Miliki Varian Produk Mary Kay

Share

Percutian hujung minggu jadi amalan saya sejak beberapa tahun. Tidak perlu pergi jauh-jauh saya memilih tempat penginapan di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor sahaja. Kerap saya memilih Sekeping Tenggiri, Bangsar sebagai tempat mencari inspirasi penulisan skrip atau novel. Apa pula wajib dibawa saya sepanjang berhujung minggu?

Burt’s Bees Buat Bibirmu Tersenyum

Share

Mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Itu lah yang terlitan di fikiran saya selepas memegang Lip Crayon. Tekstur licinnya pula licin saat dioles ke bibir. Edisi terbaru dalam keluarga Burt’s Bee ini diperkenalkan kepada blogger dalam acara minum petang beberapa minggu lalu.

Solekan Ultra Chic Kendall Jenner

Share

Kehidupan sebagai model bersama teman-teman seangkatan menjadi buruan paparazzi. Kendall Jenner sedang menikmati gaya hidup diidamkan semua. Walaupun Cathlyn Jenner kelmarin mencuri perhatian dunia tetapi Kendall tetap ke depan mengejar impiannya sendiri.

Guardian Malaysia Berkongsi Tip

Share

Berdandan dengan teman-teman sangat menyeronokkan. Bersolek dan berdandan sambil bertanyakan tip solekan kepada jurusolek profesional, banyak info dikutip sepanjang hari itu. Memang bersesuaian dengan tema hari itu, Beauty in Action, semestinya acara dua hari itu sangat bermanfaat buat semua.

Bibir Menggoda Ink Lipquid

Share

The Face Shop menawarkan satu lagi produk baru yang semestinya mengembirakan si gadis. Warnanya oh sangat berani. Kalau nak pengilat bibir yang tahan lama kelembapannya, warna kekal sama dalam tempoh 12 jam dan alat sapuan mirip mata pen dakwat membentuk bibir mungil cantik. Ayuh, saya kongsi pengalaman mencuba Ink Lipquid.

Nivea Jadikan Kulit Tegang, Anjal & Cerah

Share

Semasa usia masih muda remaja atau memang dilahirkan kulit sedia cantik, semua perkataan tegang, anjal dan putih itu hanya sipi-sipi dipendengaran. Tetapi akhir-akhir ini dah usia bertambah setahun lagi dan percutian pulau jadi hobi terbaru, barulah tahu hendak mengambil berat soal kulit tubuh.

Beauty Bar Kinohimitsu Mesra Pelanggan

Share

Biasa dengar, kecantikan luar bermula daripada dalam? Benar! Lalu Kinohimitsu mengambil pendekatan membuka Beauty Bar agar lebih dekat dengan pelanggan malah pengetahuan tentang keperluan kecantikan dan kesihatan mereka juga mudah sampai.

Istimewa Buat Bonda!

Share

Hari-hari adalah hari ibu tetapi kita kadang-kadang leka dengan kepentingan diri kurang beri perhatian kepada bonda. Apa salahnya dalam sehari ini kita layan ibu kita lebih istimewa. Tak kisahlah mahu bawa makan malam atau bawa bercuti, tetapi sediakan hadiah juga. Pasti ibu kita gembira. Bukan hadiah jadi ukuran tetapi ingatan terhadapnya itu pasti membahagiakan perasaannya.

Pelayaran Membawa Keremajaan Wajah

Share

Melangkah kaki ke ruang menunggu kemudian dibawa ke bot untuk sepetang belayar di tasik Putrajaya sungguh mengasyikkan. Kami dibawa Watsons Malaysia menikmati minum petang sambil diperkenalkan dengan rangkaian penjagaan wajah anti-penuaan, Pure Beauty Youth Restore Lift & Nourish.

Membentuk Kening Tanpa Bercukur

Share

Kamu tidak lagi perlu mencukur kening dengan adanya pensel khusus dan alat melukis kening. Pelbagai bentuk kening mudah sahaja dilukis tergantung kepada keaslian atau hasil dramatik mahu dicapai…