Berkongsi beberapa tip mudah mengoles gincu pada bibir. Menggunakan Mary Kay® Gel Semi-Matte Lipstick, semestinya harimu lebih nyaman. Tekstur berkualiti turut jadi ukuran pemilihan pemerah bibir saya.
Paling asas dalam sapuan solekan wajah adalah mengoles DD Cream. Penting untuk wajah mendapat perlindungan sehari-hari dari sinar matahari terik. Saya temui pelindung wajah berkesan dengan ketahanan 15 jam.
Pernahkah bibirmu mendapat perhatian lelaki? Mahu kelihatan menawan sepanjang hari tetapi kekal selesa sentiasa. Lipaholic semestinya gincu pilihan yang paling serasi menemani harianmu. Koleksi 4U2 Cosmetic ini memang menambat hati.
Hujung minggu datang lagi! Ke mana kita minggu ini? Kamu bukanya ada cuti panjang pun. Dua hari ini tetap mahu diisi dengan keseronokan sepanjang hari. Yalah, lelah bekerja masih bersisa. Setelah memasuki dunia korporat ini saya faham benar tuntutan kerja sehari-hari. Saya diwajibkan duduk di pejabat melunaskan tugas seharian. Ada tak ada pun keluar untuk sesi fotografi dan itu pun sibuknya tak boleh berganjak dari kerusi. Satu persatu gambar perlu dipilih untuk website kami. Hendak lari bayar bil, urusan bank, cuci baju atau terapi diri memang tunggu Sabtu dan Ahad sahaja.





