Rai 10 Tahun L’Occitane

Share

Kuning dan keemasan adalah tema keraian 10 tahun rasa cinta L’Occitane di Bridge Bar, G Tower, isnin lalu. Beberapa produk tersohor nya dipamerkan pada setiap meja tamu. Rakan-rakan media hadir dimeriahkan lagi dengan wajah-wajah selebriti tempatan.

Buru Dunia Kecantikan

Share

image

Saya bakal ke Jakarta dan langsung ke Bandung lagi hujung minggu ni. Stay tune! Saya bakal kongsi perjalanan kembara saya mencari material kain buat satu projek peribadi yang masih dirahsiakan.

Kali akhir di Jakarta, saya mencari MaxFactor di Sarinah. Kerana bajet saya gigit jari keciciran membeli perapi kening, maskara keluaran baharu dan bedak bagi melengkapkan lagi bedak asas dibeli. Percayalah efek maskara dengan sapuan lebih kecil sangat luar biasa.

Trip kali ini saya nekad membelinya. Sementelah MaxFactor Malaysia tutup, di mana lagi saya mencari. Rancangnya dua malam sahaja di Jakarta dan selebihnya empat hari di Bandung.

Stay tune!

Trip Jakarta: Jaksa Atau Sabang?

Share

Saya dalam dilema pabila teman-teman saat akhir membatalkan perjalanan masing-masing. Mereka punya hal peribadi yang harus dibereskan. Sedang saya memerlukan percutian setelah lelah 26 hari menggalas tugas HOD wardrobe filem Kitai di produksi MIG. Nekad saya memeruskan penerbangan sendirian pada malam 12 haribulan itu. Alahai, penerbangan Malaysia Airlines lewat sejam, sepatutnya jam 10 jadi 11 malam. Pasti saya akan tiba lewat jam 1 pagi. Mujur dari lapangan terbang ke bandar hanya 25km iaitu 15 minit sahaja.

Pengguna Safi Rania Gold Dirai

Share

SyawalEmas (3)

 

Safi Rania Gold dengan usahasama ahli jawatankuasa Puspanita Jabatan Pendaftaran Negara menganjurkan majlis Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold. Ia juga salah satu usaha Safi mendorong wanita memahami pentingnya proses penuaan kulit dan menukar rejim penjagaan kulit wajah seawal tanda penuaan yang pertama.

Menurut Pengurus Kumpulan Produk – SAFI, Mahsuri Sulaiman, acara ini membuka ruang Safi mengenali dengan lebih dekat para wanita SAFI dan berkongsi dengan mereka kepelbagaian rangkaian produk kecantikan SAFI dengan formulasi khusus untuk setiap skala usia.  Safi berjaya membawa para wanita melalui transisi rejim kecantikan anti penuaan mereka yang pertama iaitu SAFI RANIA GOLD dan mengekalkan keremajaan kulit wajah.

Aura glamor majlis diserikan dengan kemunculan istimewa duta SAFI RANIA GOLD, Rozita Che Wan.  Wanita Ikon yang menggalas pelbagai peranan hebat sebagai seorang ibu,pelakon dan usahawan turut mengambil peluang ini untuk berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan dan  untuk tampil yakin.

Rozita turut menyentuh tentang pentingnya menyedari keperluan kulit selari dengan usia dan mencari rejim anti-penuaan yang bersesuaian. Beliau juga menegaskan dan percaya bahawa perawatan seawal tanda penuaan pertama mampu mengekalkan keremajaan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.

 

 

Ayurveda Sungguh Menenteramkan Jiwa

Share

aromatherapy-massage

Saat mengalami tekanan akibat tuntutan kerja, kesesakan lalu lintas atau kesesakan kisah hati, tiba waktu mencari sebuah spa menawarkan perkhidmatan urutan menenteramkan jiwa. Baru-baru ini saya berkunjung ke Jojoba Spa yang terletak di tingkat 15 Berjaya Time Square Hotel. Kisahnya saya hilang seketika selama 90 minit di dunia saya sendiri kala beradu dengan pakej Jojoba Ayurveda.

Selama 15 minit saya dibiarkan sendirian di kamar jakuzi untuk rawatan Kapha. Istimewanya Jojoba spa, setiap kamar diberi nama setiap negeri di Malaysia dan punya ruang jakuzi dan mandian sendiri. Sangat privasi kerana kamu tidak perlu berkongsi kamar mandi atau jakuzi. Saya diberi kamar Kuala Lumpur. Ketika larut memandang panorama Kuala Lumpur dari dinding kaca, selesai berendam di tab jakuzi, saya disuruh membersihkan diri dengan sabun mandian haruman lavender.

ear candle.ai

Sesudah itu berlalu ke ruangan meletakkan katil dan sofa. Duduk seketika meneguk teh halia keras. Saya bukan penggemar halia namun menggagahkan diri untuk minun agar badan lebih segar. Kemudian saya meniarap di atas katil tersedia dan menghidu aroma segar mata mula pejam. Saya cuba menjauhkan segala kekusutan minda, membiarkan ia kosong. Cuba!

Kemudian jari jemari pakar terapi mula menyentuh bahagian leher. Lembut sahaja urutan dilakukan pada bahagian bawah telinga, pangkal leher dan tengkuk saya. Ketika itu juga ear candle treatment dilakukan di kiri dan kanan telinga. Kaedah ini mujarab untuk menghilangkan gatal-gatal di dalam telinga. Sesuai juga jika kamu mengalami migrain, sukar untuk tidur atau insomnia.

(S)0059

Kemudian urutan dilanjutkan pada seluruh tubuh menggunakan dua orang pakar terapi handalan dan terlatih Jojoba Spa. Urutan pada sistem limfatik dituju untuk melancarkan peredaran darah. Istimewanya urutan Vata treatment dalam pakej Ayurveda di sini, dua urutan dilakukan serentak tapi pada bahagian tubuh berbeza—Seorang di kaki, seorang lagi di tubuh kiri dan kanan bergilir-gilir. Tidak seperti di tempat lain urutan dua orang serentak pada bahagian tubuh sama.

Urutan Ayurveda adalah mengambil inspirasi urutan gaya India namun telah diubahsuai di Jojoba Spa. Pengunjung pasti merasakan kelainannya kerana urutannya terasa di tubuh, bukan sekadar gosokan biasa. Kiranya terapi telah diajar gandingan urutan Bali dan Malaysia, urutan berasa tuju pada urat-urat tertentu. Minyak digunakan juga istimewa iaitu minyak kelapa dan minyak wangian lavender.

JoJoBa view copy

Jojoba Spa sudah 13 tahun beroperasi dan merupakan spa terbesar di Malaysia ditujukan buat warga tempatan dan pelancong asing. Cawangannya Royal Spa terdapat di Royal Bintang, The Curve. Bagi keahlian kamu mendapat tawaran pakej lebih murah. Pakej rawatan Ayurveda ini berharga RM322 (RM280 + 15 peratus tambahan perkhidmatan).

Rawat Wajah Lebih Awal Dengan Multivitamin Power Serum Dari Dermalogica

Share

Tahukah anda kita wanita di Malaysia dalam cuaca tropika ini sering terdedah pada sinaran matahari pembawa sinar UV merbahaya yang mampu mempercepatkan proses penuaan kulit?

Cosmobeaute Asia Kembali

Share

CBA13_PC (7)

Pameran perdagangan profesional Cosmobeauté Asia kembali memeriahkan industri kecantikan di Malaysia dan rantau Asia. Pameran perdagangan terbesar edisi ke sembilan ini diumumkan penganjur ECMI ITE dengan harapan tinggi menggunung. Cosmobeauté Asia 2013 akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) dari 15 sehingga 18 Julai. Tahun ini sebanyak 320 penyertaan dijangka bakal menarik 20,000 pengunjung. 

“Kami bangga dengan pencapaian pameran ini dari tahun ke setahun. Dengan kehadiran variasi jenama antarabangsa, kami terus berkembang dan menarik penyertaan baru membuat pameran. Terutama menarik penyertaan pengeluar produk kecantikan seluruh dunia. Saya teruja untuk tahun ini kerana adanya penyertaan dari Italy dan Turkey buat kali pertama,” ujar Pengarah Urusan ECMI ITE, CP Saw di sidang media berlangsung baru-baru ini.

Bermula 2005, Cosmobeauté Asia berkembang pantas malah segera diiktiraf pameran kecantikan paling dipercayai di rantau ini. Semestinya acara ini membentuk perspektif perniagaan lebih inovatif pada pakar kecantikan dan pakar industri kecantikan yang lain. 

Respirasi Cantik

Share

beauty

Share

20121230-083401.jpg

20121230-103104.jpg

Mentari Beauty Hair & Spa, Semenyih

Share

One stop centre spa ada pelbagai rawatan kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki. Keseronokan tak terhingga berada di spa memanjakan diri sepanjang hari—Mencantikkan tubuh, wajah, rambut, kuku tangan dan kaki.

Memang mengasyikkan dan semestinya tidak rugi. Banyak pakej boleh didapati dan harganya berpatutan.

Bersama Aida Sunny, pemilik Mentari Beauty Hair & Spa.