Share

lobi dari atas

Saya menerima undangan menyertai Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia ke Sabah bumi di bawah bayu dengan hati lapang. Sementelah minda perlu direhatkan dan bertugas disamping mengembara ini adalah peluang keemasan. Terima kasih daun keladi kepada team majalah Gaya Travel.

Bersama sekumpulan media lain saya dibawa ke bumi Borneo bagi menikmati sendiri keindahannya. Saya tiba di lapangan terbang seawall enam pagi pada 20 November lalu, diterbangkan ke Sabah oleh Malaysia Airlines. Tiba di Kota Kinabalu pula, kami disambut mesra wakil hotel Sutera Harbour Resort dan diberi penginapan selesa di The Pacific Sutera Hotel.

Hanya sejam kami diberi ruang melepaskan lelah. Setelah itu kami dibawa wakil hotel keliling Sutera Harbour Resort bermula di The Pacific Sutera Hotel, ke The Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour Marina hinggalah ke Golf & Country Club. Panorama indah disekeliling dengan berlatarkan Gunung Kinabalu, resort ini begitu nyaman di pandangan mata.

penginapan sutera harbour

Saya memerhati seluruh kamar yang selesa didiami. Pilihan kamar diklasifikasikan sebagai kamar Deluxe, Junior Suite, Executive Suite, Pacific Club dan Presidential Suite. Dibina dengan balkoni peribadi yang lengkap dengan kamar mandi dan tab mandi. Bukaan tingkap kamar mandi langsung mencuri panorama indah dari balkoni kamar. Begitu romantik sekali. Kamar saya berhadapan dengan panorama kolam renang dan laut luas. Ada teman mendapat pemandangan pelabuhan di mana kapal-kapal peribadi berlabuh.

Ketika menunggu teman-teman lain tiba, saya minat dengan pintu utama The Pacific Sutera Hotel yang bersiling tinggi di bahagian lobi. Terdapat 500 suites dan kamar tamu beserta kemudahan-kemudahan asas lain. Kami tadi 10 minit sahaja dari lapangan terbang kemari. Lokasinya strategik terletak di pusat komersial begitu sesuai buat pelancong. Perkhidmatan pelanggannya juga menakjubkan. Mereka ramah tamah menyambut ketibaan kami.

pemandangan sutera harbour

Bukan sekadar sebagai penginapan malah Sutera Harbour Resort sendiri menyediakan pelbagai kemudahan anda perlukan. Pasti kamu memerlukan sehari dua untuk meneroka seluruh resort ini. Terdapat kemudahan rekreasi disediakan seperti permainan golf, tenis, squash, kolam renang, kelab kanak-kanak, boling, gimnasium, spa antarabangsa, auditorium dan banyak lagi.

Pilihan menjamu selera juga ada di sini dari pilihan makanan Cina seperti di Silk Garden, Café Boleh dan Lobby Lounge untuk minum secangkir kopi. Saat matahari tenggelam adalah pemandangan paling indah di sini. Setelah itu, rancang malam kamu di kota bersama teman-teman. Hanya lima minit perjalan sudah tiba di kota, pastinya aktiviti diatur bakal dipenuhi dengan sempurna. Bagi kamu yang hanya mahu di hotel saja, nikmati hiburan Waves Pool Bar dan Jugs.

 Bersambung…