PENULIS: NADYA
Daripada bufet mewah hingga hidangan Jepun dan Kantonis premium, inilah masa terbaik untuk menghargai insan bergelar ayah dengan pengalaman menjamu selera yang penuh bermakna.
Sempena Hari Bapa tahun ini, rangkaian hotel Hilton di sekitar Lembah Klang menawarkan pelbagai pengalaman gastronomi istimewa yang direka khas untuk meraikan para ayah, datuk dan figura bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang keluarga. Dengan pilihan daripada bufet mewah, set menu eksklusif hinggalah sesi hi-tea santai bersama keluarga, setiap lokasi menjanjikan momen yang penuh kenangan dan kebersamaan.
Di Hilton Kuala Lumpur, para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan menarik termasuk Father’s Day Feast Lunch Buffet di Vasco’s yang menampilkan hidangan premium seperti wok-fried chilli crab, roasted Australian rib eye dan stesen grill secara langsung. Peminat masakan Jepun pula boleh mencuba Rei Kaiseki Father’s Day Set Meal di Iketeru yang menampilkan hidangan autentik seperti hoba miso grilled beef dan mentaiko ochazuke. Bagi mereka yang gemarkan masakan Kantonis, Chynna menawarkan Parent’s Day Set Menus yang disediakan khas untuk dinikmati bersama keluarga.
Sementara itu, Hilton Petaling Jaya turut mempersembahkan pelbagai pilihan menarik menerusi bufet makan tengah hari di Paya Serai, menu Jepun premium di Genji dan set menu Kantonis istimewa di Toh Yuen. Di Hilton Shah Alam Glenmarie, para ayah boleh menikmati Father’s Day Set Menu di Furin atau sesi santai bersama keluarga menerusi Fit for a King Sharing Tapas di Glen Lounge. Menambahkan lagi kemeriahan, setiap bapa yang diraikan turut menerima hadiah istimewa berupa chocolate cigar percuma.
Bagi keluarga yang lebih gemarkan suasana santai pada waktu petang, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur dan DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside menawarkan Fit for a King Father’s Day High Tea Buffet yang menampilkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa serta aktiviti mesra keluarga. Dengan pilihan lokasi dan sajian yang pelbagai, sambutan Hari Bapa di hotel-hotel Hilton sekitar Lembah Klang pastinya menjadi peluang terbaik untuk menghargai insan tersayang sambil mencipta kenangan manis bersama keluarga.










