Share

Ketika dipelawa menyertai acara Malaysia Tourism Hunt 2013 saya ragu-ragu. Tak pernah berminat atau tersertai mana-mana acara seumpamanya. Tak suka treasure hunt kerana tak berapa rajin nak berfikir. Memandu kereta satu hal, mahu tergesa-gesa mengejar waktu… MMZ kurang pasti mampu.

Namun hati ini terbuka untuk bersama Gaya Travel Magazine dan Tourism Malaysia. Lalu saya diletakkan satu kumpulan dengan Eka dari MQTV Bandung, Ruby (blogger) dan Fufu (juga blogger)… percaya atau tidak kami adalah kumpulan nombor 01. Seram!

Dua hari aktiviti kami di Putrajaya dan diberi penginapan mewah di The Everly Hotel Putrajaya pada 22 September. Hari kedua di sini saya sudah tersalah urat pinggang dek tunduk dan bangkit tergesa-gesa. Dua hari juga diurut. Belum flag off dah patah pinggang. Dahlah jadi harapan team untuk jadi pemandu utama. Tragedi sangat!

image

image

image

Pada 24 September kami flag off ke Banghuris Homestay di Sepang bagi melakukan task pertama.. motong gotah yo… candat kelapa sawit, kukur kelapa (saya buat dengan jayanya haha), Ruby buat penyapu lidi dan dua hero Chibby201 pergi petik buah kopi.

image

image

Panas usah cerita dan saya pasti kulit yang tak berapa nak cerah ni akan rentung. Satu hal lagi bab makan… terbang diet… Sajian di rumah Wak Basir memang enak. Masakan berasaskan menu jawa… superb! Ada persembahan tradisional. Bab menari joget MMZ surrender.

Kemudian pukul 1 kami dijadualkan ke Lukut Museum, Port Dickson buat aktiviti Historical Hunt. Sekejap! Sejarah dulu-dulu dapat berapa tah. Lalu MMZ buat-buat busy juga mencari. Cuba! Haus! Lolz…

Selepas perasan menjawab soalan dengan 100 peratus betul kami tunggu di kereta tajaan Proton. Selepas ini kami dibawa ke Muzium Tentera Darat di Kem Si Rusa, Port Dickson. Disuruh kami celoreng muka. Dahlah tak berapa nak cun… Layan! Seronok dan lucu melihat wajah masing-masing jadi Dayang Senandong (Joven pun tanya apa maksud Dayang Senandong, sila jawab…). Apa pun wajah celoreng kami keluar Harian Metro…

image

image

image

Niat nak balik belunjur batal kerana ada satu lagi task. Heret kaki malas nak pergi menjala ketam di Pantai Satu. Teringat mencandat sotong di Terengganu. Sotong orang lain kurus… sotong aku je gemuk-gemuk… kami berjaya dapat satu ekor ketam sahaja.

Masa dinanti-nantikan, mendaftar masuk ke Grand Lexis Hotel Port Dickson. Dalam setiap kamar ada kolam renang persendirian. Apa lagi kami terus terjun melepaskan lelah… terapung-apung. Terbaik! Begitupun saya kurang menikmatinya kerana mengejar dateline skrip drama 13 episode. Hutang dengan penerbit yang wajib dilunaskan. Setiap waktu terluang saya akan menulis… nak menangis rasanya.

image

image

Esok harinya kami ke Menara Taming Sari, Melaka sebelum dilepaskan pusing-pusing bandar Hilir buat jig-saw puzzle, panorama hunt dan macam-macam hunt lagi… bergambar dengan ular paling tak tahan….

image

image

image

image

image

Selepas itu ke Hang Tuah Centre di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Kena buat wau, menyanyi lagu kuda hitam, main gasing, takraw dan bersilat. Selepas itu menginap di Hatten Hotel Melaka. Untuk gambar, terima kasih teman-teman Ruby, Eka, Fufu, Sham dan semua… ‘Kuda hitam, aduhhh… Kuda hitam…’ Tergiang-giang nyanyian Eka…

image

image

image

image

Bersambung…