Isu ini saya debatkan dalam majalah LISA Januari lalu. Saya nak kongsi figura wanita yang pelbagai. Cantik semuanya tetapi biasalah, yang dipaparkan oleh media masa adalah tinggi lampai bertubuh lepas, berkaki panjang adalah paling cantik aka model atau selebriti yang kita sering lihat dalam majalah, kaca TV atau filem atau kempen-kempen jenama fesyen.
Koleksi Musim Luruh Dr Denim tampil hebat tetapi lebih ringkas. Tiada lebih penting dalam kehidupan melainkan denim. Perkembangan fabriknya seiring dengan revolusi sosial. Koleksi kali ini adalah merujuk sejarah yang digandingkan dengan rekaan baru grafik dan mainan warna yang mengambil inspirasi sejarah dunia demin dalam konteks masyarakat. Nada-nada biru diilhamkan tindak balas penuaan warna celupan indigo pada material denim.
STYLE, ACTUALLY!
Kunjungi butik ActuallyKL di Bangsar Village II kerana kelainan koleksi pakaian disediakan. Sangat trendi dan sukar didapati di sini. Pecinta fesyen pastinya gemar dengan setiap satu koleksi terdapat di sini. Jenama high street seperti Le Specs and Spektre, Unbranded, Dr Denim, Dressmonster, Saturday dan Coupe-Cousu terdapat di sini. Kebanyakan jenama kasut berkualiti diambil dari UK seperti Lazy Oaf dan Ambiguous.
Gambar Mario Testino/ Burberry
Teman saya Rashid Hamid mengulas mengenai kempen baru Burberry yang dibintangi Romeo Beckham.
Move Over. David dan Posh Beckham, kini ada bintang terbaru dalam rumah “The Beckham”, putera kedua mereka Romeo Beckham, 10 tahun kini telah dipilih untuk menjayakan kempen Burberry musim Bunga/Panas 2013.
Dirakamkan jurugambar tersohor Mario Testino turut dibintangi model Cara Delevingne, Alex Dunstan, Charlie France, Max Rendell, Charlotte Wiggins dan Edie Campbell, telah digayakan Elliot Smedley. Jenama kelahiran British Burberry ini merupakan nukilan pengarah kreatif Christopher Bailey.
Romeo telah berjaya mencuri perhatian dengan gayanya memakai jaket trench metalik dan berkaca mata. Antara nama terkenal yang pernah membintangi kempen Burberry sebelum ini ialah Eddie Redmayne, Emma Watson, Rosie Huntington Whiteley dan Jordan Dunn.






















