Rai 10 Tahun L’Occitane

Share

Kuning dan keemasan adalah tema keraian 10 tahun rasa cinta L’Occitane di Bridge Bar, G Tower, isnin lalu. Beberapa produk tersohor nya dipamerkan pada setiap meja tamu. Rakan-rakan media hadir dimeriahkan lagi dengan wajah-wajah selebriti tempatan.

Buru Dunia Kecantikan

Share

image

Saya bakal ke Jakarta dan langsung ke Bandung lagi hujung minggu ni. Stay tune! Saya bakal kongsi perjalanan kembara saya mencari material kain buat satu projek peribadi yang masih dirahsiakan.

Kali akhir di Jakarta, saya mencari MaxFactor di Sarinah. Kerana bajet saya gigit jari keciciran membeli perapi kening, maskara keluaran baharu dan bedak bagi melengkapkan lagi bedak asas dibeli. Percayalah efek maskara dengan sapuan lebih kecil sangat luar biasa.

Trip kali ini saya nekad membelinya. Sementelah MaxFactor Malaysia tutup, di mana lagi saya mencari. Rancangnya dua malam sahaja di Jakarta dan selebihnya empat hari di Bandung.

Stay tune!

Pengguna Safi Rania Gold Dirai

Share

SyawalEmas (3)

 

Safi Rania Gold dengan usahasama ahli jawatankuasa Puspanita Jabatan Pendaftaran Negara menganjurkan majlis Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold. Ia juga salah satu usaha Safi mendorong wanita memahami pentingnya proses penuaan kulit dan menukar rejim penjagaan kulit wajah seawal tanda penuaan yang pertama.

Menurut Pengurus Kumpulan Produk – SAFI, Mahsuri Sulaiman, acara ini membuka ruang Safi mengenali dengan lebih dekat para wanita SAFI dan berkongsi dengan mereka kepelbagaian rangkaian produk kecantikan SAFI dengan formulasi khusus untuk setiap skala usia.  Safi berjaya membawa para wanita melalui transisi rejim kecantikan anti penuaan mereka yang pertama iaitu SAFI RANIA GOLD dan mengekalkan keremajaan kulit wajah.

Aura glamor majlis diserikan dengan kemunculan istimewa duta SAFI RANIA GOLD, Rozita Che Wan.  Wanita Ikon yang menggalas pelbagai peranan hebat sebagai seorang ibu,pelakon dan usahawan turut mengambil peluang ini untuk berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan dan  untuk tampil yakin.

Rozita turut menyentuh tentang pentingnya menyedari keperluan kulit selari dengan usia dan mencari rejim anti-penuaan yang bersesuaian. Beliau juga menegaskan dan percaya bahawa perawatan seawal tanda penuaan pertama mampu mengekalkan keremajaan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.

 

 

Ayurveda Sungguh Menenteramkan Jiwa

Share

aromatherapy-massage

Saat mengalami tekanan akibat tuntutan kerja, kesesakan lalu lintas atau kesesakan kisah hati, tiba waktu mencari sebuah spa menawarkan perkhidmatan urutan menenteramkan jiwa. Baru-baru ini saya berkunjung ke Jojoba Spa yang terletak di tingkat 15 Berjaya Time Square Hotel. Kisahnya saya hilang seketika selama 90 minit di dunia saya sendiri kala beradu dengan pakej Jojoba Ayurveda.

Selama 15 minit saya dibiarkan sendirian di kamar jakuzi untuk rawatan Kapha. Istimewanya Jojoba spa, setiap kamar diberi nama setiap negeri di Malaysia dan punya ruang jakuzi dan mandian sendiri. Sangat privasi kerana kamu tidak perlu berkongsi kamar mandi atau jakuzi. Saya diberi kamar Kuala Lumpur. Ketika larut memandang panorama Kuala Lumpur dari dinding kaca, selesai berendam di tab jakuzi, saya disuruh membersihkan diri dengan sabun mandian haruman lavender.

ear candle.ai

Sesudah itu berlalu ke ruangan meletakkan katil dan sofa. Duduk seketika meneguk teh halia keras. Saya bukan penggemar halia namun menggagahkan diri untuk minun agar badan lebih segar. Kemudian saya meniarap di atas katil tersedia dan menghidu aroma segar mata mula pejam. Saya cuba menjauhkan segala kekusutan minda, membiarkan ia kosong. Cuba!

Kemudian jari jemari pakar terapi mula menyentuh bahagian leher. Lembut sahaja urutan dilakukan pada bahagian bawah telinga, pangkal leher dan tengkuk saya. Ketika itu juga ear candle treatment dilakukan di kiri dan kanan telinga. Kaedah ini mujarab untuk menghilangkan gatal-gatal di dalam telinga. Sesuai juga jika kamu mengalami migrain, sukar untuk tidur atau insomnia.

(S)0059

Kemudian urutan dilanjutkan pada seluruh tubuh menggunakan dua orang pakar terapi handalan dan terlatih Jojoba Spa. Urutan pada sistem limfatik dituju untuk melancarkan peredaran darah. Istimewanya urutan Vata treatment dalam pakej Ayurveda di sini, dua urutan dilakukan serentak tapi pada bahagian tubuh berbeza—Seorang di kaki, seorang lagi di tubuh kiri dan kanan bergilir-gilir. Tidak seperti di tempat lain urutan dua orang serentak pada bahagian tubuh sama.

Urutan Ayurveda adalah mengambil inspirasi urutan gaya India namun telah diubahsuai di Jojoba Spa. Pengunjung pasti merasakan kelainannya kerana urutannya terasa di tubuh, bukan sekadar gosokan biasa. Kiranya terapi telah diajar gandingan urutan Bali dan Malaysia, urutan berasa tuju pada urat-urat tertentu. Minyak digunakan juga istimewa iaitu minyak kelapa dan minyak wangian lavender.

JoJoBa view copy

Jojoba Spa sudah 13 tahun beroperasi dan merupakan spa terbesar di Malaysia ditujukan buat warga tempatan dan pelancong asing. Cawangannya Royal Spa terdapat di Royal Bintang, The Curve. Bagi keahlian kamu mendapat tawaran pakej lebih murah. Pakej rawatan Ayurveda ini berharga RM322 (RM280 + 15 peratus tambahan perkhidmatan).

Wajah Baru 101 Hair Care

Share

 

BU

Pelancaran korporat baru dan penjenamaan semula 101 Hair Care, pakar penjagaan rambut terkenal, diumumkan dalam satu sidang media. Beralih angin dengan penjenamaan baru ini diharap mampu meluaskan daya tarikan perniagaan trikologinya iaitu kajian saintifik kesihatan rambut dan kulit kepala dengan menarik pasaran lebih muda dan kontemporari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 101 Hair Care, Joe Thye, kira-kira 70 peratus pelanggannya adalah dalam kumpulan usia antara 18 dan 45 tahun. Kalau boleh hendak dibuang persepsi penjagaan rambut hanya untuk generasi tua sementelah permintaan dari generasi muda juga semakin meningkat.

Shampoo, Conditioner & Herbal Essence

Kehilangan rambut dan masalah lain berkaitan rambut bukan lagi dialami golongan berusia malah golongan muda belia juga memiliki masalah sama. Apatah lagi ramai yang kurang berpengetahuan menjaga rambut mereka.

Hasil tinjauan selidik syarikat yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya 2,000 rakyat Malaysia menyokong pandangannya. Tinjauan itu juga menunjukkan satu anjakan paradigm dalam demografi pelanggan, isu masalah rambut ini dalam julat usia 18 hingga 45 tahun dihadapi oleh kebanyakan wanita.

Treatment 2

101 Hair Care menjadi pusat penjagaan rambut pertama di Malaysia yang menawarkan pakar folikel yang dilatih khusus membuat diagnosis rambut secara professional. Jadi sekiranya kamu mula mendapati rambut semakin gugur atau kelumumur tidak terkawal, kunjungilah 101 Hair Care hari ini.

Rawat Wajah Lebih Awal Dengan Multivitamin Power Serum Dari Dermalogica

Share

Tahukah anda kita wanita di Malaysia dalam cuaca tropika ini sering terdedah pada sinaran matahari pembawa sinar UV merbahaya yang mampu mempercepatkan proses penuaan kulit?

Pencari Ratu Rania Bermula…

Share

RatuRania_RozitaZiana

 

SAFI jenama produk kecantikan dan penjagaan diri Halal kontemporari No 1 Malaysia membawa  definisi ratu ke aras yang baru. RATU RANIA, sebuah program realiti mencari ikon wanita moden kini  sama ada figura korporat hebat atau suri perkasa hebat memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan namun tidak melupakan pentingnya memanjakan diri dengan santun dan keayuan cantik , tersendiri.

Terbuka kepada semua wanita Malaysia berusia 30 tahun  – 45 tahun,  sesi ujibakat pertandingan yang telah dianjurkan pada Jun 2013 ( Johor, Penang dan Kuantan) bakal melabuhkan tirainya pada sesi ujibakat  terakhir pada 6 Julai 2013 (Sabtu ) Jam 10.00 pagi – 3.00 petang bertempat di Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam.

Selama 8 minggu, 10 wanita persona hebat finalis RATU RANIA  harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang menguji kekuatan fizikal dan mental serta azam mereka untuk menjadi inspirasi bersama. Program unik hadiah buat wanita dengan hadiah utama berjumlah RM 50,000.00 ini akan disiarkan di saluran Astro Prima tidak lama lagi. Mereka akan dipilih berdasarkan 3 kriteria utama iaitu keyakinan diri,   keluasan pengetahuan am dan berpersonaliti menarik.

RATU RANIA merupakan pentas terbaik  SAFI untuk memperkasa wanita tentang pentingnya penjagaan keremajaan kulit wajah yang merupakan nadi dan kunci keyakinan setiap wanita melalui rangakaian produk anti penuaan Safi Rania Gold  “Jelita Tanpa Mengira Usia” dan  Safi Rania Diamond “ Kekal Anggun Menawan”.

Melengkapkan kembara cantik pencarian RATU RANIA adalah penampilan esklusif Duta Safi Rania Gold Rozita Che Wan dan Duta Safi Rania Diamond Ziana Zain  di dalam program ini nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari www.safi.com.my  dan  www.facebook.com /SAFI.MY

RATU RANIA BAKAL MEMAKHOTAKAN WANITA INSPIRASI DISERTAI HADIAH LUMAYAN BERIKUT:

  1. HADIAH UTAMA (RATU RANIA)

a)      Wang tunai RM 25,000.00

b)     Kontrak 1 tahun untuk  iklan cetak dan eletronik Kempen Safi

c)     Hamper produk Safi Rania bernilai RM 3,000.00

Jumlah keseluruhan: RM 50,000.00

 

  1. TEMPAT KEDUA

a)     Wang tunai RM 8,000.00

b)     Kontrak 1 tahun untuk iklan cetak dan eletronik Kempen Safi

c)     Hamper produk Safi Rania bernilai RM 2,000.00

 

  1. TEMPAT KETIGA

a)     Wang tunai RM 5,000.00

b)     Hamper produk Safi bernilai RM2,000.00

 

  1. SAGUHATI (7 HADIAH)

a)     Wang tunai RM 1,000.00

b)     Hamper produk Safi bernilai RM 800.00

Adakah anda RATU RANIA itu?

Kriteria:

  1. Terbuka kepada warga perempuan Malaysia berusia  30 tahun – 45 tahun pada tarikh 15 Jun 2013
  2. Terbuka hanya kepada pemegang kad pengenalan Malaysia
  3. Borang penyertaan boleh diperolehi dan mesti dilengkapkan di tempat uji bakat
  4. Membawa satu salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  5. Kad pengenalan asal (baru)
  6. Satu keping gambar penuh berukuran 4R

 

Cosmobeaute Asia Kembali

Share

CBA13_PC (7)

Pameran perdagangan profesional Cosmobeauté Asia kembali memeriahkan industri kecantikan di Malaysia dan rantau Asia. Pameran perdagangan terbesar edisi ke sembilan ini diumumkan penganjur ECMI ITE dengan harapan tinggi menggunung. Cosmobeauté Asia 2013 akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) dari 15 sehingga 18 Julai. Tahun ini sebanyak 320 penyertaan dijangka bakal menarik 20,000 pengunjung. 

“Kami bangga dengan pencapaian pameran ini dari tahun ke setahun. Dengan kehadiran variasi jenama antarabangsa, kami terus berkembang dan menarik penyertaan baru membuat pameran. Terutama menarik penyertaan pengeluar produk kecantikan seluruh dunia. Saya teruja untuk tahun ini kerana adanya penyertaan dari Italy dan Turkey buat kali pertama,” ujar Pengarah Urusan ECMI ITE, CP Saw di sidang media berlangsung baru-baru ini.

Bermula 2005, Cosmobeauté Asia berkembang pantas malah segera diiktiraf pameran kecantikan paling dipercayai di rantau ini. Semestinya acara ini membentuk perspektif perniagaan lebih inovatif pada pakar kecantikan dan pakar industri kecantikan yang lain. 

Respirasi Cantik

Share

beauty

S.H.E @Panasonic Beauty Launching Event

Share

S.H.E. dolls beraksi di pentas Panasonic Beauty Launching Event pada 23 Oktober 2012 memperagakan perkakas Panasonic Beauty untuk keggunaan pagi sehingga malam. Sekaligus ini S.H.E reunion selepas tiga tahun bersama-sama merakamkan Pilot Drama S.H.E.. Biarpun mengalami kesukaran tetapi kami masih hidup…

To be continue…