Drama bersiri di Bella ralit aku menontonnya. Entah mengapa walaupun dipenuhi drama drama tetapi aku asyik mengikuti saban malam. Kalau nak tahu, cuba tengok… 🙂
Jonas Brothers beberapa tahun lalu jadi fenomena dunia seni hiburan. Populariti mereka tak dapat disangkal lagi. Ini adalah kunjungan pertama mereka. Kesempatan berkonfrantasi di skype untuk tatapan pembaca gua.com.my saya abadikan juga di blog peribadi saya. Enjoy your reading…
Semua pembaca GUA sedia maklum kehadiran tiga jejaka adik-beradik popular, Jonas Brothers ke Malaysia. Mereka akan bertemu peminat di ibu kota pada 24 Oktober 2012 setelah lama bercuti panjang. Hari ini (Selasa, 9 Oktober), GUA bertuah dapat bertentang mata dengan Kevin, Joe dan Nick Jonas di alam maya. The WonderLand+ menganjurkan temu bual menerusi Skype dengan sekumpulan media pagi tadi.
Penampilan tiga adik-beradik itu sungguh ringkas dan begitu petah melayan soalan-soalan diajukan. Kevin dan Nick lebih banyak memberi jawapan dan komen manakala Joe di tengah-tengah banyak mengiakan sahaja tetapi sesekali dia mencelah. Setelah masing-masing muncul dengan projek solo, penyatuan semula Jonas Brothers kali ini adalah untuk menwar-warkan projek terbaru mereka.
Menurut Nick, ia adalah masa paling tepat dan mereka tidak sabar-sabar lagi bertemu peminat. Joe pula menganggap mereka berbesar hati dapat melakukan aktiviti paling digemari bersama (menghiburkan peminat). Setiap persinggahan adalah mengalaman paling indah. Menurut Joe lagi, ini adalah evolusi sementelah mereka bakal muncul dengan album baru—Secara terbuka minda akan bekerjasama mencipta muzik dan melakukan persembahan.
Perkembangan baru mengenai album, mereka masih memilih lagu dan ada beberapa sudah dipilih termasuk lagu Meet You In Paris. Proses itu mengambil masa demi mendapat lagu terbaik dalam album kelima. Ikuti temu bual GUA bersama Jonas Brothers;
Bagaimana dengan projek solo sebelum ini?
Walaupun kami sibuk dengan projek solo masing-masing tetapi kami tidak pernah berpisah. Ia adalah pengalaman paling berharga buat kami.
Konsep album baru yang kelima ini?
Straight from the heart.
Rancangan realiti Marriage To Jonas terbitan Ryan Seacrest mendapat sambutan di Channel E!. Apakah pendapat Kevin khususnya?
Bagi saya ia menakjubkan, menarik dan menjadikan kami berkomunikasi lebih baik. Lebih-lebih lagi saya punya banyak waktu bersama sahabat baik saya (isteri). Seluruh keluarga, saudara dan teman-teman muncul dalam rancangan ini.
Ini adalah konsert pertama di Malaysia. Apakah harapan Jonas Brothers?
Ini adalah bab baru buat kami membuat comeback tour dan semestinya kami mahu menawan teroteri baru seperti Asia.
Pernahkah Jonas Brothers menerima pesanan-pesanan dari peminat Malaysia?
Kami teruja mahu bertemu peminat Asia buat kali pertama. Kami percaya peminat tegar kami ada di Malaysia juga tak sabar bertemu kami. Kebanyakan peminat menghantar permintaan lagu untuk kami nyanyikan menerusi facebook dan twitter.
Ada tak Jonas Brothers terdengar mengenai mana-mana artis Malaysia? Contohnya Yuna yang kini berada di US?
(mereka terdiam seketika sehinggalah Kevin menunjukkan cover Yuna di telefon bimbitnya dan memainkan lagu Yuna) Oh, saya patut dapatkan album ini.
Masih gugupkah setiap kali muncul di pentas?
Sesekali. Tetapi kami seronok setiap kali membuat persembahan di pentas. Itu adalah perkara kami adik-beradik suka lakukannya. Harap-harap konsert berjalan lancar.
Sepanjang tour, adakah Jonas Brothers punya permintaan tertentu perlu disediakan di belakang pentas atau dressing room?
Kami jalani kehidupan yang sihat jadi tiada makanan ringan disediakan. Hm, kebanyakannya semua benda sihat. Tak ada benda-benda gila yang kami minta (ketawa).
Apakah senarai lagu bakal diperdengarkan?
Sebanyak mungkin. Dan, ada tiga lagu baru akan didendangkan.
Konsert Jonas Brothers dibawakan The WonderLand+ pada 24 Oktober di Stadium Negara, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam. Tiket-tiket dijual pada harga RM88 & RM188 (Tempat Duduk Bebas), RM238 (Rock Zone) dan RM288 (Tempat Duduk Bernombor VIP / The Pitt). Harga ini tidak termasuk yuran pemprosesan tiket sebanyak RM3 untuk setiap tiket kategori. Semua kategori tiket ini boleh didapati di seluruh negara menerusi TicketCharge online dan kedai-kedai yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TicketCharge di +603 9222 8811 atau layari laman sesawang www.ticketcharge.com.my .
Kuching… Dua hari satu malam dari 19hb-20hb Nov aku ditugaskan ke sana oleh gua.com.my demi membuat liputan mengenai Maher Zain. Pada malam 19hb itu konsert Maher Zain berlangsung. Kami rombongan media dari Kuala Lumpur datang bertandang dalam kumpulan kecil—Melodi team, gua.com.my dan urtv.
Tiba di LCCT bunga-bunga kemesraan sudah ada. Tiba sahaja di Kuching masing-masing mula menunjukkan belang. Seronok ada yang tahu banyak mengenai bumi kenyalang ini. Lalu masing-masing tidak lama di kamar hotel.. Berjalan saja keliling Kuching.
Malamnya kami bersedia bertemu Maher Zain. Katanya 15 minit sahaja itu pun hanya Melodi dibenakan interbiu. Aku gigit jari tapi dapat jua hantar dua artikel. Pandai-pandai lah kan mencoret kata dari sudut pandangan aku.
Ini bukan abang Maher.. ini abang kamera Melodi… abang kepada penyanyi Winter Sonata versi Melayu.. teka?
Ruang solat disediakan di belakang pentas untuk Maher Zain.
Dan, ini lah kami sekumpulan kecil media dari semenanjung yang gila itu….
Esoknya, mengambil penerbangan petang, membuka peluang kami meneruskan adventure kami. Kami pergi cari kek lapis di rumah pembuatnya, kami naik sampan, kami jalan-jalan di water front dan pergi tengok orang hutan. Tiba di airport sampai semua dah lemau. Perjalanan ini menakjubkan sebab melengkapkan catatan perjalanan aku menjelajah seluruh Malaysia. yay!
Mereka rock star hidup di dua benua berbeza tatapi mempunyai sisi persamaan di dalam kehidupan. Menurut pandangan mata ini mereka berdua merupakan penyanyi berusara lunak dan bergaya hebat dari segi penampilan. Dua-dua kalau beraksi di pentas memang superb. Mereka juga mampu mempertahankan populariti sehingga kini.
Stephen Victor Tallarico atau Steven Tyler dari kumpulan rock Aerosmith lahir pada 26 Mac 1948 (umur 63 tahun). Steven punya hubungan intim dengan lima wanita. Dia menempuh dua perkahwinan dan dua penceraian (dengan Cyrinda dan Teresa). Selain itu mempunyai empat anak—Liv Tyler (ibu Bebe), Mia Tyler (ibu Cyrinda), Chelsea (ibu Teresa) dan anak lelaki Taj (ibu Teresa).
Manakala Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search lahir pada 28 Julai 1958 (umur 53 tahun). Amy berkahwin sebanyak empat kali tetapi tiga perkahwinannya gagal. Kini dia bahagia hidup bersama Norish. Amy dikurniakan lima cahayamata—Nabila Huda (ibu Noorliza), Irisha Myra (ibu Roslisa), Alexander (ibu Norish), Sania Samara (ibu Norish) dan Qaqa (ibu Norish).
Ada satu lagi persamaan ketara Steven dan Tyler, apabila anak sulung mereka terlibat dengan dunia lakonan. Liv Tyler telah menawan Hollywood dengan bakat semula jadinya. Nurul Huda pula rancak berlakon filem dan drama tempatan.
Mereka juga dilihat melalui permaidani merah di acara hiburan dan setiap lensa pasti tertarik merakamkan duo hebat walaupun si ayah rock star manakala si anak bintang filem.
Mereka pernah digandingkan di sesi fotografi sama untuk publisiti.
Gambar mereka ketika sarat mengandung. Papa rock bakal bergelar grandpa rock.
Keluarga besar masing-masing dan agaknya mereka adalah grandpa rock paling sporting.
Loved so much… nonton Steven di American Idol. Serius!
Miss Ayu (gua.com.my) mengajak aku menonton TAKERS… Aku hampir-hampir menolak kerana malas. Tetapi entah mengapa tergerak hati nak tengok media prebiu oleh Media Prima. Aku memaksa Cicak (meow.com.my) walaupun dia sudah melihatnya lebih awal. Apa lah salahnya menonton lagi sekali…
Separuh jalan tengok aku dan Miss Ayu dah gelisah sebab tak tahan dengan jalan cerita. Bukan bosan tetapi aksinya hebat sangat garapan. Cicak jadi mangsa, apa jadi lepas ni tetapi Cicak jahat tak nak cerita. Aku dan Miss Ayu gelisah sepanjang menontonnya. Macam-macam rasa ada—Bimbang, nak marah, bengang.
Takers filem jenayah menarik untuk aku hendak dibandingkan filem tempatan sedia ada. Kalau nak kira lakonan Paul Walker tidak lah sehebat mana. Lenggok cakap dan tonasi suaranya sama sahaja dengan filem dia sebelum ini. Tetapi Takers diselamatkan oleh jalan cerita dan lakun layar penulis Luessenhop, Gabriel Casseus, Peter Allen, John Rogers dan Avery Duff. Pengarahnya John Luessenhop berjaya mengadaptasikan tulisan mereka ke layar perak dengan baik. Terutama sekali aksi tembak-menembak yang digarap berbeza dan ‘smart’ sangat.
Selain tak buang masa menunggu dengan kisah yang meleret, Takers sentiasa mencemaskan perasaan. Kau akan rasa berada di dalam situasi digambarkan. Kisah cintanya sangat asas tidak lah poyo sangat seperti filem tempatan. Hanya terdapat cinta tiga segi di antara Jake (Michael Ealy), Lily (Zoe Saldana) dan Ghost (T.I.). Itu pun watak Zoe Saldana hanya kecil boleh dikira sebagai cameo sahaja. Aku perlu belajar banyak untuk filem akan datang selepas HAQ the Movie.
Segala-galanya mengenai lapan lelaki yang punya agenda di dalam kehidupan masing-masing. Watak antagonis lima sekawan oleh Gordon Cozier (Idris Elba), John (Paul Walker), A.J. (Hayden Christensen) dan dua beradik, Jake (Michael Ealy) and Jesse Attica (Chris Brown) membuat kita tak kan senang duduk. Mereka melakukan jenayah tetapi kamu takkan benci dengan mereka. Malah, mereka sendiri diperdaya oleh Ghost (T.I.), watak antagonis di dalam kumpulan antagonis.
Apa mahu ditonjolkan, orang jahat tidak sebusuk kita sangka kerana kadangkala orang baik pun tidak lah sebaik mana kalau terdesak. Ada orang memang bersifat jahat di dalam diri tetapi ada sesetengahnya terpaksa jadi jahat kerana desakan hidup. Anggota polis yang memburu lima sekawan ini juga punya konflik tersendiri apabila Jack Welles (Matt Dillon) sangat kecewa apabila sahabat baiknya, pasangan setugasnya Eddie Hatcher (Jay Hernandez) mencuri wang yang dirampas daripada penjenayah.
Saranan aku jangan lepaskan peluang pergi tonton TAKERS dan lihat kelainan aksi hebat ini. Tiada bunyi tembakan bertalu-talu atau aksi mengerikan dengan darah terburai-burai. Sekadar bunyi muzik dan suara cemas kedengaran. Kecekapan melawan, keakraban persaudaraan kala saling bertahan dari serangan dan kematian tidak terduga. Semua buat kamu kan rasa geram… Mula 28 Okt di pawagan.. tunggu apa lagi? so…
Who’s taking who?
Untuk meredakan perasaan cemas, nantikan filem animasi Megamind 3D yang sungguh lucu dan menghiburkan. Megamind sering menentang hero Metro Man sehinggalah berjaya membunuh Metro Man. Selepas beberapa lama Megamind merasakan hidupnya sungguh bosan kerana tiada kuasa baik mahu menentang kejahatannya. Megamind meminjam suara Will Ferrell. Manakala Metro Man pula dilakonkan oleh Brad Pitt. Tarikh tayangan ialah 4 November 2010 (Malaysia).
Aku Tak Bodoh filem adabtasi I’m Not Stupid arahan Jack Neo terbitan Primeworks Studios (Grand Brilliance), J Team, Asia Media Content (AMC), RAM Entertainment dan PMP Entertainment. Kisah dua beradik Roy, 16, dan Jefri, 8, yang diabaikan oleh ibu bapa. Keseluruhannya cerita ini mahu memberi pengajaran kepada institusi keluarga agar menghargai anak-anak. Cuma adegan di hospital agak janggal bagi aku apabila, seorang bapa sedang tenat mahu memberi mesej kepada guru secara keras dan terlalu ‘direct’. Takkan lah orang sakit sempat nak cakap lebih kurang lah “Buang sekolah bukan tidak menyelesaikan masalah. Hanya menambah gejala sosial…” Lebih simbolik jika cikgu yang datang ke hospital membawa berita anak si bapa sudah diterima masuk semula ke sekolah. Maaf! Aku sekadar memberi pendapat…
Apa pun kehadiran Amy Mastura pastinya mengubat rindu peminat. Ketika media prebiu pun Amy Mastura lebih mendapat perhatian dan dinanti-nantikan untuk temu bual.


































