Share

Hidup single memang masalah besar pabila masuk bab menyediakan makanan. Sementelah bekerja keluar siang balik malam. Selalunya apa dibeli beku sia-sia atau buruk di dalam peti sejuk. Menu mudah orang bujang selalunya roti dimakan dengan sardin atau roti digoreng dengan bawang. Letak sos, sedapnya tak terkata. Tetapi masalahnya, satu buku roti pun belum tentu habis sebelum tarikh lupusnya. Jadi apakah resolusi pada masalah saya itu?

Oh, satu lagi saya kalau bab masak sudah ambil latihan amali dengan bonda. Menu tempatan mahupun barat bolehlah lagi masak. Tetapi masuk bab buat kek, kuih, donut atau roti memang agak gagal. Saya pernah kemaruk buat kek cawan (ehem, red velvet cuppies) yang ketika itu sedang popular. Memang kena bahan dengan teman-teman kerana kek saya itu bantat atau tidak naik-naik. Jujur saya katakan saya tidak pernah buat kuih, donut atau roti sendiri melainkan sekadar membantu kakak-kakak saya yang empat orang itu. Tetapi tak sampai beberapa minit saya sudah menghilangkan diri.

Apabila diberi cabaran membuat roti menggunakan Pembuat Roti Pensonic PBM-2000 Chef’s Like ini habis sekeluarga jadi mangsa. Melihat butang-butang suiznya pun saya dah naik panik. Memandangkan semua orang sibuk, nak tak nak saya sediakan sendiri menu ini. Mujurlah semuanya sedia ada kerana resipinya ringkas sahaja. Sebenarnya saya sengaja pilih menu mudah penyediaannya iaitu French Bread. Buku panduan membuat roti Pensonic ini disertakan juga resipi seperti Soft Bread, Whole Wheat, Multigrain, Moist Chocoffe Indulgence, Leavened Dough, Jam, Yogurt, Gluten-free dan Sticky Rise. Resipinya menyediakan tiga pilihan saiz roti dan ada tiga penetap larasan kerak.

pembuat roti

Tak semestinya roti sahaja tetapi asalkan berkaitan doh, mesti boleh buat menggunakan pembuat roti ini. Terdapat panel kawalan mesra pengguna dan pilihan 17 jenis program beraneka. Paling saya kagum (agak jakun) apabila roti boleh ditunda masak sehingga 15 jam. Kiranya esok celik mata nak pergi kerja, roti yang disediakan semalam sedia untuk dimakan. Masih enak dan segar.

Penyediaan memasak juga mudah kerana selain resipi, penyukatnya juga turut disediakan. Kamu perlulah mengikut apa yang diarahkan di dalam buku resipinya. Perhatikan tahap cawan penyukat pada aras mata. Pastikan juga bahan berada pada suhu bilik. Turutan ramuan pula, yang cecair haruslah berada di bahagian paling bawah. Ramuan kering pula di lapisan kedua dan akhir sekali masukkan yis. Buat lubang pada tepung gandum terlebih dahulu.

Seperti biasa, padel penguli diletakkan mentega untuk mengelak doh daripada melekat. Itu asas biasa didepani. Pilih program pun biar betul. Kamu boleh menetapkan warna kerak digemari. Saya memilih cerah. Kamu juga boleh membuka penutup untuk semak doh digaul sebati. Saya dah cuba dan saya berjaya membuatnya. Mudahkah? Cuti-cuti sekolah ni baik pergi dapatkan satu. Boleh juga sertai peraduan dianjurkan.pembuat roti2

 

Memenangi hadiah lumayan, kelas memasak bersama Chef Dato’s Haji Ismail dan semestinya hadiah utamanya adalah peluang kamu membawa pulang Chef Dato’ Haji Ismail pulang ke rumah pada malam kemerdekaan 30 haribulan Ogos 2015 kelak. Orang kata Raya Merdeka tahun ini biarlah lebih gempak. Bukan itu sahaja, kamu juga akan bawa pulang seluruh rangkaian produk Chef’s Like dan kesemuanya menjadi milik kamu.

IMG_2418IMG_2417

Untuk lebih jelas lagi kamu boleh layari http://pensonic.com atau telefon Pensonic Careline: 1-800-881-770 hari ini…

Selamat Mencuba!