Share

Bersempena Ramadan yang penuh keberkatan, Park Inn by Radisson Putrajaya mempersembahkan promosi buffet Ramadan Sajian Warisan Bonda di RBG Restaurant, yang menawarkan lebih daripada 100 hidangan istimewa.

Sajian Warisan Bonda di RBG menggabungkan pelbagai hidangan asli yang mengimbau selera dari dapur bonda, menampilkan resipi-resipi keluarga yang penuh dengan sejarah dan kasih sayang. Anda dapat menikmati pelbagai pilihan makanan, termasuk hidangan pembuka selera, hidangan utama, serta manisan tradisional yang kaya dengan rasa dan budaya.

Antara hidangan utama yang ada termasuk gulai kawah, kambing golek, udang galah, aneka sup, lauk pauk panas, kerabu serta pelbagai jenis sambal yang pasti memikat hati setiap pengunjung. Bagi pencinta hidangan manis, jangan lepaskan peluang untuk menikmati aneka kuih-muih tradisional, bubur lambuk, puding dan banyak lagi.

“Pengalaman berbuka puasa di RBG bukan sekadar menikmati hidangan yang lazat, tetapi juga mencipta kenangan bersama keluarga dan sahabat dalam suasana yang penuh meriah dan harmoni. Setiap hidangan disediakan dengan bahan-bahan segar dan dipersembahkan dengan penuh dedikasi oleh pasukan kami,” ujar ketua Chef Faizul Muhammad.

Promosi ini akan berlangsung dari 2 Mac hingga 28 Mac 2025, memberi peluang kepada para tetamu untuk merasai kelazatan sajian tradisional yang diwarisi turun-temurun. Setiap tetamu juga turut berpeluang memenangi Duit Raya bernilai RM5,000 melalui cabutan bertuah!