Bukan selalu tetapi sekian lama tidak membeli barang kemas, apa salahnya Lebaran ini lengkapkan penampilan diri dengan koleksi Anggun 2015 dari Poh Kong. Motif floral menjadi teras rekaan kali ini.
Satu lagi koleksi pereka tempatan yang mengambil motif floral sebagai inspirasi. Rekaan Dude & The Duchess meliputi busana lelaki dan perempuan yang telah berada di pasaran sejak 2008. Intai koleksti terbaharu dari d.d ini.
Hanya kata-kata itu lahir di fikiran saat melangkah masuk ke kamar pameran Koleksi Musim Luruh 2015 milik Michael Kors. Setiap busana sungguh teliti pembuatannya setimpal dengan harganya. Ada di antara sulamannya mengambil masa 700 jam lamanya. Apakah istimewannya koleksi pereka tersohor itu kali ini?
Berinspirasi era 50-an dan 70-an dengan gaya elegan ikon fesyen ketika itu Audrey Hepburn dan Grace Kelly, Duchess & Co yakin mampu membawa gaya klasik vintaj memenuhi gaya hidup semasa.
K.Alif menerajui revolusi fesyen lelaki Muslim di hari Lebaran ini! Apa kata kamu wahai jejaka sekalian mencuba bergaya dengan K.Alif ini. Pastinya kamu tampak lebih segak di Lebaran ini.
“Aku tak suka shopping online. Takut baju yang dibeli tak muat. Tak pun, kain tak berkualiti. Buat sakit hati saja,” – itu antara luahan rasa sesetengah pihak yang membuat pembelian pakaian secara online. Dek kerana situasi inilah, jenama pakaian online, CurvyAyu mengambil inisiatif menghasilkan pakaian berkualiti, sesuai digayakan pada bila-bila masa dan yang paling penting, boleh digayakan oleh ‘real women’.
Salam Ramadan! Ini merupakan entri pertama saya dalam bulan mulia yang baru memasuki hari kedua. Kesibukan semakin menjerat dan saya tidak pun memikirkan persiapan untuk menyambut hari raya. Hidup sendiri memang begitu, mudah sahaja. Pernah saya pergi cari baju Raya hanya pada malam Raya. Sehinggalah saya disarankan untuk ke Pusat Pakaian Hari Hari. Dapatlah saya dua persalinan untuk Lebaran ini. Jom, saya kongsi pengalaman di Hari Hari…
Cinta lama terhadap tekstil, ikat etnik dan hasil seni tradisional artisan mendorong pemilik melancarkan Frankitas, jenama yang menghasilkan rangkaian produk etnik seperti beg, skarf sutera dan aksesori menawan. Beroperasi setahun lalu, Frankitas kini semakin mara menembusi pasaran dunia fesyen.
Pada anugerah berprestij The Billboard Music Awards yang berlangsung telah memperlihatkan penguasaan Balmain di karpet merah. Sesetengah orang mengatakan Olivier Rousteing seolah-olah membawa balai tenteranya turun ke acara itu dengan menyarung Balmain, jenama tersohor Paris itu.
Memang susah hendak mencari pakaian trendi, mengikut gaya sezaman tetapi masih berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Kalau dahulu saya perlu kumpul duit kerana untuk mendapatkan pakaian berkualiti semestinya tersangat mahal. Ketika itu masih belum banyak butik yang menyediakan pakaian ready-to-wear yang sangat cantik dengan harganya berpatutan. Kalau beli di kedai murah pula, material pakaian terlampau tampak murah. Tatkala disarung, rekaanya terlalu dewasa dan hanya tidak sesuai dengan muda-mudi.











