Inspirasi Nude Pumps

Share

nude pumps

Nude pump adalah sepatu paling digemari kini. Selain mampu digayakan dalam apa jua pakaian, ia juga mampu memberi ilusi kaki panjang pada si pemakai. Percayalah, ia kelihatan cantik dengan maxi, seluar pendek, panjang, capri, jeans, gaun pendek atau panjang.

jlo

Ada rungutan menyarung sepatu tinggi begini sangat menyakitkan kaki. Komitmen tinggi memang diperlukan bagi menyarung sepatu tinggi. Umpama kata seorang sahabat, beauty is torture. Untuk cantik, wanita sanggup menelan kesakitan.

Kamu sangat elegan jika memiliki paling tidak sepasang nude pump di rak sepatumu. Kalau belum memiliki, apa kata dapatkan satu dari GUESS. Sepatu berjenama harga sedikit mahal tetapi berpatutan dibuat lebih berkualiti. Apabila menyarung sepatu berkualiti tinggi, kuranglah kesakitan pada kaki.

Selebriti Hollywood rata-rata meminati nude pump dan memakainya sama ada kala bersantai mahupun di permaidani merah. Kate Middleton ternyata mengembalikan kehangatan sepatu nude ini. Tiada istilah trend ini telah lama berlalu kerana— they are the new black—Malah padan dengan apa juga pakaian.

Selain menyerlahkan kaki lebih panjang, pakaian kamu juga lebih menonjol kala menyarung sepatu nude ini. Mata akan lebih fokus pada apa dipakai kamu. Tampak klasik sekiranya dipadankan dengan gaun hitam.

Seperti kamu ke kaunter kecantikan mahukan bedak asas seiras warna kulit wajah, begitu juga dengan nude pump. Lihat sahaja gaya Jennifer Lopez di atas. Perfect! Sekiranya koleksi pakaian pastel paling banyak dalam gerobok kamu, usah risau kerana nude pump juga sesuai buat warna-warna sebegitu.

Parti EH! Buat 20 yang Anggun dan Disenangi

Share

majalah EH!

Parti elegan dianjurkan majalah Eh! berjalan lancar. Parti 20 yang Anggun dan Disenangi itu berlangsung di kelab The Pool, Jalan Ampang awal-awal lagi telah dipenuhi peminat majalah urban no 1 Malaysia. Rata-rata mahu bertemu mata dengan selebriti pujaan masing-masing seperti Dayang Nurfaizah, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Mizz Nina, Nazim Othman, Aliff Aziz, Fathia dan banyak lagi.

Seperti biasa 20 selebriti diraikan sebagai yang anggun dan yang disenangi. Mereka juga muncul istimewa dalam majalah Eh! terbitan November 2012. Karl Shafek nampaknya berjaya menggalas tugas diberikan malah parti itu berjalan lancar tanpa cacat cela.

karl shafek

Pembukaan parti  disegarkan dengan muzik pop DJ Arabyrd dan Syncronized Swimmers Gillian & Jacqueline. Acara tahunan ini diserikan dengan persembahan nyanyian Kaka dan Zizan, Aliff Aziz, kumpulan K-Langit, Awie Rafael dan Dayang Nurfaizah. Kemudian ada segment memperagakan fesyen dan juga beberapa aktiviti yang melibatkan peminat.

Parti Eh! 20 Yang Anggun & Disenangi ditaja oleh Lancome Paris, penaja pakaian wanita Dressing Paula, lokasi rasmi The Pool, penaja toko buku pula MPH dan stesen radio rasmi pula Suria FM.

 

Masam Manis Teater TKC

Share

*Majalah (check)

*TV Magazine (check)…sungguhpun skema program mcm Ratu, Pakar Kejelitaan.. terbaru Genius…

*Filem (check)… Haq the Movie katanya…walaupun…

*Drama (check)..sampai pilot, belum sampai syurga..

*Wardrobe (check) belasah dua dua untuk TV (Oh Lelaki!, Serasi Bersama S1) dan MAJALAH (cover)..

Lagi???

*Wardrobe??? Teater???

Yup, aku dan teman-teman tekad melakukannya walaupun sanggup menerima tugasan hanya ‘last minute’ iaitu seminggu dua sebelum tirai dibuka. Kerja gila, memang, tetapi biasa dah. Serasi Bersama pun esok penggambaran, hari ini baru dapat tawaran.

Tak kisahlah sebab kami menyahut cabaran baru dalam kerjaya. Memenuhi satu lagi cabang kerja di Istana Budaya. Merasalah juga lebih dua minggu berkampung di sana.

Kami ‘enjoy’ setiap saat. Segala tugas dilunaskan dengan bajet yang diberikan cukup-cukup untuk membeli kelengkapan cast dan assemble. Kena tambah duit tapi kata orang pelaburan. Rupa-rupanya itulah duitnya yang dapat kerana sampai sudah bakinya tidak dilangsaikan si producer. Alahai, jurusolek pun seorang sudah pergi meninggal dunia. Simpati tak dapat dia merasa wang bayaran kerja kerasnya. Bak kata seorang teman, nak tunggu semua meninggalkah baru nak bayar?

Apa nak buat manusia ini bermacam ragam. Nak minta duit sendiri pun sampai malu, macam kita pula berhutang dengan dia. Sikap tak bertanggungjawab producer pula… susah nak kata… kita tidak pula berada dipihak dia… tapi satu saja nak kata.. kalau tak mampu awal-awal jangan berangan nak buat teater. Itulah padahnya kalau berkarya kerana mengejar glamor. Rasanya nak dekat setahun dah berlalu dan kami dah tak tahu nak kata apa…

 

 

 

Harper Seven: A Fashion Icon at Four Months

Share

Suri Cruz dan Shiloh Jolie-pitt sila ketepi kerana kini Harper Seven Beckham mendahului semua lil’ fashionista di gelanggang Hollywood.

Lahirnya Harper pada 10 Julai 2011 sangat mengembirakan Victoria dan David Beckham kerana mereka dikurniakan tiga anak lelaki sebelum ini—Brooklyn, 11, Romeo, 8, and Cruz, 5. Kehadiran si kecil jadi pelengkap keluarga bahagia mereka.

Selepas beberapa minggu dilahirkan, Harper dibawa ‘mummy’ langsung ke butik Prada dan Balenciaga. “She loved it. It was if she was saying, “Mummy I’m home!” ujar Victoria Beckham ketika di butik Prada. Sambil menggayakan dress miliknya sendiri, Victoria kekal dengan sepatu tumit tinggi kali ini Christian Louboutin jadi pilihan. Tidak semestinya bergelar ibu, anda perlu memakai ‘flats’ walaupun mendukung anak kecil. Ada berani!

Tetapi nampak gayanya Harper jadi ‘Lil Fashionista’ dek kerana ibunya yang juga pereka fesyen berjaya sejak tiga tahun ini suka mengendong Harper dengan pakaian hampir sedondon, paling tidak pun sangat bergaya. Ikut urutan gambar, Harper memakai top jenama Bonpoint dan Chloe tights, gambar kedua Harper masih menggayakan Bonpoint dan seterusnya jenama Makie sementara Victoria menyarung jenamanya sendiri.

A fashion icon at four months, Harper juga disarung jenama tersohor Stella McCartney Kids, Chloe dan Little Marc Jacobs. Selain Bonpoint, Victoria juga menyukai jenama dari London, Marie Chantal. Kedua-dua jenama itu paling banyak dalam lil closet Harper.

Sedondon! Cantik Harper memakai jenama Makie manakala ‘mummy’ pula menggayakan jenama Azzedine Alaia. Ini baru kisah pakaian tidak lagi aksesori kaca matanya, sepatu baik solekan mahupun dandanan rambut VB. Sorry, ini bukan kisah ‘mummy’ tetapi Harper Seven.

“She has so many little dresses!” ujar ‘dad’ David Beckham. Harper memakai gaun comel Little Marc Jacobs manakala Victoria kelihatan bergaya sofistikated. Seperti biasa dia menyarung but ‘Vicky’ suede in camel jenama Christian Louboutin untuk koleksi autumn/winter 2011. Padahal mereka hanya di lapangan terbang LAX.

Sebagai pereka fesyen, semestinya Victoria berhasrat menghasilkan koleksi kanak-kanak. Memang telah dinyatakan kepada David dan mereka teruja untuk memulakan projek baru itu.

Semestinya BFF Eva Longoria juga menyokong apa sahaja keputusan temannya itu. Malah, Eva kerap menggayakan gaun dari koleksi VB.

Sepatu enam setengah inci Christian Louboutin tetap disarung. Dengar kata dia boleh ‘bad mood’ kalau dilihat memakai flats. Victoria kelihatan berehat seketika di butik Marc Jacobs.  Harper pula disarung ‘mummy’nya dengan gaun Marie Chantal.

Kelihatan mudah sungguh mengandung dan melahirkan anak. Victoria Beckham ke sana ke mari membawa Harper dalam kesibukan kerjaya, dilihat bayi itu ibarat aksesori yang menjadi trend baru di Hollywood. Nota kepada Paris Hilton—Anda dan aksesori Tinkerbell Chihuahua anda tidak lagi unggul dalam senarai teratas. Kami sudah ada ilham aksesori baru…

 

 

 

 


 

 

Serasi Bersama Paknil & Shira…

Share

Orang kata rezeki jangan di tolak. Sekian lama meninggalkan dunia majalah, sudah lama tak bergelumang dengan styling job. Tiba-tiba dapat peluang menjaga tata rias Aznil Haji Nawawi dan Sharifah Shahira sebagai hos di Serasi Bersama untuk siaran Astro. Jangan lupa saksikan rancangan ini setiap sabtu dan ahad jam 9pm sepanjang Januari 2011.

Terima kasih kepada CK dan AX kerana menaja pakaian Aznil dan Syira. Aksesori oleh Ola dan Shoes Shoes Shoes.

Dua pengacara menggayakan pakaian dari AX dan CK diserikan aksesori Ola dan Shoes Shoes Shoes.

Festival Malaysia Inovatif 2010

Share

Ada dua perkara berlaku pada Festival Malaysia Inovatif 2010 baru lalu. Ada tayangan pilot S.H.E pada 24 November dan pertunjukan fesyen (4 orang cast S.H.E juga terlibat) pada 26 November. Kejadian cemas berlaku pada kedua-dua tarikh itu dan banyak memberi pengajaran kepada aku.

S.H.E hotties hadir memeriahkan acara, almaklum lah masing-masing belum menonton S.H.E sepenuhnya lagi. Begitu pun ada kejadian cemas di mana audio S.H.E tidak dapat disediakan tepat pada waktunya. Sudah siap cuma proses lengkap menyediakan DVDnya untuk sampai ke tangan aku, memang tidak sempat. Bagai nak pitam aku mencari usul menyelamatkan keadaan…

Bagi melanjutkan masa pengacara sedang menemubual barisan pelakon S.H.E kiranya macam-macam soalan lah diajukan. Sedang aku membuat beberapa panggilan dan Yong-Le menjadi mangsa. Sorry babe! Rasakan… Akhirnya DVD sampai ke tangan aku… Final visual tetapi sayangnya menggunakan audio asal yang masih banyak kekurangan.

Suspen semua tengok wajah dan aksi masing-masing di skrin besar. Biar pun ada cacatnya tetapi aku telan lah jua. Pengajaran, jangan siapkan kerja-kerja pada saat akhir tetapi paling tidak biar lah sehari lebih awal bagi mengelak kesilapan teknik sebegini. Bagi mengelakkan darah tinggi aku naik jua.

Ni kira macam S.H.E reunion juga’. Bulan puasa penggambarannya dah ini lah kali pertama berkumpul semula. Asyik rasanya dan tak sabar-sabar lagi nak sambung… hmmmm…

Aku dan Nisa’ di sisi S.H.E dolls.. S.H.E hotties… My S.H.E barbie… and Ken…

Tanggal 26 November pula S.H.E turut serta di dalam pertunjukan fesyen Busana Inovatif. Banyak lah pereka fesyen menyertai acara seperti Nik Erwan, Mimpi Kita, Wan Huzairil dan empat pelajar UiTM.

Nyatanya—“working backstage, so much more fun than sitting the front row…”. Sejak di acara pelancaran MV Alyah lagi keseronokan mengemudi pertunjukan fesyen mini itu sangat menyeronokkan. Apatah lagi mendapat peluang mengendalikan pertunjukan fesyen di acara besar anjuran MDEC dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, puas rasanya. Sehinggakan Oda juga teruja, sementelah Rina dari MDEC membawa perkhabaran baik. Bosnya suka dengan acara itu. Syukur! Biar pun tidak lah sehebat dan sebesar M-IFW tetapi cukup untuk langkah pertama kami.
Saat cemas kali ini, biasa lah, kesibukan di belakang pentas yang sangat besar nikmatnya. Minda perlu kental dan hati mesti tenang menanganinya.
Memekik di belakang pentas—Biasa tu! Apatah lagi apabila keciciran model atau saat menukar pakaian tak siap-siap sedangkan pentas sudah kosong.
Kemudian gawat lagi apabila orang kenamaan belum tiba. Lalu rentak perlu ditukar, model kami arahkan berjalan lebih perlahan untuk melengah-lengahkan waktu. Cemas lagi sekali! Begitu pun melihat busana berjalan di atas pentas, finalenya, sangat memuaskan. Orang kenamaan tiba sebaik sahaja acara akhir mahu dimulakan iaitu memperkenalkan kesemua pereka fesyen. Biar pun malam sebelumnya ada Faizal Tahir dan Stacy menyambut Perdana Menteri merasmikan festival ini tetapi secara tidak langsung, persembahan fesyen ini adalah penutup kepada festival ini. Syiok!
Nota: S.H.E juga ada di majlis hari jadi Fazami yang berlangsung di butik Miss Sixty. Tya dan Fara mewakili S.H.E hotties cantik menggayakan outfit mereka.

2X M-IWF

Share

Kali pertama ke M-IWF di atas undangan Jurugambar Selebriti, Bustamam Mokhtar kerana pameran fotografi koleksinya di ruang legar Pavilion. Duduk sebaris dengan selebriti di front row pertunjukan fesyen bersama stylist Yana Husin dan rakan-rakan. Bertemu Bustamam dan tetamunya yang lain seperti Amy Search, Dayang Nurfaizah, Nasha Aziz dan Fazura (Nanu Baharudin pun ada).

Sangat bangga dengan abang bus dan tahniah kerana pameran solonya di M-IFW. Agak lama aku tidak keluar ke acara sebegini. Hanya duduk di pejabat rasanya agak kekok mahu berlaga bahu dengan mereka. Aneh! Mahu bersiap-siap pun dirasakan menyusahkan. Nak pakai apa? Nak dipadankan dengan sepatu apa? Solekan tebal sangat atau nipis sangat… Semua di ambil kira.

Duduk di front row menyaksikan barisan model memperagakan busana pereka-pereka tempatan memang mengasyikkan. Rekaan Amir Luqman boleh dikatakan menarik perhatian. Yang lain-lain cuba lagi. Bak kata Detaktif Stailista, kebanyakannya dah macam pokok krismas.

Kemudian kami mulai bosan dan beralih ke The Loaf minum coklat panas.

Menerima undangan BON ZAINAL membawa aku sekali lagi ke M-IFW. Bersemangat kali ini kerana koleksi lelaki dipertontonkan. Makanya semua kelihatan teruja dengan model-model lelaki. Argh… Kali ini Detektif Stailista pun ada. Tapi gambar di bawah bukan rekaan BON ZAINAL.

Ternyata persembahan fesyen BON ZAINAL paling menarik aku rasakan. Segala-galanya sempurna dari pemilihan lagu, koleksi busana dan gimik Bon.

Selesai pertunjukan fesyen, aku dan Nisa’ terus balik mencari perhentian lebih selesa. Lepaking! Rimas betul berada di tengah lautan manusia. Balik tukar baju santai saja di rumah… Namun sempat kami bergambar beramai-ramai.

SHE hotties, Mia sempat jenguk walaupun selepas itu berlari ke screening short film dia. Itu saja lah! Alkisah 2x turun ke M-IWF…

Alyah ‘Kau Bisu’

Share

Pelancaran MV Kau Bisu berjalan lancar. Aku dan Nisa’ menjaga media untuk Publisiti Alyah. Selain itu aku ditugaskan mencari empat model bagi pertunjukan mini fesyen Futuristik oleh empat Pereka Fesyen. Kembali terkenangkan zaman membuat publisiti untuk filem Ayat-Ayat Cinta dan majlis Aquila Emas.

Sebelum 19 Oktober (Selasa) jam 3 ptg di Redbox Pavilion, kami mengadakan mesyuarat. Kemudian aku menyiapkan press release untuk diserahkan kepada media. Cemas juga kerana aku dan Nisa mencari kedai untuk fotokopi. Kelakar pun ada. Tepat jam 3 Nisa masih di situ (Mid Valley), mati laa… Aku pula membantu mereka menguruskan model. Lega bila melihat Nisa’ tiba dengan segenggam kertas-kertas.

Kehadiran media sangat meriah. Ramai! Aku lega kerana sambutan media. Wajah-wajah

Media Cetak dan Elektronik sama banyak hadir memberi sokongan. Terima kasih daun keladi! Dan, segala-galanya kelihatan sempurna. Aku rasa sangat seronok pula mengendalikan acara sebegini. Bukan yang menjaga publisiti dengan mengawal trafik media tetapi seronok mengendalikan model dan catwalk. Semalaman juga aku study dari persembahan fesyen Victoria Secret. Juga berunding dengan Oda Yunus mengenai beberapa perkara.

 

   

Pengacara pada petang itu Ayie Detaktif Stailista dan Didi Alias 

Aku dan Nisa’

Fashionista!

Share

It’s all about Lipstick Jungle…

Fashiontribes!

Share

All about Gossip Girl…