Perjalanan Jakarta, Bandung Mengasyikkan

Share

Trip kali ini agak lama. Hampir seminggu menghabiskan waktu di Jakarta dan Bandung. Pada kunjungan lalu, saya hanya melewati jalan Cikini di Jakarta. Ternyata banyak kafe-kafe wajib dikunjungi. Kali ini saya berpeluang ‘ngopi’ di Bakoel Koffie. Sebelum itu sempat ke Minggu Fesyen Jakarta. Ternyata gaya mereka sungguh mengasyikkan.

Buru Dunia Kecantikan

Share

image

Saya bakal ke Jakarta dan langsung ke Bandung lagi hujung minggu ni. Stay tune! Saya bakal kongsi perjalanan kembara saya mencari material kain buat satu projek peribadi yang masih dirahsiakan.

Kali akhir di Jakarta, saya mencari MaxFactor di Sarinah. Kerana bajet saya gigit jari keciciran membeli perapi kening, maskara keluaran baharu dan bedak bagi melengkapkan lagi bedak asas dibeli. Percayalah efek maskara dengan sapuan lebih kecil sangat luar biasa.

Trip kali ini saya nekad membelinya. Sementelah MaxFactor Malaysia tutup, di mana lagi saya mencari. Rancangnya dua malam sahaja di Jakarta dan selebihnya empat hari di Bandung.

Stay tune!

Trip Jakarta: Jaksa Atau Sabang?

Share

Saya dalam dilema pabila teman-teman saat akhir membatalkan perjalanan masing-masing. Mereka punya hal peribadi yang harus dibereskan. Sedang saya memerlukan percutian setelah lelah 26 hari menggalas tugas HOD wardrobe filem Kitai di produksi MIG. Nekad saya memeruskan penerbangan sendirian pada malam 12 haribulan itu. Alahai, penerbangan Malaysia Airlines lewat sejam, sepatutnya jam 10 jadi 11 malam. Pasti saya akan tiba lewat jam 1 pagi. Mujur dari lapangan terbang ke bandar hanya 25km iaitu 15 minit sahaja.

Bagaimana Menyusun Bagasi Paling Mudah…

Share

travel

Dua hari sebelum perjalanan saya sudah memikirkan apa perlu dibawa untuk kembara lima hari ke Jakarta/Bandung. Tiba sahaja di destinasi, ada tayangan perdana filem Gending Sriwijaya perlu saya hadiri. Filem Karya Hanung Bramantyo, pengarah filem Ayat-ayat Cinta.

Ada beberapa urusan lagi perlu dilunaskan di Bandung pula. Dalam waktu yang sama kerja-kerja menulis, saya bawa bersama. Semua ada tarikh matinya—Dateline/Deadline—Apa-apalah dipanggil. Kerja menulis di majalah, proposal TV dan skrip. Majalah rujukan dan dokumen penting perlu di bawa.

filem indonesia

Waktu berjalan pantas, saya perlu memikirkan bagaimana mahu memuatkan segala kelengkapan kerja juga. Kalau boleh biar rancangan kerja berjalan lancar tetapi tidak mengganggu kembara ini. Tidaklah sampai perlu tambah satu lagi bagasi. Satu sudah mencukupi.

Ada yang suka kembara secara backpack tetapi kali ini kembara saya lebih elegan dengan mencampakkan bagasi ke kargo dan menaiki pesawat dengan tas tangan sahaja. Tidak seperti selalu saya rajin memikul beg ke dalam pesawat. Atau teman saya yang tolong pikul (senyum).

packing

1. Mula-mula ketahui keadaan cuaca destinasi kamu. Saya hanya ke Negara jiran. Semestinya cuaca lebih kurang sama sahaja. Bagi kamu yang kembara lebih jauh, perlu fikirkan pakaian bersesuaian dengan keadaan cuaca destinasi kamu kunjungi.

2. Tinjau gerobok kamu, apa yang mahu dibawa. Atur apa mahu dipakai pada setiap hari. Jangan terlebih bawa tetapi kalau kurang, boleh dibeli kemeja-T atau seluar pendek di sana. Ada teman saya bawa kurang pakaian kerana merancang mahu beli-belah di sana. Saya bawa cukup-cukup pakaian kerana 1)tidak merancang beli-belah dan 2)mahu berjimat (Kala menulis ini saya tersenyum kerana tidak percaya dengan diri sendiri).

3. Gulung pakaian bukan sekadar jimat ruang tetapi mengelak dari pakaian berkedut. Efektif jika mahu digunakan terus pabila tiba di destinasi. Seandainya cukup ruang, lipat empat segi sahaja. Segala-galanya bergantung pada besar bagasi kamu. Saya gulung semua. Aksesori di letak dalam bekas plastik penyimpanan sebelum disusun. Kotak barang kemas tak praktikal dibawa. Sepatu juga dibungkus terlebih dahulu.

4. Barang-barang fragile letak di tengah-tengah lipatan pakaian agar lebih selamat. Barang paling fragile lagi penting bagi saya, alat solek dan wangian. Pakaian paling penting diletak teratas agar mudah dicapai. Contohnya untuk hadirkan diri di tayangan perdana esok setelah tiba di Jakarta, saya sediakan pakaian ke acara itu paling atas.

5. Bagi kumpulan pakaian dalam, selit-selitkan sahaja mana-mana bahagian lohong. Bawa secukupnya.

6. Saya suka mengikat skarf pada pemegang bagasi agar mudah melihat ketika mengutip bagasi di laluan bagasi.

7. Barang-barang berharga biarlah di dalam tas tangan kamu. Atau dibungkus kecil agar mudah dimuatkan di bawah tempat duduk atau disimpan di tempat penyimpanan di atas kamu. Saya cukup dengan tas tangan sahaja.

Apa lagi ya? Oh ya, jangan lupa siap-siap letak passport di dalam tas tangan. Juga nombor rujukan tiket penerbangan. Alamak, saya belum tukar mata wang… Jumpa lagi!