Air Mata Tertumpah Kerana Habibie & Ainun

Share

20130116-113000.jpg

Air mata saya tertumpah di kota Bandung ketika menonton filem Habibie & Ainun. Kala seorang teman dari Bandung menyarankan kami menonton filem itu saya buat endah tak endah sekadar akur. Apa salahnya! Sangka saya ia sebuah lagi kisah cinta digarap untuk dijadikan hiburan.

Separuh jalan hati mula bertanya, ini kisah benar. Lalu teman saya menerangkan ini kisah mantan perdana menteri ketiga mereka. Filem dari judul sama sebuah novel terlaris 2011 dan menjadi inspirasi kepada semua. Pengarah Faozan Rizal ternyata berjaya menyentuh perasaan seisi pawagam.

Lakonan Reza Haradi dan Bunga Citra Lestari juga sangat menyakinkan. Dihujung cerita air mata tak tertahan lagi. Gugur sendirinya tanpa dapat diseka. Sudah sekian lama menonton filem tanpa ada rasa. Sudah lama tidak ada filem yang mampu membuat air mata saya tumpah.

Sayu hatinya terbawa-bawa di luar pawagam. Saya menyesal kerana tidak membeli novel Habibie & Ainun tetapi sudah dikirim melalui teman di seberang. Menatap gambar sebenar ketika Habibie meratapi kemangkatan Ainun, saya kagum melihat seorang suami mencintai isterinya sebegitu rupa. Lima bintang!

Bagaimana Menyusun Bagasi Paling Mudah…

Share

travel

Dua hari sebelum perjalanan saya sudah memikirkan apa perlu dibawa untuk kembara lima hari ke Jakarta/Bandung. Tiba sahaja di destinasi, ada tayangan perdana filem Gending Sriwijaya perlu saya hadiri. Filem Karya Hanung Bramantyo, pengarah filem Ayat-ayat Cinta.

Ada beberapa urusan lagi perlu dilunaskan di Bandung pula. Dalam waktu yang sama kerja-kerja menulis, saya bawa bersama. Semua ada tarikh matinya—Dateline/Deadline—Apa-apalah dipanggil. Kerja menulis di majalah, proposal TV dan skrip. Majalah rujukan dan dokumen penting perlu di bawa.

filem indonesia

Waktu berjalan pantas, saya perlu memikirkan bagaimana mahu memuatkan segala kelengkapan kerja juga. Kalau boleh biar rancangan kerja berjalan lancar tetapi tidak mengganggu kembara ini. Tidaklah sampai perlu tambah satu lagi bagasi. Satu sudah mencukupi.

Ada yang suka kembara secara backpack tetapi kali ini kembara saya lebih elegan dengan mencampakkan bagasi ke kargo dan menaiki pesawat dengan tas tangan sahaja. Tidak seperti selalu saya rajin memikul beg ke dalam pesawat. Atau teman saya yang tolong pikul (senyum).

packing

1. Mula-mula ketahui keadaan cuaca destinasi kamu. Saya hanya ke Negara jiran. Semestinya cuaca lebih kurang sama sahaja. Bagi kamu yang kembara lebih jauh, perlu fikirkan pakaian bersesuaian dengan keadaan cuaca destinasi kamu kunjungi.

2. Tinjau gerobok kamu, apa yang mahu dibawa. Atur apa mahu dipakai pada setiap hari. Jangan terlebih bawa tetapi kalau kurang, boleh dibeli kemeja-T atau seluar pendek di sana. Ada teman saya bawa kurang pakaian kerana merancang mahu beli-belah di sana. Saya bawa cukup-cukup pakaian kerana 1)tidak merancang beli-belah dan 2)mahu berjimat (Kala menulis ini saya tersenyum kerana tidak percaya dengan diri sendiri).

3. Gulung pakaian bukan sekadar jimat ruang tetapi mengelak dari pakaian berkedut. Efektif jika mahu digunakan terus pabila tiba di destinasi. Seandainya cukup ruang, lipat empat segi sahaja. Segala-galanya bergantung pada besar bagasi kamu. Saya gulung semua. Aksesori di letak dalam bekas plastik penyimpanan sebelum disusun. Kotak barang kemas tak praktikal dibawa. Sepatu juga dibungkus terlebih dahulu.

4. Barang-barang fragile letak di tengah-tengah lipatan pakaian agar lebih selamat. Barang paling fragile lagi penting bagi saya, alat solek dan wangian. Pakaian paling penting diletak teratas agar mudah dicapai. Contohnya untuk hadirkan diri di tayangan perdana esok setelah tiba di Jakarta, saya sediakan pakaian ke acara itu paling atas.

5. Bagi kumpulan pakaian dalam, selit-selitkan sahaja mana-mana bahagian lohong. Bawa secukupnya.

6. Saya suka mengikat skarf pada pemegang bagasi agar mudah melihat ketika mengutip bagasi di laluan bagasi.

7. Barang-barang berharga biarlah di dalam tas tangan kamu. Atau dibungkus kecil agar mudah dimuatkan di bawah tempat duduk atau disimpan di tempat penyimpanan di atas kamu. Saya cukup dengan tas tangan sahaja.

Apa lagi ya? Oh ya, jangan lupa siap-siap letak passport di dalam tas tangan. Juga nombor rujukan tiket penerbangan. Alamak, saya belum tukar mata wang… Jumpa lagi!

Romeo Beckham Wajah Cilik Burberry

Share

romeo beckham

Gambar Mario Testino/ Burberry

Teman saya Rashid Hamid mengulas mengenai kempen baru Burberry yang dibintangi Romeo Beckham. 

Move Over. David dan Posh Beckham, kini ada bintang terbaru dalam rumah “The Beckham”, putera kedua mereka Romeo Beckham, 10 tahun kini telah dipilih untuk menjayakan kempen Burberry musim Bunga/Panas 2013.

elegan romeo

Dirakamkan jurugambar tersohor Mario Testino turut dibintangi model Cara Delevingne, Alex Dunstan, Charlie France, Max Rendell, Charlotte Wiggins dan Edie Campbell, telah digayakan Elliot Smedley. Jenama kelahiran British Burberry ini merupakan nukilan pengarah kreatif Christopher Bailey.

e65050947bae2b23a206535e2092b619

Romeo telah berjaya mencuri perhatian dengan gayanya memakai jaket trench metalik dan berkaca mata. Antara nama terkenal yang pernah membintangi kempen Burberry sebelum ini ialah Eddie Redmayne, Emma Watson, Rosie Huntington Whiteley dan Jordan Dunn.

Anugerah Juara Lagu Berlangsung

Share

1215_10151242908848401_452715958_n

Anugerah Juara Lagu 27 bakal berlangsung sebentar lagi. Acara tahunan ditunggu-tunggu ini mempertaruhkan lagu-lagu popular sepanjang 2012. Hati berbelah—Mojo or Bedroom Sanctuary? Bertemakan Gabungan Seni dan Muzik, diharap tiada yang aneh-aneh melinatas di karpet merah. Sayangnya Yuna tidak dapat menyertai acara kerana tuntutan kerja di Amerika Syarikat dan digantikan Aizat.

ajl 27

Nikmati Kopi Pekat di Starbucks Suria Sabah

Share

suria sabahPengalaman dijamu kopi panas lagi pekat di Starbucks Coffee Suria Sabah takkan dilupakan saya. Kami diajar bagaimana mahu menikmati kopi sebenar secara betul. Kebetulan ia malam pertama kami rombongan media Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia berada di Sabah. Lelah hilang tatkala disambut mesra kakitangan Starbucks.

starbucks

Lalu demostrasi menikmati kopi ditunjukkan. Caranya tutup separuh cawan dan hidu harum kopi hitam panas dalam-dalam. Kemudian dekatkan cawan ke bibir dan hirup kuat agar kenikmatannya terasa. Kelat sekali terlihat di wajah masing-masing sementah sudah biasa menghirup kopi ditambah gula.

muffin

Kemudian kami diberi seorang sepotong kek buah. Kali ini saya mengunyah kek buah seperti disuruh. Habis kunyah, minum kopi panas tadi. Berasa sungguh nikmat manis kek buah melalui kerongkong. Kami meneruskan malam dengan kopi panas dan dijamu kek, muffin dan pie. Terima kasih Starbucks Coffee Suria Sabah!

toffee

Kegemeran saya buat masa ini semestinya Toffee Nut Frappuccino. Tall? Grande? atau Venti? Pasti saya memilih venti. Sebelum ini saya lebih gemar perisa vanila. Tetapi gandingan toffee dengan kacang bakar yang dikisar dengan espresso coffee dan ais. Kemudian dipenuhi whipped cream dan taburan kacang perisa toffee, siapa boleh tahankan? Habis diet, tak kisah sesekali.

Nota: Menurut seorang teman, minum kopi hitam tanpa gula sebelum bersenam adalah bagus kerana ia meningkatkan lagi sistem penurunan berat dalam tubuh.

2013 Asia Takluk Global

Share

Vouge Cover

Teks: Rashid Hamid

Tidak pernah dalam sejarah majalah Vogue barat (UK dan Amerika) menampilkan wajah wanita Asia secara solo untuk menghiasi kulit depan majalah tersohor ini. Lazimnya mereka hanya menampilkan selebriti seperti pelakon dan penyanyi. Nampaknya, Italian Vogue telah memecahkan tradisi dengan menampilkan gadis kelahiran China ini untuk keluaran Januari 2013.

vogue italia cover

 

Fei Fei Sun, 23, merupakan salah satu model Asia yang menjadi kegemaran saya dan sering menjadi pilihan pereka di pentas peragaan ketika minggu fesyen dunia. Sun pernah dipilih membintangi kempen Calvin Klein, Valentino dan Diesel. Jelas kelihatan pada kulit depan majalah glossy ini perkatan GLOBAL yang pada saya membawa maksud Asia sudah mendominasi global.

italian vogue

 

Dulu tidak ramai model Asia yang dapat menembusi pasaran barat. Antara yang pernah menembusi benua ini di sekitar 90an ialah Ling Tang anak Malaysia yang merupakan supermodel Asia yang pertama dan Irina Pantaeva berketurunan Mongolia, Russia.

italian vogue january

Persoalan seterusnya? Adakah mereka mula mengiktiraf wanita Asia atau sekadar memancing pasaran? Mungkin satu hari nanti akan muncul sisipan V Asia dalam majalah Vogue Italia seperti sisipan V Black dan V Curvy. Kita tunggu dan lihat. Marilah kita saksikan editorial bersejarah ini yang telah dirakamkan Steven Meisel dan digayakan oleh Lori Goldstein berinspirasikan model 50-an China Machado.

italian vogue

image_5

image_6

fei fei vogue cover

Gambar: Italian Vogue/Steven Miesel

Share

20121230-083401.jpg

20121230-103104.jpg

Maskulin Januari 2013

Share

20121227-003505.jpg

Perang majalah di pasaran buat tahun baru 2013. Pilihan Elegan buat bacaan semua, ruangan Kata Wanita. Apakah bakal terjadi kepada Sally? Majalah lelaki Maskulin kini di pasaran. Eksklusif muka depan, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar.

Salji Untuk Mabel di TV1

Share

Tv1

Sementara berehat di hari Natal atau buat mereka yang menyambutnya, jangan lepaskan oeluang menyaksikan telemovie Krismas berbahasa Malaysia di TV1, 25 Desember 2012 jam 3 petang. Terutama bagi kamu peminat Janet Khoo dan Kenji yang sekian lama menghilang. Kisah tentang seorang remaja cacat yang berazam mahu lulus SPM dan melanjutkan pengajian di luar negara demi memenuhi cita-cita bermain salji. Pada hari Krismas juga dia berazam menyatukan semula ahli keluarganya yang berpecah.

Janet khoo

Terjemahan Les Miserables Dari Pementasan ke Filem

Share

Les Mserables on stage

Rashid Hamid berkongsi pengalamannya menonton Les Miserables di pentas teater London suatu ketika dahulu. Betapa teater ini telah menyentuh hatinya. Kesempatan menonton prebiu filem baru-baru ini sememangnya dinanti-nantikan.

Kali pertama saya menonton pementasan muzikal “Les Miserables” adalah di Palace Theatre, London pada 2001. Pementasan muzikal selama hampir tiga jam ini merupakan satu hasil karya seni yang amat sempurna, lantas membuat saya jatuh hati dengannya.

movie

Pementasan ini telah menjadi salah satu persembahan muzikal kegemaran saya. Gabungan set, muzik, nyanyian, lakonan, kostum dan jalan cerita yang diterjemahkan dari novel penyair Perancis Victor Hugo telah disajikan sempurna. Les Misérables juga dikenali sebagai Les Mis atau Les Miz.

musical movie

Gubahan muzik indah Alain Boubil dan Claude Michel Schönberg dengan libreto bahasa Inggeris oleh Herbert Kretzmer. Kisahnya bermula di Perancis pada abad ke-19, Jean Valjean (Hugh Jackman), dipenjarakan kerana mencuri roti, telah melanggar parolnya dan diburu oleh Inspektor Javert (Russell Crowe).

Selepas dua dekad melarikan diri, Valjean bertemu semula Javert pada 1832, ketika Revolusi Perancis di Paris.

 Gabungan mantap pelakon hebat seperti Hugh Jackman, Russell Crowe, Anne Hathaway (Fantine), Amanda Seyfried (Cossete), Eddie Redmayne (Marius), Helena Bonham Carter (Madame Thanedier) dan Sacha Baron Cohen (Mons Thanadier) menjadi sebutan pengemar filem tahun ini. Pilihan ideal sebagai filem terbaik tahun ini.

Sementelah, filem ini telah dicalonkan bagi anugerah Golden Globe kategori pelakon pembantu wanita (Anne Hathaway), pelakon lelaki (Hugh Jackman) dan filem terbaik. Filem ini telah berjaya menterjemahkan karya dari pentas dan kini ke filem yang lebih realistik setiap details dari segi kostum, solekan dan set hebat. Ekspresi pelakon dengan jayanya dirakam oleh pengarah Tom Hooper.

Apa yang menarik, ini merupakan kali pertama dalam sejarah sebuah pembikinan filem muzikal apabila pelakon dikehendaki menyanyi secara langsung di lokasi. Filem yang ditayangkan pada 25 Disember 2012 ini merupakan satu hasil karya filem tercantik dan hasil karya seni paling sempurna buat saya. – Rashid Hamid, Penata Gaya.

Russell Crowe membawa watak inspektor Javert dengan jayanya tetapi kekurangan hanya pada nyanyiannya.

Elegan: Jean Valjean menyedari kehidupannya perlu anjakan positif setelah dirinya dibantu seorang rabai. Sejak itu dia berubah menjadi tokoh paling dikagumi setelah dia meminjam sifat rabai tadi—Menjadi seorang pemurah dan adil saksama. Begitupun sebagai manusia biasa, Valjean terlepas pandang pada kes Fantine yang dianianya sehingga dibuang kerja dan menjadi seorang pelacur. Pada ketika itu wanita memiliki anak luar nikah dipandang hina masyarakat.

Selepas kematian Fantine, Valjean nekad menjaga anak Fantine, Cossete dan hidup dalam pelarian. Sifat baik hatinya terhadap Javert meruntuh keegoan inspektor Javert. Percayalah, sifat pemaaf setiap insan mampu memalingkan kebencian seseorang.

Kebangkitan revolusi pemuda-pemuda Perancis sepuluh tahun kemudian ditonjolkan.Disebalik perjuangan menentang pemerintah, diselit kisah cinta Marius dan Cossete. Ketika cinta mereka membara, ada hati terluka dan Eponine sanggup berkorban nyawa demi Marius.

poster

Manakala keletah Helena Bonham Carter (Madame Thanedier) dan Sacha Baron Cohen (Mons Thanadier) paling lucu meredakan ketegangan kala menonton setiap babak lain. Filem ini ditayangkan pada musim perayaan Krismas, 25 Disember. Filem ini wajib ditonton terutama bagi kamu yang gemar filem muzikal.