Share

Hari-hari adalah hari ibu tetapi kita kadang-kadang leka dengan kepentingan diri kurang beri perhatian kepada bonda. Apa salahnya dalam sehari ini kita layan ibu kita lebih istimewa. Tak kisahlah mahu bawa makan malam atau bawa bercuti, tetapi sediakan hadiah juga. Pasti ibu kita gembira. Bukan hadiah jadi ukuran tetapi ingatan terhadapnya itu pasti membahagiakan perasaannya.