TABIK!!! KUASA TIGA SATUKAN XPDC, GERHANA SKACINTA DAN THE TIMES, RAIKAN LEGASI MUZIK MALAYSIA

Share

PENULIS: NADYA

KUALA LUMPUR, Oktober 2026 – Tiga nama, tiga perjalanan seni dan satu legasi yang terus terpahat dalam sejarah muzik tempatan berjaya disatukan menerusi TABIK!!! KUASA TIGA, sebuah acara muzik eksklusif yang berlangsung pada 21 Oktober 2026 di Odeon KL, Kuala Lumpur. Menghimpunkan XPDC, Gerhana Skacinta dan The Times, acara ini bukan sekadar meraikan karya dan pencapaian, malah menjadi simbol penghargaan terhadap perjalanan seni serta sumbangan mereka dalam mewarnai industri muzik Malaysia.

Dianjurkan oleh No Limit Covers (NLC) dengan Life Records Malaysia sebagai label rasmi, acara ini menampilkan majlis penyampaian anugerah penghargaan kepada Gerhana Skacinta dan The Times sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta pencapaian mereka dalam industri muzik tempatan. Pengunjung turut berpeluang mengikuti sesi pratonton karya terbaharu XPDC, yang memberikan pengalaman mendengar muzik dalam suasana eksklusif. Pengiktirafan yang diberikan menjadi tanda penghormatan terhadap dedikasi, kreativiti dan legasi muzik yang telah dibina oleh kumpulan-kumpulan berkenaan sepanjang perjalanan seni mereka.

Selain sesi penghargaan dan pratonton muzik, TABIK!!! KUASA TIGA turut menghidupkan nostalgia menerusi pameran memorabilia yang memaparkan perjalanan XPDC, Gerhana Skacinta dan The Times. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan, termasuk dinding kenangan untuk peminat menitipkan pesanan, jualan barangan muzik serta set kotak koleksi khas. Ruang interaksi bersama artis, media dan peminat juga membuka peluang untuk mengeratkan hubungan serta meraikan semangat komuniti muzik yang terus menyokong karya tempatan.

Dibawakan oleh RockStation sebagai penyampai rasmi, acara yang berlangsung dari jam 2.00 hingga 6.00 petang itu telah menyusun pengisian penghargaan kepada Gerhana Skacinta pada jam 3.00 petang, diikuti The Times pada jam 4.00 petang dan sesi mendengar karya terbaharu XPDC pada jam 5.00 petang. Secara keseluruhan, TABIK!!! KUASA TIGA menjadi sebuah pertemuan bermakna yang mengangkat nilai penghargaan, persahabatan dan kesinambungan legasi muzik Malaysia. Lebih daripada sekadar acara hiburan, ia meraikan ikatan antara pemuzik dengan peminat yang terus memastikan karya dan semangat muzik tempatan kekal relevan merentasi generasi.

 

KONSERT 3 VETO MENYATUKAN KUMPULAN SEARCH WINGS & XPDC

Share

Bakal berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang pada 1 Ogos nanti, konsert anjuran Bintang Batu Event & Seri Simfoni Sdn Bhd mengangkat semangat seni musik rock sebagai penghargaan kapad peminat setia tiga kumpulan ini. Lebih empat dekat berlalu, kumpulan Search, Wings dan XPDC pernah mencetus fenomena besar sekitar era 80 dan 90-an.