A Journey Through Time

Share

mouawad

Meraikan waktu berharga bagi warga kota. Bagi mereka penggemar jam tangan pasti menghargai acara tahunan terbesar ini. Malam nan indah walaupun kesesakan lalu lintas di sana sini tidak menghalang kemeriahan acara black tie ini.

Tetamu berhimpun di Shook! Restaurant, Starhill Gallery meraikan acara penganugerahan berprestij yang dibawakan Starhill Gallery dan Tourism Malaysia.

Malam 1 Desember ini merupakan malam penutup bagi pameran jam tangan dan barang kemas A Journey Through Time VI yang bermula sejak 22 November anjuran Starhill Gallery YTL Hotel. Sebanyak 120 jenama jam tangan dan barang kemas mewah dipamerkan.

Pada malam kemuncak, tujuh anugerah diumumkan dan pemenang telah diadili panel hebat seperti Tan Sri Dr Francis Yeoh, Dr Bernard Cheong, Mr Joseph Yeoh, Dr Frank Muller, Mr Thierry Gasquez, Mr Su Jia Xian dan MR Denis Asch.

Berikut adalah senarai anugerah dan pemenang yang diraikan; Favourite Ladies Watch (Boucheron’s Snake Tourbillon), Favourite Men’s Watch (Maitres du Temps Chapter Two TCR), Active Lifestyle Watch (Muhle Glashutte’s S.A.R Fliegerchronograph), Innovative Design (Cecil Purnell’s Pit-Lane), Watch with Complications in Movement (Antoine Martin’s Tourbillon Perpetual Calendar TQP01.710.1), YTL Spirit Classical Art (Bedat & Co’s Extravaganza 887) dan Tourism Malaysia Most Revered Watch (Mouawad’s Snow White Princess Diamond).

Inspirasi Nude Pumps

Share

nude pumps

Nude pump adalah sepatu paling digemari kini. Selain mampu digayakan dalam apa jua pakaian, ia juga mampu memberi ilusi kaki panjang pada si pemakai. Percayalah, ia kelihatan cantik dengan maxi, seluar pendek, panjang, capri, jeans, gaun pendek atau panjang.

jlo

Ada rungutan menyarung sepatu tinggi begini sangat menyakitkan kaki. Komitmen tinggi memang diperlukan bagi menyarung sepatu tinggi. Umpama kata seorang sahabat, beauty is torture. Untuk cantik, wanita sanggup menelan kesakitan.

Kamu sangat elegan jika memiliki paling tidak sepasang nude pump di rak sepatumu. Kalau belum memiliki, apa kata dapatkan satu dari GUESS. Sepatu berjenama harga sedikit mahal tetapi berpatutan dibuat lebih berkualiti. Apabila menyarung sepatu berkualiti tinggi, kuranglah kesakitan pada kaki.

Selebriti Hollywood rata-rata meminati nude pump dan memakainya sama ada kala bersantai mahupun di permaidani merah. Kate Middleton ternyata mengembalikan kehangatan sepatu nude ini. Tiada istilah trend ini telah lama berlalu kerana— they are the new black—Malah padan dengan apa juga pakaian.

Selain menyerlahkan kaki lebih panjang, pakaian kamu juga lebih menonjol kala menyarung sepatu nude ini. Mata akan lebih fokus pada apa dipakai kamu. Tampak klasik sekiranya dipadankan dengan gaun hitam.

Seperti kamu ke kaunter kecantikan mahukan bedak asas seiras warna kulit wajah, begitu juga dengan nude pump. Lihat sahaja gaya Jennifer Lopez di atas. Perfect! Sekiranya koleksi pakaian pastel paling banyak dalam gerobok kamu, usah risau kerana nude pump juga sesuai buat warna-warna sebegitu.

Parti EH! Buat 20 yang Anggun dan Disenangi

Share

majalah EH!

Parti elegan dianjurkan majalah Eh! berjalan lancar. Parti 20 yang Anggun dan Disenangi itu berlangsung di kelab The Pool, Jalan Ampang awal-awal lagi telah dipenuhi peminat majalah urban no 1 Malaysia. Rata-rata mahu bertemu mata dengan selebriti pujaan masing-masing seperti Dayang Nurfaizah, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Mizz Nina, Nazim Othman, Aliff Aziz, Fathia dan banyak lagi.

Seperti biasa 20 selebriti diraikan sebagai yang anggun dan yang disenangi. Mereka juga muncul istimewa dalam majalah Eh! terbitan November 2012. Karl Shafek nampaknya berjaya menggalas tugas diberikan malah parti itu berjalan lancar tanpa cacat cela.

karl shafek

Pembukaan parti  disegarkan dengan muzik pop DJ Arabyrd dan Syncronized Swimmers Gillian & Jacqueline. Acara tahunan ini diserikan dengan persembahan nyanyian Kaka dan Zizan, Aliff Aziz, kumpulan K-Langit, Awie Rafael dan Dayang Nurfaizah. Kemudian ada segment memperagakan fesyen dan juga beberapa aktiviti yang melibatkan peminat.

Parti Eh! 20 Yang Anggun & Disenangi ditaja oleh Lancome Paris, penaja pakaian wanita Dressing Paula, lokasi rasmi The Pool, penaja toko buku pula MPH dan stesen radio rasmi pula Suria FM.

 

Tiga Dekad Muzik, Cinta & Sanubari Anuar Zain

Share

ajari aku muzik video anuar zain

Sesebuah lagu akan diperkukuhkan lagi dengan adanya muzik video (MV). Kepentingan MV sangat besar dalam industri muzik malah memberi makna mendalam dan menyokong kekuatan lagu. Artis juga lebih mudah melebarkan maksud tersirat dari lagu yang mahu disampaikan kepada pendengarnya.

Menyedari kepentingan selera penonton, Anuar Zain telah menyediakan dua buah MV sekual Ajari Aku dan Sempurnakan Aku. Kesinambungan kisah di dalam kedua-dua buah MV arahan Ghaz Abu Bakar ini dijangka mampu membuai perasaan pendengar lebih mendalam.

Saya sentiasa mahu berkongsi minat saya terhadap muzik dan memberi yang terbaik kepada anda semua.

Ajari Aku adalah garapan sepenuhnya Adrian Martadinata menjadi pertaruhan pertama Anuar Zain. MV Ajari Aku telah dilancarkan 19 November lalu di White Box, Publica, Solaris Dutamas. Begitupun MV kedua sengaja dirahsiakan bagi mencetus elemen kejutan pada semua. Menurut Ghaz Abu Bakar, MV Sempurnakan Aku sudah siap setelah penggambaran selama empat hari.

MV Ajari Aku menampilkan aktor handalan Datuk Rahim Razali dan aktress jelita Nora Danish. “Ghaz juga banyak membantu saya dalam memberi persembahan lakonan terbaik. Saya rasa bertuah kerana pelakon legenda itu bersetuju tampil dalam MV saya. Nora Danish pula pilihan tepat sebagai calon isteri dalam MV saya. Sememangnya Nora Danish ada ciri-ciri wanita saya sukai. Kehadiran mereka berdua mengahkan lagi muzik video saya itu,” akui Anuar Zain jujur.

“Nora Danish terus bersetuju setelah saya ceritakan projek ini tanpa melihat skrip,” tambah Ghaz Abu Bakar mengusik. Begitupun, Anuar Zain menegaskan mereka hanya kawan dan mereka sekadar bekerjasama untuk menjayakan MV Ajari Aku tidak lebih dari itu.

Menurut Ghaz Abu Bakar lagi, Anuar Zain menawarkan diri mahu turut berlakon dalam MVnya itu. Mereka kemudiannya merancang dengan teliti kerana mahu hasilkan MV berkualiti dan komersial. Seperti biasa Anuar Zain diajukan soalan mengenai seni lakonan sementelah dia pernah menjadi hero filem Bintang Hati lakonan bersama Amy Mastura.

Saya tak mahu berlakon filem. Tidak dalam waktu terdekat ini melainkan dalam muzik video. Minat belum datang. Tak ada bakat rasanya nak berlakon, takut tak ikhlas pula. Tumpuan saya hanya pada nyanyian. Tetapi akan datang tak tahulah.

Malah Anuar Zain akan terus dengan konsep muzik dipersembahkan dan tidak berhajat mengubahnya. Terima atau tidak dia telah lakukan seikhlas mungkin dan berpuas hati dengan setiap lagu pilihannya. Sebab itu juga Anuar Zain memberi kejutan dengan pengumuman konsert solonya tahun depan. Konsert Anuar Zain—Tiga Dekat Muzik, Cinta dan Sanubari akan berlangsung pada sabtu, 16 Februari 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.

Konsert ini dianjurkan bersama Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia (www.ticketcharge.com.my), tiket yang akan dipasaran bermula 12 Disember 2012.

Konsert ini dianjurkan istimewa buat peminat setia sempena pembabitan Anuar Zain selama 30 tahun dalam industri muzik Malaysia. Pengarah muzik tersohor, Mac Chew akan memimpin 26 ahli orkestra yang bakal melengkapkan lagi seluruh lagu sepanjang tiga dekad kembara Anuar Zain.

Konsert solo mega pertama ini adalah pencapaian peribadi Anuar Zain sebagai penyanyi versatil. Juga mempertingkatkan reputasinya sebagai penghibur disegani sepanjang kerjayanya. Konsep akan dibawakan merentasi persembahan yang bold dan classy, dengan vokal luna dan berjiwa seiring pengalaman Anuar Zain sebagai penghibur.

 

Selamat Ulang Tahun GUA

Share
gua.com.my, tune hotel, nicholas saputra

Ulang tahun ke-5 gua.com.my diraikan bersama peminat di Tune Hotel dengan kehadiran beberapa artis Imran Ajmain, The Vella, Awan Band, Ika dan Amanda Imani. Paling istimewa diterbangkan aktor Nicholas Saputra dari Indonesia.

Selamat hari jadi pada web portal gua.com.my yang kini berusia lima tahun. Semoga lebih sukses di masa akan datang dalam menebar berita kepada pembaca setianya. Bertuahnya 15 pembaca gua.com.my yang diundang meraikannya bersama. Sementelah ada penginapan percuma dan cabutan bertuah melancong ke ke Da Nang, Bandung, Phuket, Bangkok, dan Medan.

Ketua Eksekutif Operasi Kumpulan Tune Hotel, Mark Lankester, membawakan aktor Nicholas Saputra hadir sama. Kolaborasi ini diharap dapat memberi manfaat pada kedua-dua pihak.

“Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan Tune Hotel dalam meraikan sambutan ulangtahun ke-5 bagi portal hiburan GUA. Kami ingin meraikan pembaca setia di luar sana di atas sokongan mereka kepada portal Gua selama ini,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Berhad.
Artis undangan lain seperti Imran Ajmain, The Vella, Awan Band, Ika dan Amanda Imani turut menghiburkan pembaca dan media yang hadir. Acara santai ini lebih kepada keraian dan penghargaan semua yang terlibat termasuk media yang banyak menyokong gua.com.my selama ini. Web portal milik Media Prima ini juga dalam rangka mempertingkatkan lagi pengisian dan wajah portal GUA.
Sebagai meneruskan lagi kemeriahan sambutan ulangtahun ke-5 GUA, pada 8 Disember depan bertempat di Studio 2 ntv7 Glenmarie Shah Alam, GUA bakal menghimpunkan tujuh nama tidak asing di youtube bagi menjayakan showcase GUAkustika. Antara artis terlibat termasuk Najwa Ltif, IamNeeta, Tasha Manshahar, Syed Shamim, The Alif, Daiyan Trisha dan Deanna Hussin. Showcase GUAkustika dapat disaksikan secara streaming di www.gua.com.my.

 

Penny Tai Menang Lagi

Share

Seorang lagi anak Malaysia yang dibanggakan mengharum nama Malaysia sebagai artis Taiwan. Penyanyi berbakat besar Penny Tai diiktiraf di Anugerah Muzik PWH yang berlangsung di Arena Star, Genting Highlands baru-baru ini. Berasal dari Johor, penyanyi itu membawa pulang enam anugerah iaitu Lagu Asli Tempatan Top 10, Lagu Asli Antarabangsa Top 10 dan Komposisi Lagu Tempatan Asli Terbaik.

Penny Tai berasal dari Johor berjaya menawan industri muzik Taiwan diiktiraf di Anugerah Muzik PWH.

Selain itu Penny Tai juga memenangi Anugerah Pilihan Media kerana usaha berterusannya dalam industri muzik. Anugerah tersebut paling berprestij yang dicalonkan dan disampaikan sendiri media tempatan. Sekali gus Penny Tan mencipta rekod penerima anugerah itu selama dua penggal berturut-turut. Majlis ini juga dihadiri Michael Wong, Jess Lee, Manhand, Ken Lau, Will Ng dan ramai lagi.

“Ini adalah satu penghargaan bagi saya kerana menerima Anugerah Pilihan Media, juga sebagai simbol pengiktirafan bagi muzik ciptaan saya dan hasil kerja saya lakukan. Cinta mendalam juga keghairahan dan semangat tinggi yang saya terapkan dalam kerjaya muzik menjadi pemacu untuk saya terus ke depan lagi,” ujarnya penuh emosi.

Begitupun, Penny Tai mengejutkan semua hadirin dengan pengumumannya tidak akan menyertai pertandingan itu lagi. Ini berikutan pesanan ibunya mahu memberi laluan kepada orang lain. “Keputusan ini bukan sahaja mahu memberikan peluang kepada orang lain tetapi saya yakin perintis lain bakal menang lebih dari pencapaian saya sejak beberapa tahun lepas.”

Acara dwi-tahunan Anugerah Muzik PWH ini adalah majlis berprestij anjuran Persatuan Wartawan Hiburan yang juga dikenali Persatuan Wartawan Hiburan Wilayah Persekutuan (PWHWP). Objektif persatuan bukan kerajaan ini yang diiktiraf ini adalah memberi penghargaan kepada artis Cina tempatan bagi memperbaiki kualiti lagu-lagu di dalam negara. Persatuan ini ditubuhkan pada 1987 dan ditunjang wartawan hiburan terhormat dari akhbar dan majalah berbahasa Cina. Acara ini mendapat pengiktirafan dan tarikan dari industri muzik tempatan dan antarabangsa kerana ketelusan dan reputasi yang tinggi.

 

S.H.E @Panasonic Beauty Launching Event

Share

S.H.E. dolls beraksi di pentas Panasonic Beauty Launching Event pada 23 Oktober 2012 memperagakan perkakas Panasonic Beauty untuk keggunaan pagi sehingga malam. Sekaligus ini S.H.E reunion selepas tiga tahun bersama-sama merakamkan Pilot Drama S.H.E.. Biarpun mengalami kesukaran tetapi kami masih hidup…

To be continue…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jonas Brothers Hibur Peminat Malaysia

Share

Kali pertama bertentang mata dengan peminat di Malaysia, Jonas Brothers mendendangkan 28 lagu termasuk lagu When You Look Me In The Eyes, Paranoid, Lovebug,  Burnin’ Up, SOS, Just In Love, Gotta Find You, Hello  Beautiful dan tiga lagu baru mereka Wedding Bells, Let’s Go dan First Time.

Bagi peminat tegar mereka, konsert yang berlangsung pada 24 Oktober 2012 bermula jam 8.30 mlm itu sangat menghiburkan. Seramai 3,000 peminat sudah setia menunggu dengan sorakan biarpun mereka belum muncul. Semestinya mereka mahu melepaskan rindu setelah dua tahun Jonas Brothers berehat. Jelajah Asia ini merupakan comeback dilakukan tiga beradik ini.

Nick, 20, Joe, 23, dan abangnya Kevin, 24, menjadi kegilaan ramai pada awal kemunculan mereka pada 2008. Mereka singgah di Manila dan Singapura sebelum tiba di Kuala Lumpur. Jonas Brothers dikenali selepas diperkenalkan dalam rancangan Hannah Montana. Kemudian muncul dalam filem Disney Channel Camp Rock dan Camp Rock 2: The Final Jam.

Nick pernah dikaitkan dengan Miley Cyrus manakala Joe pula pernah bersama Taylor Swift. Kini masing-masing telah meningkat dewasa. Kevin telah pun berkahwin dan muncul dalam siri realiti Married to Jonas siaran di Channel E!. Ternyata ketika ditemu bual menerusi Skype, tiga beradik ini tidak sabar-sabar lagi untuk muncul dengan album baru. Mereka juga merancang menawan kawasan baru terutama di negara Asia.

Antara wajah-wajah ceria peminat setia Jonas Brothers. Kebanyakan mereka adalah remaja belasan tahun yang turut menyanyi mengikut Jonas Brothers. Tiap baris lirik dihafal. Lensa kamera pula tak henti-henti memancar merakamkan saat manis mereka bertemu artis pujaan. Ada di antara mereka meluahkan rasa tidak puas kerana masih mendambakan Jonas Brothers di masa akan datang.

S.H.E is still here…

Share

Projek terbaru S.H.E bersama PANASONIC pada 23 Oktober 2012 ini. Nantikan update terbaru mengenai mereka.

Pasion Morena Mengasyikkan

Share

Drama bersiri di Bella ralit aku menontonnya. Entah mengapa walaupun dipenuhi drama drama tetapi aku asyik mengikuti saban malam. Kalau nak tahu, cuba tengok… 🙂