu. Pendek kata saya pulang dengan perut kenyang. Sebelum berlalu kami makan durian yang disediakan di luar restoran.

Bagi anda mahu pengalaman merentasi tradisi, sila buat tempahan segera. Menu merentasi Tradisi ini bermula 2 Februari hingga 30 Mac 2025.