Sepatu Jelly Bunny pertama saya dibeli dengan sahabat baik di One Utama dua tahun lalu. Seronok mencuba beberapa pasang sebelum memilih nude colour yang sangat comel. Saya masih menyimpannya dengan baik di rak sepatu. Sangat bertuah rasanya kerana berpeluang minum petang dengan team Jelly Bunny baru-baru ini. Dan ini kisah saya…
Kini kamu pasti pernah mendengar adanya restoran yang terletak di level R, roof top eCity Hotel di One City Mall, Subang Jaya. Sky 360 ini diberi nama kerana panoramanya berlatarkan pemandangan skyline bandaraya. Kamu dapat duduk-duduk santai pula di tepi kolam berbumbungkan langit.
Saya ada rutin makan malam di Contango, Majestic Hotel, sekiranya ada berita gembira mahu diraikan. Tumpuan utama saya semestinya di bahagian sajian Jepun. Puas makan Salmon Sashimi malah memang menjadi pembukan selera dan penutup hidangan saya. Istimewa Ramadan pula lebih banyak menu diketengahkan dan semestinya lebih meyelerakan.
Ya, kamu boleh menikmati lima sajian enak cef Adam Liaw di sekitar Lembah Klang dari trak makanan Mission Foods. Ada lima menu wrap yang mengambil inspirasi resipi tempatan kerana cef Adam sendiri biasa didedahkan dengan sajian Malaysia. Dan, dia yakin kamu akan sangat menyukai rasanya.
Saya diberitahu, Dorsett Regency Kuala Lumpur ingin mengembalikan nostalgia Bintang Legenda Tan Sri P. Ramlee dengan berkongsi cita rasa beliau di dapur Checkers Cafe. Ingin juga saya tahu apakah selera bintang kegemaran saya ini? Bagi saya konsep sebegini sangat mencabar kerana cef perlulah memastikan menu kesukaan beliau tidak menghampakan kami.
Seminggu ini memang kita akan berbuka di rumah sahaja dengan keluarga. Menikmati sajian dimasak sendiri di rumah memang satu kemestian. Ada juga mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman. Tetapi masuk minggu kedua dan seterusnya, kita akan mahu beralih selera mahu membawa keluarga menikmati sajian di luar. Tidak pun perancangan rancak diatur untuk berbuka dengan teman-teman.
Panjang cerita saya dengan Jakel dan berkunjung ke Jakel Mall membangkitkan beberapa kenangan. Saya belajar menjahit dengan emak guna kain Jakel. Pernah juga mendandan Aaron Aziz pada sesi fotografi Billboard Astro sempena Hari Raya menggunakan persalinan Jakel. Hari ini saya di Jakel Mall ini kerana acara Gempak Raya Bersama Jakel 2015.
Sekian lama saya tidak lagi mengamalkan makanan menu sihat, sementelah restoran mamak hanya terletak dihujung jalan pejabat. Begitupun saya diberi kesempatan mencuba sajian restoran Simple Life bersama beberapa teman. Apakah Simple Life? Sebuah restoran yang menyajikan menu unik sayur-sayuran secara fusion dan semestinya sihat.











