Setelah empat hari tiga malam di Bromo. Tiga hari penggambaran berjalan lancar. Adi Putra yang datang bersama kami balik semula ke KL kerana faktor kesihatan, kembali lagi di hari terakhir kami di Bromo. Komitmen diberikan wow.
Hari rabu itu juga kami turun ke Surabaya. Dingin di Bromo sudah tidak tertahan lagi. Setiap malam tidur dengan jaket sejuk, bersarung tangan dan kaki.
Kami tiba di Hotel Amaris agak lewat kerana perjalan dari Bromo ke bandar Surabaya mengambil masa empat jam atau lebih tergantung kesesakan jalan. Ruang kamarnya cukup selesa dan berpatutan. Dekat sahaja pusat membeli-belah Sogo namun kalau mahu ke pasar ITC perlu pemandu.
Sememangnya dua hari ini adalah waktu santai kami. Dua hari diberi ruang berehat ibarat bonus setelah tiga hari bekerja keras. Team teknikal dan jurugambar serta pengarah semestinya lebih awal tiba..penat. percayalah!
Masing-masing dengan acara sendiri. Membeli cenderahati seperti kain batik buat yang tersayang. Menjelang petang baru nampak batang hidung masing-masing.
Malamnya kami dibawa Penerbit karaoke. Sebelum itu kami makan di sebuah restoran bertemakan tradisonal. Sangat enak makanannya…
Hari ini saya tidak ke mana-mana hanya santai di kamar. Lima bagasi siap mahu dibawa pulang. Bukan barang beli-belah tetapi memang bagasi wardrobe untum persalinan Nora Danish, Adi Putra dan Zizan Razak.
Hari ini jumaat 23 Ogos 2013 kami siap untuk balik KL. Cepat masa berlalu, kami tiba pada 13 Ogos lalu. Lega kerana mampu melangsaikan tugas dengan jayanya.

































