Panjang cerita saya dengan Jakel dan berkunjung ke Jakel Mall membangkitkan beberapa kenangan. Saya belajar menjahit dengan emak guna kain Jakel. Pernah juga mendandan Aaron Aziz pada sesi fotografi Billboard Astro sempena Hari Raya menggunakan persalinan Jakel. Hari ini saya di Jakel Mall ini kerana acara Gempak Raya Bersama Jakel 2015.
Safi Rania Gold dengan usahasama ahli jawatankuasa Puspanita Jabatan Pendaftaran Negara menganjurkan majlis Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold. Ia juga salah satu usaha Safi mendorong wanita memahami pentingnya proses penuaan kulit dan menukar rejim penjagaan kulit wajah seawal tanda penuaan yang pertama.
Menurut Pengurus Kumpulan Produk – SAFI, Mahsuri Sulaiman, acara ini membuka ruang Safi mengenali dengan lebih dekat para wanita SAFI dan berkongsi dengan mereka kepelbagaian rangkaian produk kecantikan SAFI dengan formulasi khusus untuk setiap skala usia. Safi berjaya membawa para wanita melalui transisi rejim kecantikan anti penuaan mereka yang pertama iaitu SAFI RANIA GOLD dan mengekalkan keremajaan kulit wajah.
Aura glamor majlis diserikan dengan kemunculan istimewa duta SAFI RANIA GOLD, Rozita Che Wan. Wanita Ikon yang menggalas pelbagai peranan hebat sebagai seorang ibu,pelakon dan usahawan turut mengambil peluang ini untuk berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan dan untuk tampil yakin.
Rozita turut menyentuh tentang pentingnya menyedari keperluan kulit selari dengan usia dan mencari rejim anti-penuaan yang bersesuaian. Beliau juga menegaskan dan percaya bahawa perawatan seawal tanda penuaan pertama mampu mengekalkan keremajaan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.
SAFI jenama produk kecantikan dan penjagaan diri Halal kontemporari No 1 Malaysia membawa definisi ratu ke aras yang baru. RATU RANIA, sebuah program realiti mencari ikon wanita moden kini sama ada figura korporat hebat atau suri perkasa hebat memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan namun tidak melupakan pentingnya memanjakan diri dengan santun dan keayuan cantik , tersendiri.
Terbuka kepada semua wanita Malaysia berusia 30 tahun – 45 tahun, sesi ujibakat pertandingan yang telah dianjurkan pada Jun 2013 ( Johor, Penang dan Kuantan) bakal melabuhkan tirainya pada sesi ujibakat terakhir pada 6 Julai 2013 (Sabtu ) Jam 10.00 pagi – 3.00 petang bertempat di Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam.
Selama 8 minggu, 10 wanita persona hebat finalis RATU RANIA harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang menguji kekuatan fizikal dan mental serta azam mereka untuk menjadi inspirasi bersama. Program unik hadiah buat wanita dengan hadiah utama berjumlah RM 50,000.00 ini akan disiarkan di saluran Astro Prima tidak lama lagi. Mereka akan dipilih berdasarkan 3 kriteria utama iaitu keyakinan diri, keluasan pengetahuan am dan berpersonaliti menarik.
RATU RANIA merupakan pentas terbaik SAFI untuk memperkasa wanita tentang pentingnya penjagaan keremajaan kulit wajah yang merupakan nadi dan kunci keyakinan setiap wanita melalui rangakaian produk anti penuaan Safi Rania Gold “Jelita Tanpa Mengira Usia” dan Safi Rania Diamond “ Kekal Anggun Menawan”.
Melengkapkan kembara cantik pencarian RATU RANIA adalah penampilan esklusif Duta Safi Rania Gold Rozita Che Wan dan Duta Safi Rania Diamond Ziana Zain di dalam program ini nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari www.safi.com.my dan www.facebook.com /SAFI.MY
RATU RANIA BAKAL MEMAKHOTAKAN WANITA INSPIRASI DISERTAI HADIAH LUMAYAN BERIKUT:
- HADIAH UTAMA (RATU RANIA)
a) Wang tunai RM 25,000.00
b) Kontrak 1 tahun untuk iklan cetak dan eletronik Kempen Safi
c) Hamper produk Safi Rania bernilai RM 3,000.00
Jumlah keseluruhan: RM 50,000.00
- TEMPAT KEDUA
a) Wang tunai RM 8,000.00
b) Kontrak 1 tahun untuk iklan cetak dan eletronik Kempen Safi
c) Hamper produk Safi Rania bernilai RM 2,000.00
- TEMPAT KETIGA
a) Wang tunai RM 5,000.00
b) Hamper produk Safi bernilai RM2,000.00
- SAGUHATI (7 HADIAH)
a) Wang tunai RM 1,000.00
b) Hamper produk Safi bernilai RM 800.00
Adakah anda RATU RANIA itu?
Kriteria:
- Terbuka kepada warga perempuan Malaysia berusia 30 tahun – 45 tahun pada tarikh 15 Jun 2013
- Terbuka hanya kepada pemegang kad pengenalan Malaysia
- Borang penyertaan boleh diperolehi dan mesti dilengkapkan di tempat uji bakat
- Membawa satu salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Kad pengenalan asal (baru)
- Satu keping gambar penuh berukuran 4R




