Berada dalam industri memberi kelebihan kepada saya bertemu selebriti atau tokoh ternama secara eksklusif.
Saya sudah kenal penyanyi bersuara lunak ini… dan banyak kali juga menonton konsert-konsertnya. Percaya atau tidak saya tak pernah jemu-jemu menontonnya. Keterujaan sama diberikan ibarat menonton Anuar Zain di pentas seperti baru kali pertama.
Bagi kamu yang turut berada di dewan Matic pada 6 dan 7 Mac lalu pasti memahami apa dimaksudkan saya. Telah berlangsung Showcase an Evening with Anuar Zain @Matic dan sambutannya sangat menggalakkan. Lagu-lagu didendangkan semuanya kegemaran ramai termasuk lagu Inggeris… Leonal Richie dan Adele.
Kuasa menggoda dan sifat budimannya membuat seluruh dewan jadi riuh. Bayangkan, Anuar Zain masih menjadi dambaan semua sehingga ke hari ini. Padahal dia bukannya ada bantuan media sosial seperti Instagram, facebook atau Twitter peribadi. Katanya, tidak mahu peminat berkelahi apabila gambar di post.
Anuar Zain bijak mengorak langkah ke depan dengan kreativiti sendiri. “Saya suka merancang satu-satu konsert yang bukan sahaja boleh ditonton sekarang tetapi ada susulan seperti tiga tahun kemudian ada video dan CD dihasilkan.”
Anur Zain sedang mengumpul bahan untu album terbaru. Dia sudah merakamnya sejak dua tahun lalu dan kini mencari lagu rancak.
“Semua lagu saya terima berentak perlahan. Saya tak tahu mengapa tiada lagu rancak dibuat untuk saya,” ujarnya ketawa.
Kamu pasti tak sabar mendengar lagu baru Anuar Zain.
COMMENTS ARE CLOSED