Ucapan selamat hari raya daripada Aaron Aziz buat pengunjung laman blog Elegan www.marinimz.com
Sesi fotografi Billboard Astro bersama Aaron Aziz.
Hari pertama penggambaran video muzik lagu tema filem Suamiku Ustaz di Gunung Bromo, Surabaya. Jubah digayakan Zizan rekaan Kos.
Pengarah filem dan muzik video Ghaz Abu Bakar memberi penerangan serba ringkas sebelum Zizan mengambil tempatnya.
Zizan sedang beraksi di hadapan kamera. Video muzik ini berunsurkan Hindustan dan Arabic.
Seterusnya penggambaran dilakukan berlatarkan gugung-gunung menghijau. Kemeja Kos disarung memberi gaya ringkas tidak seperti sebelumnya.
Saya berkesempatan menjejak kaki ke Gunung Bromo di Surabaya selama enam hari bermula semalam. Penerbangan ke Surabaya mengambil masa dua jam setengah. Kemudian kami mengambil masa tiga jam kebih untuk tiba di pergunungan Bromo.
Mount Bromo ini sangat indah dan kesejukannya setaraf ketika saya menaiki gunung Luzern, Swiss. Pemandangannya juga… tiada kata-kata terluah. Sebab itulah pengarah, Ghaz tertawan dengan tempat ini dan membawa kami semua menikmati visinya.
Saya menyertai team produksi filem Suamiku Ustaz menjalani penggambaran dua muzik video untuk soundtrack filem dendangan Adi Putra dan Zizan Razak. Nora Danish pula membuat penampilan istimewa.
Hari ini hari pertama shooting dan kami menunggu Nora Danish siap didandan Tiar Zainal. Wardrobe pertama oleh Calvin Thoo. Ini kira lintas langsung saya dari Bromo (haha).
Bersambung…
Hanya 5 hari lagi konsert akan berlangsung—Pada 19 Ogos 2013 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Elegan ingin mengajak dua pembaca Elegan untuk turut berada di dalam keriuhan konsert itu kelak. Terima kasih Wonderplus.
Mudah sahaja untuk menang;
1. Like fan page Elegan di https://www.facebook.com/eleganblog
2. Tinggalkan komen di post ‘2 Tiket Linkin Park Untuk Dimenangi’ di www.marinimz.com bersama butiran peribadi, telefon bimbit atau email dan facebook kamu. Nyatakan mengapa kamu mahu bersama ELEGAN di konsert Linkin Park.
3. Good Luck!
Itulah ucapan Selamat Hari Raya dari Chester, pendokong utama kumpulan Linkin Park yang akan bertemu peminat Malaysia pada 19 Ogos 2013 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Tiket RM95 (M3) dan RM550 (The Pit) kini telah habis dijual. Satu petanda baik bagi kumpulan itu dan mereka sudah bersedia memberikan persembahan terbaik buat semua peminat.
Tinggal lima hari sahaja lagi namun kamu masih berkesempatan mendapatkan tiket tempat duduk bebas harga RM195 dan RM295, tiket berdiri bebas RM350, RM450 dan RM680. Layari www.ticketcharge.com.my atau telefon 03-9222 8811 untuk sertai liburan kami.
Jumpa di sana!
Konsert jelajah dunia Living Things membawa kumpulan metal Linkin Park bertandang ke Malaysia tidak lama lagi. Pastinya ini berita baik buat peminat kumpulan ini. Jadi pastikan kamu menanda diari pada tarikh 19 Ogos 2013, jam 8 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sebuah hiburan didatangkan istimewa oleh Wonderland+.
Eksklusif kerana Likin Park memilih hanya Malaysia sebagai persinggahan mengadakan konsert jelajah mereka di Asia Tenggara. Jadi peminat-peminat mereka dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura dialu-alukan untuk bertandang menyaksikan persembahan hebat mereka.
Harga tiket RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan tempat duduk bebas. Manakala RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (the Pit) dikategori tempat berdiri bebas. Tiket harga RM680 pula buat peminat VIP. Bagi kamu pembeli tiket awal akan sepanjang tempoh pra jualan (21 Jun – 30 Jun) bakal menerima diskaun 10 peratus.
Layari www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus hari ini.
Pastikan kamu luangkan waktu pada malam 23 Jun 2013, jam 8.30 malam untuk temu janji istimewa. Malam bertemu bintang R&B Malaysia Dayang Nurfaizah di The Venue, Pavilion. Persembahan istimewa ini bersempena penglibatan 14 tahun Dayang dalam industri hiburan tanah air. Ia sebagai penghargaan dan kenang-kenangan pada peminat yang selama ini tak henti-henti memberi sokongan.
“Kasih dan sokongan peminat-peminat teramat bermakna pada saya, kerana dengannya, saya masih dapat meneruskan kembara saya dalam arena muzik,” ujar Dayang Nurfaizah.
Kelainan persembahan dijanjikan Dayang Nurfaizah. Apatah lagi gandingan pemuzik terbaik Malaysia dipimpin pula Jenny Chin. Sepanjang membuat persembahan live ini, Dayang sememangnya tidak pernah menghampakan peminat. “Lebih intim, lebih personal, lebih Dayang!” janji Dayang.
Pasti kita ternanti-nanti pilihan busana Dayang pada malam itu lagi. Dia memang terkenal dengan gaya anggun dan elegan. “Saya amat teruja dantidak sabar rasanya untuk bersama dengan semua peminat-peminat pada malam itu. Sebagai bonus, saya akan menyanyi lagu Bisikan Rindu, lagu tema dari drama bersiri Astro Mustika – Dahlia.”
Persembahan khas ini dijanjikan persembahan terbaik Dayang yang akan membawakan lagu-lagu yang dipilih teliti dari albumnya, termasuk beberapa lagu cover . Bayaran masuk untuk persembahan istimewa ini adalah RM70 (termasuk satu minuman ringan). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 2143 3022 / 03 2110 2800.
Saya adalah Marini Mat Zain, Web Editor di majalah GLAM (glam.my). Merupakan bekas editor majalah LISA, Editor kanan WW, penolong editor InTrend, penulis iRemaja, Libur dan Impiana. Saya juga pernah menyumbang untuk majalah Glam, Eh!, Maskulin dan Jelita. Serius menulis novel. Novel pertama Fajar Di Bukhara. Juga penulis skrip filem, drama, majalah TV dan iklan TV. Hubungi saya di mmz@marinimz.com atau marinimz@gmail.com.
© 2008-2022 Hakcipta Terpelihara. Marini MZ
