Saya yakin boleh jikalau ada disiplin diri dan usaha serta kegigihan. Tidaklah kurus melidi tetapi cukup sekadar sedap mata memandang dan selesa tubuh badan. Selain menjaga pemakanan sihat dan bersenam, apa salahnya mendapatkan rawatan tambahan untuk hasil lebih berkesan. Ikuti entri pertama, pengalaman saya menjalani rawatan Vanquish dengan misi saya ingin mengurangkan kekurangan pada diri.
Hati sudah berkata-kata, aku ni kulit sudah kelihatan agak kering teruk. Rasa kurang selesa mula melanda. Perasan semua orang tengok bahagian-bahagian tertentu seperti siku, lengan, kaki, tumit dan betis yang mula bersisik. Rasa nak menyorok, badan nak dikecil-kecilkan tetapi mustahil lah kan. Jangan nak senyum…
Bagi kamu yang terlalu sibuk seperti saya, memang jarang dapat ke spa atau salun merawat diri dan wajah mungkin ini solusinya. Produk b.liv off with those heads semestinya dapat membantu kamu menanggalkan bintik hitam mahupun putih.
Mary Kay setiap musim menawarkan produk inovatif terbaharu di pasaran. Terbaharu, Mary Kay Mineral Cheek Color Duo, Endless Performance Crème-to-Powder Foundation dan Eyeliner. Semestinya kamu tak akan kecewa dengan alat solek yang disediakan ini.
Lebaran bakal menjelang seminggu lagi, apakah persediaan kamu menyambutnya? Selain berpakaian serba baharu, solekan juga perlu dititikberatkan. Kalau boleh solekan biarlah mampu kekal sepanjang berkunjung ke rumah terbuka. Memperkenalkan Wholly Deep Liner Marker dan Peri’s Ink dari Peripera.
Sejak bertugas di Malaysia Airlines dahulu saya sudah minat dengan solekan. Ketika separuh masa bertugas di Lapangan Terbang sebagai ‘ground staff’, saya diberi kelas ‘grooming’ bagaimana mahu berwajah cantik ketika menyarung kebaya seragam. Semua sudah saya cuba celak konvensional—kompak, debu dan bebola. Saat menerima bungkusan berisi Elianto Long Wear Eyeshadow Stick, saya teruja mahu mencubanya.
Faham! Minggu pertama Ramadan ni perut masih menyesuaikan diri. Perasaan ketika ini tersangatlah letih. Tetapi saya ada cara untuk segarkan diri menjelang petang. Selepas menyiapkan juadah berbuka, apa kata ambil masa setengah jam untuk memanjakan diri.
Percutian hujung minggu jadi amalan saya sejak beberapa tahun. Tidak perlu pergi jauh-jauh saya memilih tempat penginapan di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor sahaja. Kerap saya memilih Sekeping Tenggiri, Bangsar sebagai tempat mencari inspirasi penulisan skrip atau novel. Apa pula wajib dibawa saya sepanjang berhujung minggu?
Mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Itu lah yang terlitan di fikiran saya selepas memegang Lip Crayon. Tekstur licinnya pula licin saat dioles ke bibir. Edisi terbaru dalam keluarga Burt’s Bee ini diperkenalkan kepada blogger dalam acara minum petang beberapa minggu lalu.
Kesibukan kita sehari-hari telah membataskan waktu senggang, apatah lagi mahu ke spa untuk menjalani rawatan wajah. Temu janji sebulan sekali pun tak tertunai, lalu kamu terfikir alangkah bagusnya kalau dapat melakukannya sendiri di rumah. Jimat pun jimat!