Pernah suatu ketika ‘nak rak’ saya belajar bakar cupcake dengan resipi daripada kenalan yang merupakan seorang chef. Selalunya cupcake saya akan bantat, tak naik-naik. Tetapi saya tak pernah putus asa cuma tiada kesempatan untuk betul-betul belajar. Kalau kamu ada masalah sama dengan saya, inilah peluang kamu belajar dengan chef selebriti tersohor tanah air. Bagaimana caranya?
Ini memang kegemaran. Kena belajar buat sebab kat KL hanya ada Pajeri Nanas dimasak dengan gulai. Bukan tak sedap. Tetapi sejak kecil dah terbiasa mak masak Pajeri Nanas yang jernih ini. Pabila dah dapat resipi, aduhai, mudah sahaja sebenarnya. Tetapi tangan ibu kita kan, campak apa pun menjadi dan sedap pula tu. Jom, cuba resipi bonda saya!





