Tak perlu kajian, memang jelas kalau berperang dengan kelemumur kita paling sakit hati. Cuci sebersih mana pun dengan syampu apa sekalipun, sehari selepas itu pastinya bertaburan salji putih di atas bahu. Oh, memalukan mata memandang.
Memang susah hendak mencari pakaian trendi, mengikut gaya sezaman tetapi masih berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Kalau dahulu saya perlu kumpul duit kerana untuk mendapatkan pakaian berkualiti semestinya tersangat mahal. Ketika itu masih belum banyak butik yang menyediakan pakaian ready-to-wear yang sangat cantik dengan harganya berpatutan. Kalau beli di kedai murah pula, material pakaian terlampau tampak murah. Tatkala disarung, rekaanya terlalu dewasa dan hanya tidak sesuai dengan muda-mudi.
Dressing Paula antara butik kegemaran saya kerana bukan setakat rekaannya yang trendi tetapi harganya juga berpatutan serendah RM59.90 ke RM189.90. Saya bukannya pentingkan jenama besar atau kecil tetapi penjimatan. Paling seronok saya dengar, butik Dressing Paula kini dibuka di Mid Valley. Memang destinasi membeli-belah sering dikunjungi saya bersama teman-teman.
Hujung minggu datang lagi! Ke mana kita minggu ini? Kamu bukanya ada cuti panjang pun. Dua hari ini tetap mahu diisi dengan keseronokan sepanjang hari. Yalah, lelah bekerja masih bersisa. Setelah memasuki dunia korporat ini saya faham benar tuntutan kerja sehari-hari. Saya diwajibkan duduk di pejabat melunaskan tugas seharian. Ada tak ada pun keluar untuk sesi fotografi dan itu pun sibuknya tak boleh berganjak dari kerusi. Satu persatu gambar perlu dipilih untuk website kami. Hendak lari bayar bil, urusan bank, cuci baju atau terapi diri memang tunggu Sabtu dan Ahad sahaja.
Hujung minggu lalu saya berpeluang meraikan ulang tahun pertama Seremban Prima pada tanggal 9 Mei 2015. Pusat membeli-belah kebanggaan warga Seremban ini kini berubah wajah setelah menempuh transformasi dan kini sedia untuk dikunjungi ramai.
Pernah suatu ketika ‘nak rak’ saya belajar bakar cupcake dengan resipi daripada kenalan yang merupakan seorang chef. Selalunya cupcake saya akan bantat, tak naik-naik. Tetapi saya tak pernah putus asa cuma tiada kesempatan untuk betul-betul belajar. Kalau kamu ada masalah sama dengan saya, inilah peluang kamu belajar dengan chef selebriti tersohor tanah air. Bagaimana caranya?
Biskut Julie’s dengan adunan coklat Hershey’s sememangnya enak dimakan petang-petang. Ketika bertugas di majalah dahulu, saya membawa pulang ke pejabat berkotak-kotak Julie’s (terima kasih daun keladi BB). Kemudian saat deadline sedap sungguh dengan team minum petang buat kopi atau teh cicah dengan biskut ini. Yumm! Rindu sungguh saat-saat di Jalan Setiabistari 2, Damansara Height itu.
Menarik filem adaptasi novel ini kerana pengarahnya Ghaz Abu Bakar bersama Adi Putra berjaya membuatkan penonton resah gelisah. Saya menerima undangan Ruby dan kami pergi berempat bersama dua lagi teman baik. Ada kisah lucu yang ingin kongsi saat menonton prebiu filem ini.
Johnson & Johnson dan KPJ bekerjasama untuk didik ibu bapa baru tentang Science of SensesTM dengan melancarkan kepen terbaru, So Much MoreTM untuk mendidik ibu bapa Malaysia tentang amalan semasa mandi yang mengoptimumkan perkembangan otak si manja.
Semalam bersengkang mata menemani kakak menunggu kelahiran cucu pertamanya. Seronok kami berkampung di penjuru ruang legar bilik bersalin. Hendak masuk tidak dibenarkan kerana jam sudah menunjukkan angka 12 malam. Saat itu juga kakitangan di Hospital Ampang menjemput kami meraikan Hari Ibu. Mereka sesama sendiri memotong kek dan menyediakan beberapa sajian ringkas. Aw, so sweet!











