Indah Nian di Mata

Share

eyez

 

Sepasang kacamata bukan lagi tanda si ulat buku. Ia kini dianggap satu ekspresi fesyen. Ia adalah aksesori bagi mereka yang bergaya. Malah, mereka yang mempunyai tahap penglihatan 20/20 turut memakai sepasang bingkai kacamata tebal semata-mata untuk mengikut aliran fesyen!

Menyedari hakikat ini, Eyez Optometry merangka perniagaannya berdasarkan komitmen bahawa setiap kacamata yang terdapat di dalam kedainya harus merupakan gabungan sempurna seni dan sains. Sejak tahun 2007, Eyez Optometri telah menjadi perintis dalam penciptaan kaca mata canggih. Ia menjadi pusat yang akan dituju untuk mendapatkan fesyen kacamata yang mendefinisikan gaya peribadi seseorang. Ia adalah yang pertama dan satu-satunya kedai kacamata di Malaysia di mana setiap item adalah sebuah hasil seni, dan bukan semata-mata alat bantuan penglihatan.

eyez

 

Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan dari cawangan pertamanya yang terletak di Pusat Membeli-belah Bangsar Village II, Eyez Optometry berkembang dengan pembukaan cawangan keduanya di Mont Kiara dalam masa 3 tahun.

Jejakkan kaki anda dalam mana-mana cawangan Eyez Optometry dan semua keperluan penjagaan mata anda boleh didapati di setiap inci kedai. Eyez Optometry adalah pengedar tunggal dan eksklusif bagi bingkai kacamata dan kacamata hitam berjenama mewah seperti Andy Wolf, Derek Lam, Face a Face dan Philip Lim. Kacamata dari koleksi eksklusif Jason Wu merupakan item rebutan ramai di kedai. Kanta berkualiti dari pelbagai jenama berwibawa turut boleh didapati untuk digandingkan dengan bingkai kacamata pilihan. Bagi mereka yang memilih untuk tidak bercermin mata, Eyez Optometry mempunyai pilihan kanta lekap dan larutan pembersih yang luas.

eyes

 

Namun Eyez Optometry bukan sahaja memenuhi keperluan golongan dewasa yang bergaya. Ia turut mempunyai koleksi luas kacamata untuk kanak-kanak dan remaja. Selain seleksi yang ranggi, Eyez turut menawarkan penyelesaian untuk kanak-kanak yang menghidap myopia (rabun dekat) dengan kanta istimewa dipanggil Kanta Pengawalan Myopia.

Optometris dan juruoptik berkelayakan sentiasa bersedia pada setiap masa untuk menjalankan ujian mata menyeluruh serta memberikan khidmat nasihat.

Tips membeli kasut

Share

20130130-140056.jpg

Gambar : www.sepatulondon.co.uk

Aksi 3D G.I. Joe: Retaliation

Share

Minggu lepas secara eksklusif kami berpeluang menonton empat minit pengenalan G.I. Joe: Retaliation di skrin 3D, TGV, One Utama. Penantian peminat akan berakhir tidak lama lagi apabila filem ditayangkan Mac ini.

Gandingan Channing Tatum, Bruce Willis, The Rock semestinya penonton sudah dapat menelah bagaimana rupa filem ini. Aksinya lebih mendebarkan dan lasak. Luar biasa dari sebelumnya.

Pertempuran di antara ninja semestinya mengujakan mata. Cuma adegan kejar mengejar ninja di celahan gunung kelihatan sangat animasi. Begitupun saya percaya peminat G.I. Joe terutama lelaki pasti tidak akan melepaskan peluang menonton.

Saya yang telah menonton G.I. Joe: The Rise of Cobra semestinya tidak akan melepaskan peluang menonton bersama teman-teman. Tetapi sebelum itu saya merancang menonton semula filem G.I. Joe pertama, bagi mengambil mood semula.

 

Semalam di Sekeping Tenggiri

Share
elegan

Sekeping Tenggiri, Jalan Tenggiri, Bangsar.

Seandainya kamu tidak merancang bercuti jauh dari kota. Kamu sekadar mahu bermalas-malas di pusat peranginan tanpa mahu bersesak-sesak di dalam kesesakan lalu lintas. Saya sarankan kamu ke homestay di Bangsar.

LAMAN

Memang menakjubkan kerana di celah kediaman Lorong Tenggiri, Bangsar, terdapat rumah penginapan Sekeping Tenggiri. Biarpun masih di dalam kota tetapi sebaik kaki melangkah masuk, perasaan sekelip mata bertukar seolah-olah kamu berada di sebuah pusat peranginan indah.

“Duduk-duduk di ruang istirehat sendirian pasti ilham kan datang. Suasana agak sepi kerana penghuni saling hormat-menghormati,”

Sekiranya kamu mencari ilham penulisan, tidak salah lagi memilih Sekeping Tenggiri sebagai penginapan beberapa malam. Terdapat banyak ruang buat kamu memanggil ilham datang. Rutin harian kadang-kadang membuatkan kita tidak terkejar dengan semua. Jika lelah berehat seketika di kolam renang sambil menikmati minuman panas.

BILIK

Kamu seolah-olah berada di kediaman sendiri apabila ruang dapur terbuka disediakan. Kamu boleh membancuh air kesukaan sendiri bila-bila masa. Tingkat bawah meletakkan empat kamar dengan pemandangan taman dan kolam renang. Tiga kamar lagi di tingkat atas dengan pemandangan langit dan dinding gelas. Semalaman itu saya menetap di kamar bersilingkan pemandangan langit.

OK

Harga kamar di antara RM200, RM250 dan RM300 dilengkapi kemudahan wifi,  TV dan pemain DVD (Astro hanya terdapat di raung istirehat). Dapur lengkap dengan ketuhar dan peti sejuk. Orang tua kata, buatlah macam rumah sendiri. Bahan bacaan juga disediakan. Dua ekor anjing Pulau dan Ketam akan menjaga keselamatan kediaman. Perkhidmatan juga disediakan 24 jam buat kemudahan pengunjung.

elegan

Selain Sekeping Tenggiri di Bangsar, kamu juga boleh membuat tempahan di beberapa cawangan lain di beberapa lagi lokasi seperti Sekeping Serendah (Serendah), Sekeping Seapark (Petaling Jaya), Sekeping Terasek (Bangsar), Sekeping Kong Heng (Ipoh) dan Sekeping Victoria (Pulau Pinang).

marinimz.com

Jangan lupa sediakan persalinan tambahan di bonet kenderaan. Kadang-kadang kamu tidak tahu rancangan kamu pada hujung minggu. Mungkin bermula dengan hanya makan tengah hari dan melepak. Tetapi kadang-kadang kamu mungkin memerlukan getaway biarpun semalaman.

Work It. Fab It. Style It

Share

Rancangan realiti TV terbaru Kimora: House of Fab ditayangkan kali pertama hari ini di Style Network. Biarpun belum masuk ke Malaysia namun saya sangat teruja menunggu. Kali ini kisah Kimora berkisah jatuh bangun membina label barunya yang dipasarkan online.

kimora-lee-simons

No one said being fabulous is easy

Dongeng Hansel & Gretel Beraksi

Share

Kisah dua beradik ditinggalkan di hutan dan terperangkap di rumah gula-gula biasa kita dengar sejak kecil. Kemudian mereka terperangkap dengan ahli sihir yang suka menjadikan kanak-kanak sebagai hidangannya. Sebelum itu kanak-kanak lelaki itu disuruh makan agar lebih gemuk.

Ternyata Hansel dan Gretel berjaya memboloskan dirinya dari ahli sihir itu. Sebab itu mereka menjadi kisah mitos paling hebat diceritakan turun-temurun.

Filem ini pula menceritakan apa terjadi selepas mereka menginjak alam dewasa. Dari situlah bermulanya pengembaraan hebat dua beradik memburu ahli sihir. Mereka terkenal diseluruh pelosok daerah. Maka lahirlah Hansel & Gretel: Witch Hunters.

hansel & gretel

Mereka menerima jemputan orang besar di sebuah kampung menyiasat kehilangan kanak-kanak. Di situlah Hansel (Jeremy Renner) dan Gretel (Gemma Arterton) menghadapi cabaran berdepan anggota polis yang bertindak sembrono dan menentang mereka.

Akhirnya penyiasatan mereka membawa jawapan pada kisah silam. Rahsia terbongkar mengapa mereka kebal dari kuasa sihir. Rupa-rupanya ibu mereka adalah ahli sihir baik yang jatuh cinta dengan peladang. Mereka meninggalkan dua beradik itu untuk selamatkan diri dari masyarakat setempat. Ibu dan bapa mereka dibunuh pada hari yang sama.

HANSEL & GRETEL: WITCH HUNTERS

Kami dibawa menonton di pawagam digital Imax yang memberi kepuasan mata. Saya sekali terkejut seolah-olah ada peluru mahu menembusi. Jalan cerita kemas tetapi mampu dibaca kesudahannya pasti ada watak baik yang mati. Namun penuh dengan adegan aksi yang digarap dengan baik.

Tetapi kemunculan watak ahli sihir Muriel semestinya mendapat perhatian kerana watak itu dipegang oleh Famke Janssen, pelakon Bond Girl dan X-Men. Aksi penuh debar juga menjanjikan kepuasan. Hansel & Gretel: Witch Hunters akan di pawagam pada 24 Januari dalam 3D.

HANSEL & GRETEL: WITCH HUNTERS

 

Yummy Magnum Ice Cream

Share

magnum ice cream

 

Hujung minggu lepas saya dijemput ke private party Magnum Ice Cream di Renoma Cafe Gallery, Kuala Lumpur. Semestinya menyeronokkan kerana semuanya pada malam itu adalah mengenai ais krim. Pada malam itu juga Magnum Ice Cream memperkenalkan dua perisa baru mereka—Magnum Chocolate Brownie dan Magnum Chocolate & Strawberry. Percayalah! Kamu seolah-olah kembali ke zaman anak-anak ketika menikmatinya. 

Adaptasi Novel Sehangat Asmara

Share

582337_407394306015679_876929586_n

Sebuah novel tulisan Aisya Sofea kini di Astro Mastika. Drama bersiri Sehangat Asmara lakonan Adi Putra, Rita Rudaini dan Shahrizal Jaszle hari ini mula ditayangkan. Istimewa gambar-gambar dibalik tabir pembikinan poster drama.

 

Kisah Seram MAMA Di Pawagam

Share

Sebelum ke filem prebiu MAMA saya sempat mencari trailer kerana ingin mengetahui serba sedikit mengenainya. Hanya beberapa minit trailer saya sudah tahu filem ini sangat menakutkan. Bagi penggemar filem seram, apa ditunggu lagi. Minit awal filem sudah muncul kelibat-kelibat yang tidak diingini. Sepanjang menonton, saya menutup mata kerana mengelak kejutan dari filem.

MAMA_HIRES

Guillermo del Toro mempersembahkan Mama, filem supernatural thriller yang pasti mendebarkan. Kisah dua beradik Victoria dan Lilly dilarikan bapanya setelah membunuh isteri dan rakan kongsi. Ketika melarikan diri kereta dipandu bapanya tergelincir. Lalu mereka tiba di sebuah pondok dalam hutan. Bapa mereka berniat membunuh dua beradik ini tetapi diselamatkan satu lembaga yang akhirnya membesarkan mereka di pondok itu.

CC18_TP_00041R

Bapa saudara mereka, Lucas tidak pernah putus asa mencari. Lima tahun berlalu barulah dua beradik ini dijumpai tetapi kerana telah lama hidup terasing, mereka jadi seperti liar dan ketakutan. Lucas dan teman wanitanya Annabel cuba memperkenalkan kehidupan normal kepada Victoria dan Lilly. Begitupun lembaga yang menjaga mereka selama ini telah mengekori ke mana sahaja mereka pergi.

CC18_TP3_00004R

 

Seandainya kamu penggemar kisah seram, MAMA mampu menambah debaran dengan banyak adegan seram. Seorang teman memberi komen, pulang ke rumah tidak lelap mata kerana masih terbayang-bayang. MAMA di pawagan bermula 17 Januari 2013.

Kempen Baru Dior Air Tangan Raf Simons

Share

Teks: Rashid Hamid (Penata Gaya)

Bagi Musim Bunga/Panas 2013, kempen pertama Raf Simons untuk rumah fesyen Christian Dior dirakamkan jurugambar Willy Vanderperre. Konsep ringkas berlatarbelakang galeri seni yang minimal telah digayakan model Daria Strokous, Daiane Conterato, Nocole Pollard, Anne Martynova dan Marie Pioyesan. Gaya rekaan Raff Simons yang ringkas ini mengembalikan gaya minimal Dior sebelum rumah fesyen ini diambil alih John Galliano yang gemar menghasilkan rekaan bercirikan romantik, sensual yang berinspirasi zaman lampau.

Kredit gambar : Dior/Willy Vanderperre