Pameran perdagangan profesional Cosmobeauté Asia kembali memeriahkan industri kecantikan di Malaysia dan rantau Asia. Pameran perdagangan terbesar edisi ke sembilan ini diumumkan penganjur ECMI ITE dengan harapan tinggi menggunung. Cosmobeauté Asia 2013 akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) dari 15 sehingga 18 Julai. Tahun ini sebanyak 320 penyertaan dijangka bakal menarik 20,000 pengunjung.
“Kami bangga dengan pencapaian pameran ini dari tahun ke setahun. Dengan kehadiran variasi jenama antarabangsa, kami terus berkembang dan menarik penyertaan baru membuat pameran. Terutama menarik penyertaan pengeluar produk kecantikan seluruh dunia. Saya teruja untuk tahun ini kerana adanya penyertaan dari Italy dan Turkey buat kali pertama,” ujar Pengarah Urusan ECMI ITE, CP Saw di sidang media berlangsung baru-baru ini.
Bermula 2005, Cosmobeauté Asia berkembang pantas malah segera diiktiraf pameran kecantikan paling dipercayai di rantau ini. Semestinya acara ini membentuk perspektif perniagaan lebih inovatif pada pakar kecantikan dan pakar industri kecantikan yang lain.



















