Pelbagai cara kamu boleh menyumbang terutama untuk kebajikan. Pilihan terletak ditanganmu. The Body Shop membuka peluang kamu menyumbang dengan membeli produknya di musim perayaan dan sebahagiannya bertujuan memelihara hidupan liar.
Ada di antara kamu sememangnya penggemar merawat diri persis di spa. Padahal kesibukan mencengkam diri memang sukar buatmu berkunjung ke sana memanjakan diri. Alah, buat sahaja sendiri di rumah. Kalau ada adik atau anak saudara, perintah sahaja mereka jadi tukang urut. Seronok bukan?
Kamu tidak lagi perlu mencukur kening dengan adanya pensel khusus dan alat melukis kening. Pelbagai bentuk kening mudah sahaja dilukis tergantung kepada keaslian atau hasil dramatik mahu dicapai…




