Ramadan bertandang lagi menyempurnakan hidup kita. Lazimnya suasana jadi lebih meriah dengan kemeriahan persediaan menyambut syawal. Paling tidak koleksi Lebaran sedia dipaparkan buat persediaan awal semua. Intai koleksi pereka fesyen Ridzuan Bohari atau Ridz yang berkolaborasi dengan butik barang kemas Elegance Club. Lebih berseri dengan kehadiran selebriti termasuk si cantik Rozita Che Wan.
Ternyata sepasang kaki juga perlu diberi perhatian kerana tanpanya pincanglah langkahmu. Salah memilih sepatu juga menjadikan bentuk kakimu kesakitan. Bentuk kaki juga mampu berubah akibat sering memakai sepasang kasut yang tidak sesuai dengan kaki. Lalu gabungan dibuat di antara kemudahan ortotik dan pedortik klinik MyORTHO dan juga kelengkapan produk kasut dari Dr. Kong.
Bukan remaja sahaja mengalaminya tetapi sesekali ‘bendera merah’ pasti ada satu atau dua jerawat yang tiba-tiba muncul di wajah. Masa itu diri dirasakan sangat tertekan kerana bimbang jerawat yang tumbuh bakal meninggalkan parut yang mencelakan solekan. Hanya 72 jam, jerawat pun hilang!
Sepanjang bekerja di ibu kota Kuala Lumpur, saya memerhati orang lalu lalang dengan menyandang beg komputer riba. Dibahu saya juga ada beg sandang kerana sejak melangkah ke dunia e-commerce dan sebagai blogger saya sangat memerlukan komputer riba. Keluar bersama teman-teman, mereka juga punya beg sandang sendiri.
Mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Itu lah yang terlitan di fikiran saya selepas memegang Lip Crayon. Tekstur licinnya pula licin saat dioles ke bibir. Edisi terbaru dalam keluarga Burt’s Bee ini diperkenalkan kepada blogger dalam acara minum petang beberapa minggu lalu.
Remaja yang gemar bersolek, tetapi sering sibuk dengan tugasan kuliah mungkin ini solusinya. Dengan solekan nipis, sapuan bibir Peri’s Ink sudah cukup untuk membuat mata merenung kamu di perpustakaan. Pastikan kamu berkongsi dengan rakan-rakan yang sedia cemburu melihat penampilan baru kamu itu.
Suatu ketika dahulu penggunaan kamera EOS begitu meluas dan menjadi trend apabila kebanyakan muda mudi mula menggantung kamera di leher. Saat itu tidak semestinya bergelar jurugambar untuk memiliki kamera ini. Saat blog mula mendapat tempat di alam maya, memang kamera EOS menjadi teman setia si blogger. Saya sendiri pengguna Canon model EOS1200 dan masih belajar-belajar menggunakannya.
Bangun pagi mandi, takkan mahu dibiarkan rambut basah ke pejabat. Apatah lagi kalau mahu temu janji. Lantas kamu pun ambil masa setengah jam untuk keringkannya dengan pengering rambut. Hendak tampil berbeza, masa ni tengah rajin sikit, guna pula penggulung atau pelurus rambut. Bagi kamu yang terdedah dengan apa sahaja alatan rambut berkaitan haba pasti akan mengalami masalah rambut.
Mencari sepatu yang selesa tersarung di kaki amat sukar. Kebanyakan wanita semestinya perlu punya dedikasi tinggi untuk menyarung sepatu dari setinggi seinci sehinggalah 4 inci. Sepatu Xes semestinya resolusi baharu bagi kaki kamu selain selesa, tetapi masih kekal bergaya.
Berdandan dengan teman-teman sangat menyeronokkan. Bersolek dan berdandan sambil bertanyakan tip solekan kepada jurusolek profesional, banyak info dikutip sepanjang hari itu. Memang bersesuaian dengan tema hari itu, Beauty in Action, semestinya acara dua hari itu sangat bermanfaat buat semua.











