Sepanjang bekerja di ibu kota Kuala Lumpur, saya memerhati orang lalu lalang dengan menyandang beg komputer riba. Dibahu saya juga ada beg sandang kerana sejak melangkah ke dunia e-commerce dan sebagai blogger saya sangat memerlukan komputer riba. Keluar bersama teman-teman, mereka juga punya beg sandang sendiri.
Mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Itu lah yang terlitan di fikiran saya selepas memegang Lip Crayon. Tekstur licinnya pula licin saat dioles ke bibir. Edisi terbaru dalam keluarga Burt’s Bee ini diperkenalkan kepada blogger dalam acara minum petang beberapa minggu lalu.
Kesibukan kita sehari-hari telah membataskan waktu senggang, apatah lagi mahu ke spa untuk menjalani rawatan wajah. Temu janji sebulan sekali pun tak tertunai, lalu kamu terfikir alangkah bagusnya kalau dapat melakukannya sendiri di rumah. Jimat pun jimat!
Remaja yang gemar bersolek, tetapi sering sibuk dengan tugasan kuliah mungkin ini solusinya. Dengan solekan nipis, sapuan bibir Peri’s Ink sudah cukup untuk membuat mata merenung kamu di perpustakaan. Pastikan kamu berkongsi dengan rakan-rakan yang sedia cemburu melihat penampilan baru kamu itu.
Suatu ketika dahulu penggunaan kamera EOS begitu meluas dan menjadi trend apabila kebanyakan muda mudi mula menggantung kamera di leher. Saat itu tidak semestinya bergelar jurugambar untuk memiliki kamera ini. Saat blog mula mendapat tempat di alam maya, memang kamera EOS menjadi teman setia si blogger. Saya sendiri pengguna Canon model EOS1200 dan masih belajar-belajar menggunakannya.
Bangun pagi mandi, takkan mahu dibiarkan rambut basah ke pejabat. Apatah lagi kalau mahu temu janji. Lantas kamu pun ambil masa setengah jam untuk keringkannya dengan pengering rambut. Hendak tampil berbeza, masa ni tengah rajin sikit, guna pula penggulung atau pelurus rambut. Bagi kamu yang terdedah dengan apa sahaja alatan rambut berkaitan haba pasti akan mengalami masalah rambut.
Cinta lama terhadap tekstil, ikat etnik dan hasil seni tradisional artisan mendorong pemilik melancarkan Frankitas, jenama yang menghasilkan rangkaian produk etnik seperti beg, skarf sutera dan aksesori menawan. Beroperasi setahun lalu, Frankitas kini semakin mara menembusi pasaran dunia fesyen.
Kehidupan sebagai model bersama teman-teman seangkatan menjadi buruan paparazzi. Kendall Jenner sedang menikmati gaya hidup diidamkan semua. Walaupun Cathlyn Jenner kelmarin mencuri perhatian dunia tetapi Kendall tetap ke depan mengejar impiannya sendiri.
Mencari sepatu yang selesa tersarung di kaki amat sukar. Kebanyakan wanita semestinya perlu punya dedikasi tinggi untuk menyarung sepatu dari setinggi seinci sehinggalah 4 inci. Sepatu Xes semestinya resolusi baharu bagi kaki kamu selain selesa, tetapi masih kekal bergaya.
Berdandan dengan teman-teman sangat menyeronokkan. Bersolek dan berdandan sambil bertanyakan tip solekan kepada jurusolek profesional, banyak info dikutip sepanjang hari itu. Memang bersesuaian dengan tema hari itu, Beauty in Action, semestinya acara dua hari itu sangat bermanfaat buat semua.











